(Foto oleh: Azri Marzuki) |
Maaf jika tulisan ini adalah sebuah ranting semata-mata.
Saya telah menulis sepuluh buah novel tetapi pengalaman menulis Transgenik
Sifar adalah yang paling sukar. Saya pernah menulis beberapa buah novel sambil
membesarkan seorang bayi, tetapi ketika itu saya mendapat sokongan pelbagai
pihak. Rumahtangga ibu mertua menyediakan pelbagai perkhidmatan penjagaan anak
dan penjagaan menantu yang amat baik. Tetapi lain pula nasib Transgenik Sifar.
Saya mula menulis secara berdikari mulai tahun 2011 kerana anak-anak sudah
besar. Saya boleh keluar rumah dan berjogging tanpa perlu risau bayi saya
mahukan susu atau sebagainya. Dan mereka berdua sudah cukup berdikari untuk
membuat aktiviti sendiri. Nasib baiklah anak saya rapat lahirnya dan sama
jantina, kalau tidak mungkin keadaan tidak seimbang. Saya hanya memerlukan dua
bulan untuk menyiapkan sebuah novel di hujung tahun dan biasanya sasaran untuk
menyiapkan manuskrip yang telah dirancang permulaan, pertengahan dan
penhujungnya Alhamdulillah tercapai.
Transgenik Sifar disiapkan pada musim persekolahan kerana tarikh tamat
pertandingan yang berada di pertengahan tahun. Saya hampir-hampir putus asa
untuk menyiapkannya. Saya ingat pada bulan April yang saya hanya mahu
membiarkan sahaja peluang ini berlalu. Kerjaya saya telah meminta segala-galanya
dari saya. Pada bulan Mei saya seolah-olah diugut oleh perasaan yang lain.
Adakah saya boleh terus waras setelah saya lepaskan peluang ini tanpa mencuba?
Bolehkah? Akhirnya saya sedar yang kerja menyiapkan novel itu adalah konflik
antara hidup dan mati. Jika saya tidak menyiapkan manuskrip ini, sebahagian
diri saya akan mati. Bahagian diri saya yang penuh dengan sifat ingin tahu,
sifat berani, sifat sukakan cabaran akan mati. Yang tinggal hanyalah bahagian
diri saya yang hidup dalam rutin, bertemu dengan orang-orang yang sama,
berfikir tentang apa yang orang lain fikir. Saya boleh teruskan hidup sebegitu,
tetapi ia hanya satu kehidupan otomatis. Kurang makna.
Maka saya tanam azam untuk siapkan yang ini. Apabila kita menanam azam,
Tuhan akan mengaturkan alam semesta ini untuk menolong kita mencapai azam
tersebut. Saya berjalan-jalan di KLCC hanya untuk baca blurb novel-novel remaja
paranormal dan menikmati kulit buku yang cantik tetapi saya diketemukan dengan
buku bertajuk ‘The 90-day novel’ karya Alan Watt. Harganya hampir mencecah
RM100 dengan ketebalan ibu jari saya, tetapi saya beli juga. Dan kita tahu
bagaimana buku-buku di Kinokuniya dibalut dengan plastik. Malas hendak meminta
bantuan staf saya kata ‘gamble’ ajelah dan membeli buku itu.
Alhamdulillah buku itu tidak mengecewakan. Saya hanya perlu melaksanakan
satu latihan satu hari (Macam budak sekolah) dan saya dijamin akan ada novel
selepas 90 hari. Padahal, masa itu saya ada lebih kurang 50 hari sahaja. Apa
lagi, saya pun ‘speed’ buat latihan dalam buku itu. Satu hari saya buat 3
hingga 4 latihan sehingga saya siap dan akhirnya dalam masa 15 hari saya ada
plot yang lengkap. Buku ini adalah panduan penulisan yang berlandaskan
kesedihan dan kemarahan dan ketidakcukupan semata-mata. Alhamdulillah, ketiga-tiga
unsur saya ada banyak, saya simpan dalam kotak-kotak macam Pandora. Bayangkan,
pada hari ke 56 saya mesti jawab soalan-soalan ini:
1. Apalah dosa hero anda?
2. Apakah kegembiraan dan belas kasihan antagonis anda?
3. Apakah penyesalan hero anda?
4. Apakah kelemahan hero anda?
5. Bilakah masa hero anda jadi orang yang kejam, tidak terurus, berfikiran
sempit, mementingkan diri sendiri, lemah semangat, remeh, memanipulasi dan
jahil?
Di akhir buku ini, saya jadi keretapi yang tergelincir. Jika tidak kerana
saya ada agama dan Tuhan, saya rasa saya sudah letak kepala saya dalam ketuhar.
OK. Memang saya penuh dengan ‘angst’. Tetapi saya juga ada strategi. Saya
mahu bina dunia yang sukar tetapi logik dari segi saintifik. Jadi saya berazam
hendak menulis berlatar belakangkan dunia di bawah permukaan laut. Saya tidak
suka latarbelakang ini kerana ia sangat terkekang. Tiada deru angin meniup rambut/ tudung heroin. Tiada sinar mentari membakar kulit
hero yang sedang berlari. Segala-galanya akan terkepung kanan-kiri atas bawah.
Siapa yang mahu kira psi? Siapa? Siapa? Tapi strategi tetap perlu dilaksanakan.
Lagipun salah satu siri TV kegemaran saya sepanjang zaman ialah Seaquest DSV.
Seterusnya saya kumpul playlist untuk novel saya. Saya dapati saya masa itu
ada ‘crush’ dengan Imagine Dragons. Saya dapati kebanyakan lagu dalam album Night
Visions membawa perasaan cerita ini. Lagu Demons dan Monsters meluahkan
perasaan seseorang yang membenci dirinya sendiri. Lagu Drive menceritakan
bagaimana melihat orang bermain layang-layang adalah memori hero tentang satu
tempat di mana semuanya suci dan indah. Lagu Lost Cause menceritakan tentang
hero yang merasakan dirinya tidak boleh diselamatkan lagi. Lagu 30 Lives adalah
tentang hero yang diberi banyak peluang tetapi dia tetap mensia-siakan
peluangnya. Lagu Bleeding Out adalah lagu klimaks yang penuh suspen.
Saya memulakan penulisan apabila dipanggil berkursus untuk menjadi
pentaksiran peperiksaan selama 4 hari di Melaka. Saya makan seorang diri kerana
mahu masuk bilik hotel cepat. Saya tidak berbual dengan sesiapa kerana mahu menyiapkan
kerja saya. Nasib baik teman sebilik adalah kakak-kakak yang memahami
penjelasan mudah saya, “ Saya sedang kejar deadline”. Dan ada di antara mereka
yang pernah tulis buku latihan bahasa Inggeris, jadi mereka faham sangat.
Apabila cuti pertengahan tahun bermula , saya menulis dengan
bersungguh-sungguh. Tapi keadaan menjadi sukar apabila apartmen kami sekeluarga
ini terpaksa direnovasi kerana lantai, pintu, jenang pintu dimakan anai-anai.
Buku-buku rujukan saya berselerak entah ke mana. Banyak barang-barang saya
tidak boleh ditemui ketika itu. Renovasi apartmen saya teruk kerana ruang
sempit, ke mana hendak dialihkan barang-barang. Hanya komputer saya yang saya
tidak hilang.
Di tengah kesibukan itu, saya telah melupakan keperluan anak-anak dan suami
saya. Mereka hendak balik kampung. Kedua-dua ibu saya adalah ibu tunggal jadi
sebagai anak sulung dan suami saya yang juga anak lelaki sulung, kami punya
tanggungjawab besar. Saya tidak mahu balik kampung. kerana keadaan genting
sungguh ketika itu antara hero dan antagonis. Saya tidak boleh tinggalkan dia
berseorangan untuk menghadapi pertempuran terakhir. Jika saya tidak teruskan
saya mungkin hilang momentum. Jadi saya nekad tidak ikut pulang ke kampung.
Hilang saja anak-anak dan suami dari pandangan, saya menyesal. Kerana rumah
direnovasi semua bilik tiada pintu kecuali bilik air. Siang hari 2 orang tukang
bekerja di rumah saya. Saya bertudung lengkap setiap masa, dengan telefon di
sisi dan tingkap dibuka luas. Bila pakcik tukang keluar makan, saya tidur
sekejap. Bila saya dengar pintu depan berbunyi saya bangun dan sambung menulis.
Pakcik tukang berkerja dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang. BIla malam tiba,
satu masalah lagi timbul. Bilik tidur tidak berpintu! Cuba tidur seorang diri
dalam rumah yang tiada pintu bilik. Segala bunyi menakutkan didengar. Segala bayang
saya nampak. Lebih teruk, pintu depan masuk ke apartmen pun adalah makeshift
dari plywood sebab pintu yang diorder belum sampai. Seriau betul! Saya makan di
kedai seorang diri, balik seorang diri. Saya tidak berjogging, saya hidup macam
zombie untuk menulis apabila saya tiada anak-anak. Sunyi dan sedih tidak dapat
dibayangkan. Tapi saya tak sanggup nak halang mereka dari menikmati kehidupan
mereka hanya kerana saya perlu siapkan satu cerita!
Selepas 3 hari, yang seperti sebulan mereka balik. Saya lega. Beberapa hari
kemudian, tarikh tamat pun sampai. Saya cetak dan saya hantarkan. Penyeksaan
saya telah tamat. Tetapi saya takkan lupa pengalaman yang ini. Mungkin saya
tidak menulis novel dalam parit-parit peperangan Perang Dunia Kedua atau di
atas belakang seorang kekasih atau di emper sebuah chateu di pedalaman Perancis
atau dari bangku di sebuah taman di kotaraya sebuah negara asing, tapi ini pun
sudah dikira OK!
Assamualaikum.
ReplyDeleteSebelum ini saya pernah membaca novel Bukan Legasi Lalang dan Merdekakan Cinta Ratna. Saya sukakannya.
Boleh saya tahu di mana mahu dapatkan novel-novel yang lain?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam. Saya berminat untuk membeli buku Transgenik Sifar untuk kajian saya. Boleh saya dapatkan dari Akak? Email sy : wnnwanmat@yahoo.com.my
ReplyDeleteTahniah atas kemenangan.
ReplyDeleteWan nadyzz dan Anonymous,
ReplyDeleteBoleh dapatkan dari kedai Utusan Publications & Distributors di Taman Shamelin Perkasa. No telefon 03-92856577.
Wan nadyzz dan Anonymous,
ReplyDeleteBoleh dapatkan dari kedai Utusan Publications & Distributors di Taman Shamelin Perkasa. No telefon 03-92856577.
Salam Pn Sri Rahayu, sekadar hendak bertanya, Pn tidak hantar manuskrip untuk Sayembara ITBM 2 kah?
ReplyDeletedi kedai buku biasa tiada jual kah? nk mencari kedai utusan tu satu hal tu..
ReplyDeletedi kedai buku biasa tiada jual kah? nk mencari kedai utusan tu satu hal tu..
ReplyDeletePelik. Saya lebih tertarik untuk membaca karya-karya puan selepas membaca entry kali ini. Mungkin kagum dengan kesungguhan dan kesabaran puan.
ReplyDeleteSemoga saya juga peroleh kekuatan seperti puan.
Insya-Allah akan baca setelah kesemua buku pemenang lain dibaca. Ini kira holy grail, expectation sangat tinggi, and i know you wont disappoint, like mine :)
ReplyDeleteUtk makluman semua, kesemua novel pemenang, termasuk Transgenik Sifar sudah berada di pasaran, terbaik cuba cari di Kinokuniya KLCC atau mana-mana MPH, seperti Nu Sentral atau Mid Valley.
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Assalamualaikum Puan, saya mula meminati karya Puan secara tidak dirancang lebih kurang 5 tahun lalu. Saya memang suka membeli novel-novel yang menang Hadiah Sastera. Tanpa disangka saya jatuh hati dengan gaya penulisan dan tema yang sering diangkat dalam novel Puan. Saya paling minat dengan Kasih Nan Agung.
ReplyDeleteSaya baru tahu Puan ada blog. Insya Allah saya akan beli Transgenik Sifar pula. Selamat maju jaya!
Salam.. teacher ayu..
ReplyDeleteSebelum ini saya hanya dapat membaca warisnya kalbu, kasih nan agung dan merdekakan cinta ratna. Alhamdulillah setelah 15 tahun saya berjaya mendapatkan bukan legasi lalang..kini saya perlu mendapatkan beberapa lagi buku teacher ayu yg terbaru.. apa pun tahniah atas kemenangan terima kasih atas karya yang bermutu.
TERKENANGJEBATDURHAKA
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteKak Ayu! @MusDahlan is here. Tunggu perkongsian proses kreatif utk novel terbaru akak. Puteri Naga Tiberius
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteNombor phone atas tu boleh whatssapp ke?
Assalamualaikum
ReplyDeleteNombor phone atas tu boleh whatssapp ke?
Assalamualaikum
ReplyDeleteNombor phone atas tu boleh whatssapp ke?
ReplyDeleteشركة مكافحة النمل الابيض بالدمام
شركة ورس لمكافحة الحشرات بالاحساء
Good content. You write beautiful things.
ReplyDeletehacklink
korsan taksi
sportsbet
taksi
vbet
mrbahis
sportsbet
mrbahis
vbet
Success Write content success. Thanks.
ReplyDeletebetturkey
betmatik
betpark
kralbet
canlı poker siteleri
deneme bonusu
canlı slot siteleri
edremit
ReplyDeleteesenler
esenyurt
etiler
eyüpsultan
ZARFQ
bahçelievler
ReplyDeleteeyüpsultan
gümüşhane
lara
tekirdağ
TN7A
ağrı
ReplyDeletemuş
mersin
afyon
uşak
0DT
https://saglamproxy.com
ReplyDeletemetin2 proxy
proxy satın al
knight online proxy
mobil proxy satın al
G4A8
YNJYHJYHU
ReplyDeleteشركة تسليك مجاري
شركة مكافحة حشرات بالجبيل axvKmn4cIm
ReplyDelete