Thursday, March 10, 2011

FIKSYEN SAINS & TEKNOLOGI: SEGALA MACAM PUNK!

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh,


DAH LAMA DAH!
Sudah lama saya tidak mengisi halaman blog ini, sehingga kata laluan ke blog sendiri pun saya lupa. Sekolah di awal tahun. Jangan dipersoalkan. Sangat sibuk. Jika tidak sibuk, bukanlah sekolah namanya.Tapi di tengah-tengah kesibukan itu saya berkesempatan (dengan izin pihak berwajib) untuk mengikuti satu bengkel penulisan dalam bidang yang saya amat minati iaitu fiksyen sains & teknologi (FST) anjuran UP&D dan UTM untuk sayembara yang bakal diadakah sepanjang baki tahun ini.

MENIMBA ILMU
Jangan dipersoal jika seseorang itu hadir sesuatu bengkel penulisan bermakna yang dia akan serta-merta menulis dan menyertai sesuatu sayembara. Saya tidak pernah menyiapkan sesuatu karya dalam tempoh bulan-bulan akademik sedang berjalan. Namun keinginan untuk menimba ilmu itu lebih penting. Dan juga hendak menikmati sedikit kebijaksanaan tokoh-tokoh yang hadir memberi intipati bengkel.

PUNK
Sedang syok mendengar En. Saleeh Rahamad bercakap tentang kesilapan-kesilapan yang lazim yang dilakukan oleh penulis dalam menulis karya FST, tiba-tiba muncul beberapa tiga istilah sf barat dari penonton. Tunggu dan catatkan - CYBERPUNK, STEAMPUNK dan CLOCKPUNK. Nak tergelak pun ada saya mendengarnya. Kerana benda-benda ini sudah wujud terlalu lama, sudah ketinggalan zaman kira-kira sedekad lampau di dalam tradiri SF yang jauh dari kita.

TRADISI
Cyberpunk ialah ala-ala filem lama Angelina Jolie Hackers dan juga filem lama The Matrix. Saya tidak mahu lama-lama menjerumuskan diri dalam isu definisi jadi saya pukul rata sahaja. Steampunk ialah ala-ala filem lama League of Extraordinary Gentlemen, Dark City dan Franklyn. Clockpunk ini susah saya hendak memberi contoh kerana sejak lewat ini pengamatan filem saya semakin merosot. Tetapi saya teringat bagaimana Dr. Manhattan mencantum-cantum sistem-sistem dalam tubuh badannya setelah dia hancur dek sinaran radioaktif (Watchmen). Dia percaya yang semua benda boleh dicantum semula seperti isi perut sebuah jam atau jam tangan (clock). Anda mungkin berfikir ke mana akan perginya perbincangan ini yang faktanya, contoh-contohnya boleh digoogle dengan mudah dan kemudian semua orang boleh bercakap umpama pakar.

PEMBALASAN DENDAM SEORANG INTELEKTUAL (REVENGE OF THE NERD PROFESSOR)

Titik penting dalam sesi ini adalah apabila En. Saleeh Rahamad memberi satu reaksi paling tuntas dalam bahasa Inggeris terhadap genre-genre FST barat ini. Kata beliau – SO WHAT? Saya bagai hendak tergelak. Frasa SO WHAT? Ini jika digunakan dalam mana-mana isu yang menjengkelkan memang sesuai. Ia tidak sekasar PERSETANKAN atau PEDULI APA AKU tapi kesannya cukup kuat.

SO WHAT jika kamu mahu tulis karya cyberpunk? SO WHAT jika kamu mahu tulis karya STEAMPUNK? SO WHAT jika kamu tulis karya CLOCKPUNK? Ada banyak lagi benda-benda punk ini lagi yang tersenarai dalam Wikipedia. Tidak percaya cuba tengok sendiri.

Saya sendiri meminati tradisi SF barat. Tapi SO WHAT adalah kayu ukur yang baik. Apa akhirnya yang kamu capai dengan menulis punk-punk itu?Adakah ia menguatkan pegangan iman kamu atau sekadar menguatkan tradisi sedia ada? Apa akhirnya kesan punk itu kepada pembaca? Adakah ia sekadar jalinan plot dengan fakta dengan sedikit darah dan air mata? Atau akhirnya ia dapat mengubah cara kamu sendiri melihat dunia dengan lebih terbuka kepada kebenaran agama kamu dan menyelesaikan masalah jiwa raga kamu yang asyik dirundung keluh kesah?

RESPEK!
Syabas En. Saleeh Rahamad. Anda sopan tapi tegas. SO WHAT? Tidak sangka frasa dalam bahasa Inggeris ini menjadi begitu bermakna dalam sastera Malaysia.

7 comments:

  1. Salam, Kak Ayu.

    Selamat kembali menitip catatan di blog :D

    Sekadar pendapat/perkongsian, Firdaus Ariff telah melalui npvel-novel fantasinya iaitu Sayap Adinila dan Armada Azur, di mana beliau mengangkat sistem pemerintahan kerajaan Melayu Islam yang unggul nilai Islamnya, hebat tradisi ilmunya serta futuristik perkembangan teknologinya (teknologi berasaskan kristal).

    Saya melihat ada unsur-unsur steampunk yang menggabungkan zaman silam dengan elemen futuristik dalam novel-novel itu, tetapi bezanya nilai-nilai Islam (nilai, kerana saya berpendapat Islam bukanlah penggerak plot novel-novel ini) mempunyai kedudukan tersendiri di dalamnya.

    Saya belum membaca Opera Angkas (Nazri M Annuar), tetapi daripada sinopsisnya, novel itu juga menggabungkan elemen-elemen yang terdapat novel-novel Firdaus Ariff.

    Just my two cents :)

    By the way, you've been missed!

    ReplyDelete
  2. : So what? ehehe dasyat istilah punk pon ade ek dalam karya,,,, ape pon mmg good info... kamera Letak tepi, pen mari sini...ataupun Laptop mari sini....

    ReplyDelete
  3. Salam, Pn Ayu,
    Suka baca tulisan puan di blog ini (dlm hati berkata "Kenapalah aku tak jumpa dgn blog ni dulu2 lagi?"

    ReplyDelete
  4. Baru nak request kak Ayu buat novel punk tu...

    ReplyDelete
  5. How about Whassup, Shrey? How about it?

    ReplyDelete
  6. btw, have you checked out amir muhammad's FIXI?

    ReplyDelete