Friday, December 28, 2012

HADIAH SASTERA PERDANA KE-20 PENUTUP 2012

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi saya diberi rezeki dengan Bimasakti Menari yang telah mendapat pengiktirafan HSPM 20 dalam kategori Novel Remaja. Majlis yang meriah ini telah diadakan di Hotel Hilton KL dan disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin pada petang tadi, 28 Disember 2012. Acara ini saya anggap kemuncak aktiviti sastera tanahair pada tahun ini.

Syabas kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka kerana berjaya mencapai objektifnya dengan mengadakan majlis ini. Semoga usaha ini diteruskan pada musim-musim depan. Kami semua menghargai tungkus-lumus semua kakitangan DBP yang terlibat dengan  majlis ini.

Saya gembira bukan kerana saya terpilih, dan saya sedih bukan kerana saya tidak terpilih. Tetapi saya gembira kerana kategori Novel Remaja mempunyai pemenang. Mustahil dengan ratusan novel remaja, dari puluhan penerbit di negara ini, tiada satupun yang mempunyai kualiti dan jati diri dan ideologi murni. Mesti paling kurang ada 6. Dari 6 mestilah ada 1 yang terbaik.

Tahniah kepada para pemenang. Tuan SM Zakir menang berganda. Begitu kanda Mawar Shafei. Begitu juga Tuan Baha Zain. Begitu juga almarhum Pak Azizi Haji Abdullah. Ramai lagi yang menang hadiah dengan karya dewasa yang hebat-hebat.

Bersama Siti Jasmina Ibrahim (penulis skrip drama Runtun Qalbu!) yang memenangi kategori Esei/ Kritikan Sastera 'Dari Bahasa Kata ke Bahasa Gambar' Dewan Sastera, November 2010)

Bersama Dr. Kamariah Kamarudin (ahli panel hakim HSPM 20) dan Mawar Shafei (kategori Cerpen 'Benarlah Kata Angin Itu, dan Saya Meneruskan Perjalanan', Mingguan Malaysia, 7 November 2010 & kategori Esei/ Kritikan Sastera 'Hubungan Melayu-Cina dalam Cerpen Melayu', Dewan Sastera Jun 2010)

Bergambar di hadapan paparan yang dipamerkan di luar dewan.


Semoga hadiah ini menjadi pendorong untuk terus berkarya akan perkara yang baik-baik.

Dengar kembali lagu Owl City 'Fireflies'! Tiada apa seperti yang disangka, apabila aku lena...

Wednesday, December 26, 2012

HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2010/2011


Sengaja ingin mengulang soalan nakal yang pernah diajukan pada musim 2008/2009 - Siapa pemenang HSPM musim ini? Yang lebih penting, kategori apakah yang tidak dimenangi oleh sesiapa? Tidak disangka-sangka musim yang tidak ditunggu-tunggu tiba-tiba bertandang kembali. Nasi ditanak kalau ditunggu, tak masak-masak. Kalau tidak dapat surat jemputan apa maksudnya? Kita tunggulah sahaja.

Tuesday, December 11, 2012

PENULIS DAN 'REVIEW'

Di negara ini, agak sukar untuk membaca kritikan yang baik (teliti, seimbang, membina) di mana-mana media tentang karya anda jika anda seorang penulis yang masih biasa-biasa dan karyanya tidak 'meletop' di pasaran. Di Internet, terutamanya Goodreads ada beberapa, di media cetak jarang-jarang, selalunya tiada langsung. Jika ada, ditakuti adalah kerja 'copy-and-paste' dari laporan penghakiman panel sesuatu pertandingan.

Perkara ini adalah perkara biasa untuk kebanyakan bentuk penulisan di negara kita. Mencari 'review' filem atau episod sesuatu siri televisyen tempatan yang ditulis dengan baik adalah sukar. Jauh hendak dibandingkan dengan lambakan penulisan 'review' di negara Barat. Dalam masa satu jam sesebuah episod suatu siri televisyen ditayangkan, sudah keluar 'review'. 'Review' ini adalah sinopsis lengkap termasuk 'spoiler' dan juga kritikan dan kemusykilan penonton. Bagi buku, lebih banyak 'review' boleh dibaca.

Saya mengagak yang perkara ini adalah sedemikian kerana penulis 'review' dibayar untuk menulis 'review'. Mungkin di negara ini, kita menulis tiada siapa yang membayar penah lelah kita memerah otak. Tidak kira review, puisi, cerpen,  atau artikel. Mungkin bayaran pula dirasakan tidak setimpal dengan apa yang telah dihasilkan. Kadangkala bayaran itu terpaksa diminta.

Melihat kepada budaya penulisan 'review' yang malap di negara ini, jika seseorang membaca buku saya dan mengkritik saya dengan intensif sekalipun, saya akan memberi respon dengan ucapan terima kasih. Pembaca ini, yang seorang sahaja di negara ini, dengan penuh rasa tanggungjawab, telah sudi membaca karya saya yang penuh kelemahan itu dan meminta saya memperbaiki karya yang seterusnya. Dan penulis ini berbuat demikian tanpa meminta apa-apa balasan. Dibayar untuk menulis 'review' tersebut jauh sekali.

Thursday, December 6, 2012

KHABAR GEMBIRA SAYEMBARA FIKSYEN SAINS & TEKNOLOGI UTM-UTUSAN MUSIM KEDUA

Alhamdulillah! Salah satu manuskrip yang saya tukangi tahun lepas telah terpilih sebagai pemenang Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi UTM-Kumpulan Utusan Musim Kedua. Walaupun ia hanya mendapat tempat kedua, saya amat bersyukur. Sebagai orang yang menulis secara sampingan dan hanya boleh masuk pertandingan, saya cukup bertuah kerana manuskrip ini diterbitkan. Walaupun nombor 2, itu jauh lebih baik dari nombor 12!


KENANGAN
Majlis penyampaian hadiah di PWTC mengimbau kenangan saya menulis manuskrip. Germa idea bercambah pada tarikh 10 Oktober. Saya berada di kelas ‘relief’ seperti peperiksaan akhir tahun 4 Alfa 2011 dan saya mencuba 5 plot generik dan menulis secara bebas. Tiba-tiba Leftenan Bersara Ahmad Fahim bin Faruqi bercakap dengan saya melalui sepucuk surat dan plot generik nombor 5 pun saya pilih. Saya tulis dan tulis, dengan bancuhan ‘angst’ sedia ada dan dendam dan visi masa hadapan plot generik jadi tidak generik, mengharungi Sukan SEA bersama pasukan bola sepak Malaysia. Di kemuncaknya yang menyakitkan hati, Malaysia mengalahkan Indonesia. Ia menghampiri penamatnya apabila pasukan Malaysia bakal menemui Bahrain/ Syria (tak ingat) dalam pusingan kelayakan Olimpik. Mengetahui betapa ganasnya bangsa Arab bersukan, dengan binaan fizikal mereka yang jauh lebih ‘superior’, saya tahu Malaysia tiada harapan. Seperti orang terdesak, saya menyiapkan manuskrip ini sebelum Malaysia bertemu Pak Arab. Saya tahu, sebagai seorang yang amat ‘sensitive’ jiwa raga saya tidak akan dapat menyiapkan manuskrip ini jika saya melihat Malaysia kecundang setelah mengalah Indonesia sipi-sipi seminggu sebelum itu.

PENANGAN PAK ARAB
Manuskrip Equilbria siap. Dan saya menonton Malaysia lawan Pak Arab dengan memeluk manuskrip yang telah siap dijilid. Pengalaman itu begitu trauma sehingga saya tidak mencatatnya dalam jurnal.

Diumumkan juga di sini pemenang-pemenang bagi musim ini:

Tempat Ketiga: DETIK oleh Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh
Hadiah Perhargaan: ID oleh Amer Hmzah L. Kadir (otai musim pertama)
Hadiah Penghargaan: DI SEBALIK DINARA (dengan bangganya, ex-schoolmate saya semasa di Johor Bahru, senior satu tahun)
Hadiah Penghargaan: BEKAMORFOSIS oleh Hj. Jali Hj. Kenoi

Pemenang musim ini paling bertuah, kerana SEMUA buku TERBIT! Ya, kelima-lima buku ini terbit menjadikan ini satu sayembara yang memuaskan hati semua penulis. Wang hadiah itu habis sekelip mata, tetapi buku itu lama hayatnya.



Bersama tenaga kerja UP&D. Inilah tenaga kerja fotografi, reka kulit, layout, logistik sayembara ini.

Setelah bertahun-tahun menjadi 'stalker', akhirnya dapat juga bergambar dengan Prof Lim Swee Tin

Bersama pengantin baru, mantan MPR, penulis muda, pasangan suami isteri - Hafiz & Sayidah yang menjadi 'stalkers' saya yang paling setia

Cek palsu

Bergambar ramai-ramai
Saya mendapat banyak nasihat dan petua dari Panel Hakim. Saya akan kaji kelemahan cerita ini. Saya akan cuba perbaiki diri. Sekalung perhargaan buat suami yang melayan saya bagai permaisuri (setakat ini).

Friday, November 2, 2012

MENULIS ITU SATU PERJUDIAN

November bermula dengan berita menggemparkan. Saya tidak akan kenangkan lagi berita itu, tetapi ia membuatkan saya berdendam lagi dan saya perlu menulis. Dan setiap kali menulis, saya dihantui perasaan yang saya tidak akan dapat menyiapkan projek yang saya mulakan. Semasa saya kanak-kanak, saya tidak pernah menyiapkan apa yang saya buat, dan saya merasa amat tidak berguna. Perasaan teruk itu terbawa-bawa sehingga sekarang. Tetapi saya mesti percaya yang saya boleh menghabiskan sesuatu projek walau bagaimana sukar pun ia kerana ini sahaja perkara yang saya boleh lakukan dengan teratur.


Memulakan sesuatu projek penulisan adalah seperti satu perjudian. Jika saya berjaya menyiapkan sesuatu manuskrip, tidak bermakna yang manuskrip itu akan berjaya mendapat tempat di hati penerbit, apatah lagi dijamin akan mendapat tempat dalam senarai pemenang sayembara X. Tetapi begitu juga dengan apa juga yang saya lakukan dalam hidup ini. Hanya kerana saya berkahwin tidak bermakna yang saya dijamin mendapat zuriat 2 lelaki 2 perempuan dan hidup bahagia sehingga umur 90 tahun dengan pasangan. Tetapi jika betul pun impian untuk bahagia tidak tercapai dan segala-galanya hancur, adakah ia satu pembaziran masa, tenaga dan emosi? Maka hanya kerana saya ingin melindungi diri saya dari disakitikan maka saya tidak mahu berbuat apa-apa dalam hidup ini? Saya tidak mahu menulis kerana takut karya gagal diterbitkan. Saya tidak mahu keluar bekerja kerana takutkan konfrontasi. Saya tidak mahu berkomunikasi dengan orang lain kerana takut dikecewakan. Saya tidak mahu lakukan apapun kerana tidak mahu gagal. Jika begitu caranya, apakah makna sebenar kehidupan ini?

Jadi menulislah jika anda ada impian sebegitu. Sekurang-kurangnya, suatu hari nanti, peluang akan datang untuk anda menerbitkan karya anda dan anda sudah ada manuskrip. Itu jauh lebih baik dari hanya berkhayal sahaja dan tidak melakukan apa-apa.

Selamat menulis!

Every endeavour in life is a gamble. We pray to Allah to decide what is best for us. Amin.

Tuesday, October 30, 2012

MUSIM MENULIS DATANG LAGI

Sebelum ini saya menulis tentang ‘dendam’ sebagai unsur yang berupaya menggerakkan seseorang menghasilkan karya. Tetapi jika ada dendam sedalam Jurang Marianna pun tiada guna jika akhirnya penulis tidak mempunyai keberanian menulis. Keberanian menulis bukan sesuatu yang mistik atau penuh misteri. Ia sesuatu yang amat teknikal sebenarnya. Biar saya ceritakan.

 Saya ada masa 2 bulan sebelum tarikh akhir menghantar karya untuk sayembara (sebelum 2012 berakhir). Membina keberanian menulis amat mudah. Pertama, sediakan sudut untuk menulis. Ibu saya kata rumah saya rumah ‘sangkar burung’ – tidak cukup ruang. Jadi, saya menulis di meja makan sambil memantau aktiviti anak-anak.(Tiada istilah ‘berkurung diri’ untuk saya). Saya mesti simpan benda-benda di atas meja makan ini di tempat lain malam ini, tetapi saya tahu yang saya akan menulis di sini.
Bila nak kemas meja makan ni?

Kedua, saya letakkan semua buku rujukan yang akan saya gunakan untuk projek ini di satu rak yang hampir dengan meja makan tadi. Saya hanya perlu angkat punggung dan capai buku tersebut. Jika saya perlu mencari-cari lagi buku rujukan di rak buku yang lain semasa menulis nanti, saya akan gagal.


Rujukan musim ini. Mesti boleh dicapai segera. Juga alat tulis yang selalu digunakan.


Ketiga, saya sudah ada jalan cerita lengkap yang saya tulis tangan (walaupun dalam bentuk nota ringkas) di dalam jurnal saya. Itu sudah tentu kerana mana mungkin sebuah novel ditulis dalam masa yang begitu singkat, mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan novel itu ataupun ‘claim’ tersebut. Saya tidak percaya. Maksudnya, masa 2 bulan hanyalah untuk menulis dan menaip sahaja. Pembacaan, kajian dan penciptaan plot sudah berlaku semenjak 10 bulan yang lalu. Sekarang ini adalah masa untuk melaksanakan kerja paling susah, menjadikan angan-angan bertukar kepada realiti, iaitu kerja menulis.


Nota ringkas. Pecahan-pecahan yang harapnya akan berguna nanti.


Selamat menulis.

Friday, October 26, 2012

SATU-SATUNYA BENDA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENULIS


Jika ditanya “apakah satu-satunya benda yang diperlukan untuk kerja menulis?” dan saya boleh menjawab tanpa menggunakan jawapan plastik, saya akan menjawab “Dendam.” Dendam membuat saya tidak tidur malam, terkenang-kenang. Dendam membuatkan saya berpuluh tahun tidak boleh bercakap dengan terus-terang. Dendam buat saya terus mencari lorong untuk saya lunaskan perasaan yang terbuku. Dendam buat saya tidak pernah puas. Jika ada satu benda yang anda perlukan untuk menulis yang anda perlu cari, ia mungkin Dendam. Dan segala alasan lain hadir selepas Dendam.

Selamat Menyambut Hari Raya Qurban!

Sunday, October 14, 2012

PETUA MEMBERI NAMA WATAK

Adakah anda sedang menulis fiksyen? Jika ya, biarlah saya menemankan anda dengan satu petua memberi nama watak.


Dalam era globalisasi, lambat laun cerita kita akan memerlukannya dibawa oleh watak-watak dari negara asing, dan tiba masanya kita hendak menamakan watak kita dengan nama ‘orang putih’. Jika kita tinggal tetap di Malaysia, kita mengenali mat salleh (asalnya ‘mad sailor’) melalui TV dan filem. Apabila membayangkan watak orang Melayu sekalipun kita akan menggunakan wajah pelakon filem Melayu sekadar untuk membantu kita membina imej dalam minda. Tiada salahnya, kerana tiada sesiapapun tahu apa yang anda sedang imaginasikan.

Masalah timbul apabila memberi nama. Apabila kita sudah terlalu biasa dengan imej seseorang pelakon/ model/ tokoh dalam kepala kita, kita mahu namakan dia dengan nama itu. Katakan watak saya bertemu dengan seorang tua yang bekerja menjual aiskrim di Hawaii dan saya namakannya Ernest Borgnine (siri TV Airwolf, tahun 80-an)masih tidak mengapa kerana saya akan memanggil lelaki tua ini sebagai ‘Pakcik Ernest’ dan tidak memanggil nama penuhnya ‘Ernest Borgnine’. Lagipun, watak itu terlalu kecil.

Tetapi jika saya mahu memberi nama kepada primadona cerita saya dengan nama ‘Lindsay Lohan’ saya akan menemui masalah kerana nama itu terlalu terkenal, hanya kerana saya suka wajah tirus Lilo. Pembaca akan mempunyai imej yang tertentu yang dikaitkan dengan nama Lindsay Lohan dan ia sesuatu yang amat mengganggu pembacaan. Melainkan anda ingin mencapai sesuatu tujuan yang disengajakan. Contohnya anda menulis cerita parody, pastiche atau sejenis cerita lucu yang bertujuan menyindir. Novel ‘Tangisan Bulan Madu’ nukilan Samsiah Mohd Nor menggunakan nama ‘Bogart’ untuk watak heronya (yang akhirnya mati! Novel ini juga bersalah kerana menyebabkan saya mengedarkan kad kahwin saya lima hari sebelum kenduri kerana ‘fobia takdir’!) dan teknik ini menjadi kerana ia sebuah novel popular yang mahu pembacanya membina imej hero yang ada ‘swagger’ dan karisma seperti Humphrey Bogart. Tetapi untuk sebuah fiksyen serius, yang mempunyai wawsan dan ideologi yang lebih tinggi dari membina angan-angan, penulis dinasihatkan supaya memberi nama watak dengan cara yang lebih teliti dan di dalam sedar.


The Complete Book of Baby Names - RM 40 di Popular

Mencari nama pelbagai bangsa boleh dilakukan dengan mudah di Internet. Tetapi saya suka menggunakan buku nama bayi (dan membuat suami saya tertanya-tanya). Siapa tahu yang nama Peter membawa maksud ‘sekeras batu’ dalam bahasa Greek? Siapa tahu Channary membawa maksud ‘bulan penuh’ dalam bahasa Cambodia?

Selamat menulis!

Saturday, October 13, 2012

LAGU TEMA UNTUK SEMUA HAL TENTANG BERUSAHA

Jika anda sedang menulis novel anda yang pertama atau yang terakhir, atau sedang menelaah untuk peperiksaan awam yang 'menentukan' masa hadapan anda, atau mengatasi kesedihan yang hitam dan cuba keluar dari satu lubang yang dalam lagi berpusar, saya ada lagu tema yang paling sesuai.

HALL OF FAME - The Script featuring Will.i.am

You could be the greatest
You can be the best
You can be the king kong banging on your chest
You could beat the world
You could beat the war
You could talk to God, go banging on his door

You can throw your hands up
You can be the clock
You can move a mountain
You can break rocks
You can be a master
Don't wait for luck
Dedicate yourself and you can find yourself

Standing in the hall of fame
And the world's gonna know your name
Cause you burn with the brightest flame
And the world's gonna know your name
And you'll be on the walls of the hall of fame

You could go the distance
You could run the mile
You could walk straight through hell with a smile

You could be the hero
You could get the gold
Breaking all the records that they thought never could be broke

Do it for your people
Do it for your pride
Never gonna know if you never even try
Do it for your counrty
Do it for you name
Cause there's gonna be a day
When you' re standing in the hall of fame
And the world's gonna know your name
Cause you burn with the brightest flame
And the world's gonna know your name
And you'll be on the walls of the hall of fame

Be a champion
On the walls of the hall of fame

Be students
Be teachers
Be politicians
Be preachers
Be believers
Be leaders
Be astronauts
Be champions
Be truth seekers

Be believers
Be leaders
Be astronauts
Be champions

Standing in the hall of fame
And the world's gonna know your name
Cause you burn with the brightest flame
And the world's gonna know your name
And you'll be on the walls of the hall of fame



Anak-anak siapa ini? Yang perempuan bertudung dan comel umpama 'kittens'?
Dengan sekali pandang sahaja, jangan kata kepada saya anda tidak ada satu novel (jika bukan 3) untuk foto ini.
(AP Photo/Bela Szandelszky)



Jarang-jarang muncul lagu yang bersih, bermotivasi dan tidak sinikal. Betul, tidak semua orang boleh jadi terkenal dan dikenali serata dunia, tetapi letakkan sasaran tinggi di usia muda dari langsung tidak meletakkan apa-apa sasaran untuk diri sendiri.



Wednesday, October 10, 2012

RIMBA JIWA: ANCESTOR TEXT


'Trend' penerbitan novel remaja di Amerika Syarikat sekarang ini adalah begini: Novel remaja yang akan dipromosi habis-habisan atau dijangka ‘laku keras’ adalah novel genre paranormal (pontianak, serigala jadian, angels, pari-pari, ikan duyung, hantu/ roh, ahli sihir, manusia mutan) dan ia mesti bersiri. Watak protagonis mestilah budak perempuan remaja dan dia akan digoda 2 orang budak lelaki remaja.  Pengisian novel-novel sebegini adalah semata-mata bercorak emosi. ‘World-building’ dilakukan sesuka hati dengan peraturan-peraturan yang mudah lentur. Di saat yang paling hebat pun dalam novel ini tidak langsung memberi kepuasan kepada pembaca, kerana, pembaca terpaksa menunggu sambungan novel dalam quadrologi itu. Maksud saya, jika mahu tulis paranormal, sila tulis ‘all out’ dan ‘’don’t hold back’. Tetapi, ya lah. Jika isi cerita sudah buruk lagi lompong, tiada satu teknik pemplotan pun yang boleh menyelamatkan cerita itu.

Jadi, bayangkan betapa gembiranya saya apabila menemui novel yang bertajuk 'Wolves, Boys and Other Things That Might Kill Me' nukilan Kristen Chandler di jualan buku Big Bad Wolf (Hahaha, takdir!). Buku ini saya beli dengan harga RM8. Apabila saya membeli buku ini, dan menilai kulit buku ini, saya tahu yang buku ini bukan buku tentang serigala jadian. Apabila saya membacanya, saya mencapai satu kepuasan di mana saya mendapat ilmu tentang sejarah dan sains pengenalan semula serigala ke dalam kawasan petempatan manusia berhampiran Yellowstone National Park. Tiga kumpulan manusia (peladang-penternak, saintis dan juga renjer taman) dilagakan dalam konflik yang berada di dalam kawasan kelabu apabila hidup mereka bertembung dengan spesis serigala. Novel ini terlalu 'awesome' sehingga saya mahu menulis sesuatu yang sepertinya.  Bukan itu sahaja, ia begitu penuh aksi dan penuh emosi sehingga saya tidak menyangka bagaimana isu yang begitu kering ini menerima ‘treatment’ yang amat ‘meletup’ di pengakhiran cerita. Saat klimaks apabila KJ (heroin) bertembung dengan budak lelaki ganas yang melepaskan geram akibat didera dengan memburu serigala, saya hanya boleh berkata “WAH!”. Akhirnya,  saya mahu tulis novel remaja yang membawa suara remaja – mudah, penuh emosi tetapi mempunyai wawasan dan membawa isu yang penting.

Saya mula membuka mata kepada isu pemeliharaan haiwan terancam di negara kita. Satu artikel di akhbar Utusan Malaysia tentang kegiatan pemburu haram dan pemerdagangan haiwan eksotik/ terancam menjadi penyambung idea saya. (Saya simpan artikel ini, tetapi bila dicari, ia menghilangkan diri'). Saya mendapati kita menghadapi masalah yang berbeza dari kes novel Kristen Chandler, dan novel 'Rimba Jiwa' pun berpisah arah dari 'Wolves, Boys and Other Things That Might Kill Me'. Tetapi sekali-sekala saya merujuk kembali kepada novel ini untuk menikmati kebijaksanaannya walaupun suara yang membawa cerita ini begitu muda.


Nah! Itu dia, ancestor text 'Rimba Jiwa'.

Sunday, October 7, 2012

RIMBA JIWA: REZEKI HSKU 2011

Alhamdulillah syukur nikmat. Tahun ini, HSKU sekali lagi membawa berita baik untuk saya. Novel yang saya tulis pada tahun lepas terpilih menjadi salah satu novel yang memenangi Kategori Novel Remaja HSKU 2011. RIMBA JIWA mendapat tempat ketiga, tewas kepada DERU ANGIN karya Hafizah Iszahanid dan WARIS PEJUANG karya RUHAINA MATDARIN. Pastinya akan terdetik di dalam hati sesiapapun, tidak kecewakah saya hanya mendapat ketiga pada tahun ini?

Jawapan saya: Are you seriously kidding me? Tentulah tidak. Hanya apabila saya berada di tempat ketiga barulah saya menyedari betapa dekatnya saya dengan tempat keempat. Mendapat tempat ketiga dan dapat hadir HSKU pada malam itu adalah sesuatu yang ajaib. Jika tersilap sedikit, saya pasti tidak berada dalam senarai. Alhamdulillah syukur nikmat! Saya bertuah kerana mendapat tempat ketiga!

Saya tidak akan menyembunyikan kelemahan Rimba Jiwa. Ia adalah cerita dari sudut pandang diri pertama seorang gadis berusia tujuh belas tahun. Jadi penceritaan itu emosional, kadangkala lucu, banyak melankolik, kadang-kadang paranoid dan ada saat-saat yang lancar dan bijak (kadangkala sahaja.) Cerita ini tidak berlapis-lapis (tidak polisemi). Ia mudah difahami dan jalan cerita amat lurus. Yang putih adalah putih dan yang hitam adalah hitam. Ada teenage angst yang banyak tetapi masih berada di peringkat sihat. Saya tidak akan berdelusi dan saya akui yang Rimba Jiwa memang layak berada di tempat ketiga. Namun, kelemahan itu akan saya jadikan iktibar dan memperbaiki karya saya yang akan datang.

Di sini saya mengucapkan terima kasih kepada wira tidak didendang, suami saya, yang selama ini menjadi tempat saya berteduh dan menumpang kasih. InsyaAllah, selagi Allah SWT meminjamkan beliau kepada saya, saya akan terus menulis. Jika sebaliknya, saya belum tahu.


Bersama kanda Nisah Haron (menang Rencana Sastera Penulis Muda Tunggu Pengiktirafan)

Tumpang sekaki keglamouran Hafizah Iszahanid!

Bersama Norziati Mohd Rosman (pemenang utama kategori puisi Tidak Seorang Pun Wartawan datang Bertanya)

Bersama penggerak sastera tanahair yang muda belia Hani Salwah & Rebecca Ilham (Bumi Lestari 2010)

Bersama Fathur Khair & Tuan Sujana (pemenang hadiah utama kategori puisi Kudup Perang)

Bersama kanda Dr. Mawar Shafei (pemenang kategori Kajian & Rencana Sastera Tradisi dalam Novel Remaja Sri Rahayu)


Papparazi!

Cari seseorang yang mukanya paling 'smug'
Sebagai sajian 'post-party' kebanyakan pemenang berkampung di Sunway Resort Hotel untuk mengikuti bengkel penulisan ITBM-PENA-DBP/ Berita Harian. Dalam sesi ceramah SN Dato' Dr. Anwar Ridhwan, saya paling teruja. Apabila beliau berkata "Ada sesiapa hendak bertanya" dan satu dewan senyap sunyi, saya hanya mampu berkata kepada Norziati yang duduk di sebelah saya "Dr., you are perfect, you are awesome. Carry on, carry on." Saya umpama orang dahaga di padang pasir. Apabila mendapat minuman, saya tidak lagi mempersoalkan sama ada ia adalah cendol atau air batu campur. Nikmati sahaja!

Jadi HSKU 2011 telahpun selesai. Hidup mesti diteruskan, selagi boleh. Hah, apa lagi? Mulalah menulis semula!

Entri seterusnya, saya akan membincangkan ancestor texts Rimba Jiwa (khas untuk kakanda Dr. Mawar Shafei).

Wednesday, October 3, 2012

BAHANG HSKU 2011 SUDAH TERASA

Subhanahallah! Apabila saya menjenguk fb Rozlan Mohamed Noor dan melihat design-design ini saya sungguh teruja. Inikah ‘cover’ novel-novel remaja dan antologi-anotologi HSKU 2011? Kerja Naza Hamed dan staf UP&D amnya memang ada kelasss. Iri hati rasanya. (Imej milik Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd)


Saya ada satu tip untuk HSKU 2011 atau apa-apa pun majlis sastera. Apabila menghadiri satu majlis yang dipenuhi penulis (geek-fest), sila bawa duit pecah. Kerana ada rakan-rakan penulis yang mempromosikan karya mereka di majlis ini dan anda tidak mahu terasa janggal berdiri di situ dan tidak dapat membeli buku rakan anda kerana anda tidak bawa duit pecah. Pernah terjadi kepada diri saya dan rasa sungguh teruk kelihatan seperti seorang yang anti-sosial (bawa eyeliner tapi tak bawa duit!) kerana tidak membeli buku rakan seangkatan.

  Tahniah untuk semua yang telah mendapat jemputan.

Tuesday, October 2, 2012

MENCARI BAHAGIA SEBAGAI GURU (Bahagian Akhir)





   
THE FAREWELL ENTRY

Every beginning has an end. Hari ini, saya menghabiskan modul ciptaan 2012 dengan tugasan ‘The Farewell Essay’. Pelajar diminta melihat esei pertama mereka di awal tahun, iaitu sebuah catatan diari yang menceritakan pengalaman mereka di tahun baharu, di dalam kelas baharu dengan rakan-rakan baharu. Setelah selesai sesi ‘confession’ yang hasilnya sukar dijangkakan (pelbagai rahsia, lama dan baru diketahui, kadangkala kelakar), 4 Alfa sepatutnya menulis ‘The Farewell Essay’, satu catatan diari tentang pengalaman mereka sepanjang tahun akademik 2012. Ini modul pertama yang berjaya secara ‘serendipitious’ dari awal, hingga akhir. Ia memerlukan persediaan rapi, 'timing' yang tepat dan takwim yang tidak berubah-ubah, juga pelajar yang mahu menerima and memberi tindakbalas. Guru itu juga manusia yang perlukan 'validation'. Modul yang sama mungkin gagal tahun hadapan. Ini sahaja kejayaan hari ini, yang lain EPIC FAIL. Tetapi, kita semua ada kenangan manis.


Of course, the hero takes the bullet. Birch dibunuh secara muktamad oleh Pandak Endut selepas itu.
  
Tepat pada masanya, portal masa muncul dan membawa budak-budak ini kembali ke zaman 2012. Menyedari yang dia belum memulangkan kertas kajian milik Pelangi kepada Hassan, Farouk cuba menyelamatkan Hassan. Di zaman moden, Hassan tidak mengalami kecederaan tapi tidak sedarkan diri (don't ask why). Selepas suatu adegan CPR yang 'spirited' dan bad*** ...


Hassan is ALIVE!!!! Nah, ambil kertas kajian ni, Hassan! Berikan pada Pelangi!

Akhirnya, Hassan berjaya memulangkan kertas kajian yang menjadi buruan sejak babak 2 kepada Pelangi. Suka dengan wajah Raihanah dan Azim waktu ini. As if they have been through a lot. Has Raihanah actually been crying?

#theawesomelineup
 

Pn. Noor Azma Seman telah memberikan 'review' yang menggalakkan. tetapi sebagai 'purist' sejarah, beliau pasti mengeluh kerana dari saat Pandak Endut menerima amanat sehingga Birch dibunuh, ia mengambil masa sekurang-kurangnya 5 hari dan bukannya 12 jam.





Nurul Shuhadah (3PK2) mendeklamasikan sajak bertajuk 'Warisan Anak Merdeka'

Alyaa (3PP) mendeklamasikan sajak 'Run Blindfolded' yang menceritakan tentang hidup sebagai pelarian.

Who can resist...


...When you look as good as this?

Sebelum seseorang berkata "Why don't you just write a novel already?" baiklah saya memberhentikan tulisan ini. I love you all, kids. Ini adalah salah satu kenangan yang tidak dapat saya lupakan. Terima kasih juga kepada pelajar-pelajar yang tidak terlibat secara langsung. Terima kasih kerana memberi sokongan kepada rakan-rakan anda. Terima kasih kerana gembira menyaksikan mereka berlakon (Yes, that is you Faris).

MENCARI BAHAGIA SEBAGAI GURU (Bahagian 10)


Minggu ini adalah minggu terakhir akademik 2012. Di waktu sebegini, tekanan di sekolah berada di kemuncaknya. Jika ada sesuatu yang tidak menyenangkan hendak berlaku, sama ada kita mahu ia berlaku atau tidak, sama ada kita menjangkakannya atau tidak , ia akan berlaku pada waktu-waktu sebegini. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat menyelamatkan kita, memberi kita kekuatan untuk menghadapi cabaran di waktu yang genting. Sedang kita diuji cabaran, kenangan indah di waktu mudah adalah seperti ubat.
5 remaja merentas masa bermalam di rumah Pandak Endut & isterinya, Bonda Kuntum. Bonda Kuntum menasihati Hassan agar berfikir tentang niatnya untuk menyertai misi membunuh Birch. Pesan Bonda Kuntum "Kita tidak boleh mengubah sejarah, tetapi sejarah boleh mengubah siapa diri kita."
Mengetahui yang Hassan hendak mengikuti suatu misi yang bahaya dan mengesyakki yang Hassan menghidap sejenis 'hero complex', Farouk cuba memulangkan kertas kajian milik Pelangi. Hassan menolak mengatakan yang esok dia akan 'turun ke sungai'.

Birch dan isteri sedang bersiar-siar di atas sampan

Hassan mengemudi sampan Pandak Endut menuju ke arah sampan yang dinaiki Birch.  Ini lebih baik dari Globe Theatre.


Babak serangan Pandak Endut ke atas Birch. Selesaikah masalah negeri Perak?

Tunggu! Cerita belum tamat. Birch ada pistol! Apa akan terjadi seterusnya?

Walau apapun yang akan terjadi minggu ini, saya berdoa yang saya masih boleh mengenang perkara-perkara yang baik dan menjadikan sempadan bagi perkara-perkara yang buruk. Amin ya Allah.

Thursday, September 27, 2012

MENCARI BAHAGIA SEBAGAI GURU (Bahagian 9)

BUKAN ZOMBIE
Sesiapa sahaja mungkin menyangka yang saya bertuah kerana mengajar sekumpulan pelajar yang serba-serbi bagus – berbau wangi, berpakaian kemas, tutur kata berhemah, EQ tinggi, berdisiplin dan bermotivasi. Tidak. Pelajar-pelajar ini tidak sempurna. Mereka nakal, bising, loyar buruk. Kadangkala degil. Ada beberapa orang yang slip through the cracks. Suatu hari saya kehilangan suara (kerana suka menyanyi dalam kereta), mereka menjadi amat nakal! (Despite the flowers, dodol and the 'get well soon' wishes). Nak buat apa, tengok ajelah. Cikgu tanpa suara adalah seperti Lee Chong Wei tanpa raket Yonex. Tetapi, begitulah tugas guru, kerana murid bukan zombie.
Azim (Hassan) datang menyelamatkan keadaan. Hatinya milik Raihanah (Pelangi) 

Adegan budak-budak ini tercampak melalui lubang masa lantas kembali ke masa lampau tidak dapat dirakam dengan baik oleh Hishamuddin (4 Cerdas). Dato' Maharajalela terperanjat bagaimana 5 remaja ini tiba-tiba berada di rumahnya. I know it's illogical, but suspension of disbelief is needed here. Apatah Pelangi zaman moden menyerupai Pelangi anak Dato' Maharajalela.

What is wrong with this picture? Ya. Kepala gondol. Sudah diingatkan supaya masing-masing membawa songkok! Agh. Mana ada benda yang sempurna dalam hidup ini? Dan mereka bukan zombie. Dato' Maharajalela menyerahkan baju, tengkolok dan pedang kepada Pandak Endut sebagai tanda terima tugas membunuh JWW Birch.

Saya boleh rasakan debaran mereka diperhatikan sebegitu rupa!

'Bonding time' antara Hassan yang kehilangan ayah dengan Pandak Endut yang tidak mempunyai anak lelaki

Hanan (Farouk) mempersoalkan bagaimana mereka boleh merentas masa dan tempat! Jangan dispersoalkan lagi, Hanan.