Biru, plastik. Hitam, aluminium. Putih, botol kaca. Apa tunggu lagi? Angkat le. |
Bakat terpendam |
Menunggu habuan |
Sehingga bulan depan! |
Apabila aktiviti pelik ini dilihat oleh jiran-jiran, mereka akan bertanya, “Berapa dapat?” Saya akan menjawab. “Kitar semula bukan pasal duit. Tapi kitar semula untuk bumi kita.” Itu kira rumusan pendek yang menggantikan ceramah panjang seorang cikgu yang ‘skema’.
Apabila selesai proses – KA - CHING! RM 3 untuk 4 beg besar berisi plastik, sedikit botol kaca dan tin aluminium.
Kebaikan kitar semula:
1. Mengurangkan sampah domestik.
2. Baik untuk alam sekitar.
3. Rasa hebat apabila melakukannya. Seolah-olah kita berjuang untuk sesuatu yang besar lagi penting sedangkan kita manusia biasa yang kerdil.
Kesukaran untuk kitar semula:
1. Perlu luangkan masa sekali dalam sebulan untuk menghantar plastik ke kompleks beli-belah sambil beli bekalan dapur.
2. Bagi rumah yang kecil, keadaan menjadi agak rimas melihat beg-beg berisi plastik.
Apabila anak-anak saya sudah besar, saya ada rancangan besar untuk mereka dalam industri kitar semula. Kecil-kecil sudah tunjukkan bakat.
Hmm. Siapa hendak mencuba tulis novel tentang aktiviti kitar semula? Sebuah fiksyen sains, mungkin?
No comments:
Post a Comment