Monday, January 10, 2011

PANTANG-LARANG MENULIS

Dua bulan saya telah meninggalkan blog ini. Jika ada pembaca yang mengikuti blog saya dalam tempoh masa tersebut, saya minta maaf kerana lama tidak mengirim berita. Tetapi semoga pemergian saya dari blog berbaloi kerana sudah tentu saya menggunakan masa tersebut untuk membuat kerja hakiki saya iaitu menulis. Jika penulis tidak menulis blog maksudnya penulis sedang menulis buku/ novelnya. Tetapi penulis yang bijak tidak akan sekali-kali membincangkan tentang buku yang belum terbit. Jadi, saya tinggalkan sahaja hal ini di sini. Hal ini terangkum dalam pantang-larang menulis.
1. Memberitahu kaum keluarga tentang projek terbaru.
Saya amat malu untuk menceritakan apa-apa tentang projek saya kepada keluarga saya. Terutamanya ibu atau bapa saya sendiri. Mungkin kerana suatu masa dahulu, saya pernah menulis dengan begitu bersemangat sehingga saya tidak mengulangkaji pelajaran dan di hati saya apabila bercakap dengan ibu bapa saya tentang menulis, ia seolah-olah  adalah sesuatu yang memalukan. Trauma!

2. Bercakap dengan kawan-kawan tentang projek terbaru.
Sekali lagi, saya pernah melakukannya kerana ditanya ‘Apa kau buat sekarang?’Tetapi setelah bercakap lima minit dengan penuh bersemangat saya mendapat mata mereka ‘glazed over’ macam mata haiwan yang ditaksidermi, saya jadi malu dan terus menutup cerita. Semenjak itu, saya jadi orang yang amat berahsia.

3. Menyisihkan kaum-keluarga kerana menulis.
Setiap kali saya menyisihkan kaum keluarga apabila menulis, hasil penulisan menjadi tidak baik. Macam karma yang teruk. Akhirnya, saya akan melakukan semua perkara di siang hari dan bangkit jam 4 pagi hingga subuh untuk menulis. Saya rasa amat bersalah jika menulis di hadapan anak-anak.

4. Menulis di tempat kerja
Oh, tidak! Kecuali dalam mesyuarat yang terlalu panjang dan saya tidak akan bercakap dalam mesyuarat tersebut. Saya juga rasa amat bersalah jika tidak menumpukan perhatian kepada pelanggan saya.

Sebenarnya, hal menulis karya terlalu peribadi sehinggalah buku itu terbit. Dan bukannya mudah hendak menerbitkan karya yang telah siap. Dalam pemikirannya anda, karya andalah yang paling hebat. Tetapi tidak semestinya penerbit berminat dengan karya anda. Ada bermacam-macam perkara yang mereka perlu pertimbangkan. Politik syarikat penerbitan (membosankan!), karya tidak cukup tebal, karya terlalu kebudak-budakkan, terlalu matang, terlalu itu dan terlalu ini. Tetapi, biasalah. Sudah namanya penulis, dia akan menulis jua tanpa mengira halangan. Walaupun akhirnya karya berkubur (sama ada dalam bentuk manuskrip atau di stor syarikat) dia akan terus menulis. Saya namakan sindrom ini sebagai Sindrom Shahrezad dari Hikayat Seribu Satu Malam.

10 comments:

  1. Terima kasih puan dengan nasihat berguna ini.

    ReplyDelete
  2. Jamilah Mohd Norddin,

    Terima kasih kerana sudi berkunjung.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas maklumat yang diberikan...
    mohon berkunjung ke laman blog saya...

    ReplyDelete
  4. Salam Puan Rahayu, teruskan menulis, walaupun dalam keadaan rahsia. Menulis ialah jihad. Teruskan menulis. Tak sabar pula melihat warna HSKU 2010. Pasti nama puan terselit lagi. Teruskan menulis.

    ReplyDelete
  5. M. Fakhai MD,

    Terima kasih kerana berkunjung ke mari. Saya akan membalas kunjungan, IA, sebentar lagi.

    Anonymous,

    Saya pun tidak sabar melihat warna HSKU 2010 - walau apapun yang terjadi! Ia salah satu sayembara yang diwar-warkan dengan baik. Tidaklah bagai hendak mencari cacing dalam tanah.

    ReplyDelete
  6. Memberitahu apa yang belum ditulis, akan ditulis, sedang ditulis ialah suatu jinx bagi saya. Mesti karya itu tidak akan menjadi jika diheboh-hebohkan sebelum ia benar-benar lahir!

    ReplyDelete
  7. Cikgu Sri,
    HSKU 2010, suatu kesamaran bagi saya...

    ReplyDelete
  8. Cikgu Nizar,

    Semuanya samar selagi keputusan tidak diumumkan. Tapi sebagai manusia kita hanya mampu berusaha. Jika ada rezeki adalah. Jika bukan rezeki kita, benda yang sudah dimulut pun akan ditarik.

    ReplyDelete
  9. salam sri,
    rasanya tidak salah berkongsi dengan kawan-kawan. apa yang perlu dirahsiakan sangat. soal baik atau tidaknya karya itu bukan kerana perlu dirahsiakan sangat tetapi kemampuan untuk menyiapkannya dan ketumpahandarah, keringatairmata, dan jenuhlenguhnya sendirilah yang rasa. perkongsian idea dan cita-cita tiada salahnya.
    apapun, teruskan berkarya.

    ReplyDelete