KENANGAN
Majlis penyampaian hadiah di PWTC mengimbau kenangan saya menulis manuskrip. Germa idea bercambah pada tarikh 10 Oktober. Saya berada di kelas ‘relief’ seperti peperiksaan akhir tahun 4 Alfa 2011 dan saya mencuba 5 plot generik dan menulis secara bebas. Tiba-tiba Leftenan Bersara Ahmad Fahim bin Faruqi bercakap dengan saya melalui sepucuk surat dan plot generik nombor 5 pun saya pilih. Saya tulis dan tulis, dengan bancuhan ‘angst’ sedia ada dan dendam dan visi masa hadapan plot generik jadi tidak generik, mengharungi Sukan SEA bersama pasukan bola sepak Malaysia. Di kemuncaknya yang menyakitkan hati, Malaysia mengalahkan Indonesia. Ia menghampiri penamatnya apabila pasukan Malaysia bakal menemui Bahrain/ Syria (tak ingat) dalam pusingan kelayakan Olimpik. Mengetahui betapa ganasnya bangsa Arab bersukan, dengan binaan fizikal mereka yang jauh lebih ‘superior’, saya tahu Malaysia tiada harapan. Seperti orang terdesak, saya menyiapkan manuskrip ini sebelum Malaysia bertemu Pak Arab. Saya tahu, sebagai seorang yang amat ‘sensitive’ jiwa raga saya tidak akan dapat menyiapkan manuskrip ini jika saya melihat Malaysia kecundang setelah mengalah Indonesia sipi-sipi seminggu sebelum itu.
PENANGAN PAK ARAB
Manuskrip Equilbria siap. Dan saya menonton Malaysia lawan Pak Arab dengan memeluk manuskrip yang telah siap dijilid. Pengalaman itu begitu trauma sehingga saya tidak mencatatnya dalam jurnal.
Diumumkan juga di sini pemenang-pemenang bagi musim ini:
Tempat Ketiga: DETIK oleh Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh
Hadiah Perhargaan: ID oleh Amer Hmzah L. Kadir (otai musim pertama)
Hadiah Penghargaan: DI SEBALIK DINARA (dengan bangganya, ex-schoolmate saya semasa di Johor Bahru, senior satu tahun)
Hadiah Penghargaan: BEKAMORFOSIS oleh Hj. Jali Hj. Kenoi
Pemenang musim ini paling bertuah, kerana SEMUA buku TERBIT! Ya, kelima-lima buku ini terbit menjadikan ini satu sayembara yang memuaskan hati semua penulis. Wang hadiah itu habis sekelip mata, tetapi buku itu lama hayatnya.
Bersama tenaga kerja UP&D. Inilah tenaga kerja fotografi, reka kulit, layout, logistik sayembara ini. |
Setelah bertahun-tahun menjadi 'stalker', akhirnya dapat juga bergambar dengan Prof Lim Swee Tin |
Bersama pengantin baru, mantan MPR, penulis muda, pasangan suami isteri - Hafiz & Sayidah yang menjadi 'stalkers' saya yang paling setia |
Cek palsu |
Bergambar ramai-ramai |
Tahniah saya ucapkan di atas kejayaan Puan. Saya mendapat berita ini mula-mula daripada wall FB Tuan Shaikh Mohd Saifuddeen.
ReplyDeleteMelihat (membaca) kemunculan Puan dalam gambar yang disertakan dalam wall beliau, membuat saya terdetik untuk terus ke blog untuk mengetahui maklumat lanjut. Benar telahan saya, Puan ada memberitakan apa yang berlaku.
InsyaAllah, jika tiada kekangan saya akan cuba memiliki naskhah-naskhah daripada sayembara ini. Tampaknya, buku-buku hasil sayembara ini mengujakan!
Tahniah sekali lagi...
ReplyDeleteTahniah Puan Sri Rahayu.
ReplyDeleteSaya mendapat perkhabaran ini daripada seorang rakan melalui emel yang juga hadir pada malam tersebut. Terus saya membuka blog Puan Sri. Kerana sebelum ini sudah lama blog ini tidak dikemaskini.
Walau apapun tahniah sekali lagi. 2 buah novel pada tahun ini.
Tahun depan entah2 3 buah novel pula kerana banyak sayembara pada tahun ini.
Teruskan menulis, mewartakan khanazah ilmu untuk anak bangsa.
Jamal Jali, Fathul Khair, Tetamu Istimewa,
ReplyDeleteTerima kasih! Kerana kesibukan membuat majlis anak-anak berkhatan dan menjaga mereka selepas itu, saya tidak dapat menulis untuk HSKU 2012. Blog tidak diupdate kerana sedang menulis sesuatu yang sukar, hendak keluar dari novel remaja. Tidak pasti dapat siap ke tidak. Tahun ini agak pelik. Saya rasa 2013 akan jadi tahun sepi buat saya. Apapun, terima kasih atas galakan dari semua.
Tahniah teacher!! Tengok gambar teacher dekat paper utusan and I was like 'that's my teacher!!' Proud to be your student! I love you teacher! -Farzana Faramir- hehehe!
ReplyDeleteFarzana (Faramir),
ReplyDeleteThank you very much. I miss school. I miss you. See you soon. Can't wait for 2013!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSekali lagi hamba Allah yang seorang ini masuk media. Suka2. Mabruk alaik!(tahniah)
ReplyDelete*Eh, keronsang itu macam familiar je =)
Hafizi Tajuddin,
ReplyDeleteTerima kasih. Takkan nak pakai kerongsang single wear. Pakailah sepias-puasnya.
Tahniah Kak Sri. Dapat jemputan tapi tak dapat nak hadiri majlis. Kerja pejabat terlalu menekan saat itu
ReplyDeleteNorziati,
ReplyDeleteTerima kasih banyak. Projek hari tu jangan lupa siapkan. Wink wink. Tabahkan hati.
alf mabruk, puan sri.
ReplyDelete:-)
Ustaz Zaid,
ReplyDeleteTerima kasih banyak!
Rasanya masih belum terlambat,
ReplyDeleteTahniah Puan Sri Rohayu.
saya nak tips kak sri Rohayu mcm mana akak boleh siapkan novel tu...
ReplyDelete