Sunday, September 25, 2011

ULASAN BUKU PALING 'BEST'!: Menulis Fiksyen Remaja untuk Semua



Lihat gambar di atas. Budak lelaki yang memegang buku ini tidak tahu yang benda di dalam tangannya ialah penyebab kenapa dia makan nasi goreng ikan bilis selama beberapa hari.

Saya terjumpa buku 'Writing Young Adult Fiction for Dummies' di Borders , Berjaya Times Square. Sebab saya jenis orang yang tidak pernah beli apa-apa di Internet (tak pakai kad kredit), saya hanya bermimpi hendak dapat memiliki buku ini. Tapi alhamdulillah, rezeki saya hari itu. Harga tidak sampai pun RM70. Bilangan mukasurat 338. Buku ini sebesar beg tangan. Tulisannya kecil. Satu mukasurat ada beberapa seksyen yang terperinci. BERBALOI! Beberapa penulis YA Lit memberi petua berguna. Bagaimana Jennifer Donelly menulis Revolution, Gary Soto yang menulis The Afterlife memberi petua tentang plot dan permasalahan, dan banyak lagi.

Memang YA Lit Barat tidak boleh ditiru bulat-bulat/ ditiru langsung. [Bella Swan versi Malaysia? Oh tidak! Harry Potter orang Melayu? Terima kasih sajalah] Tetapi bahan tentang penulisan dalam Bahasa Inggeris banyak memberi bantuan dari segi teknikal.

Saya sendiri tidak tahu bila akan berganjak dari menulis untuk remaja kerana saya seronok di sini. Lagipun saya sudah tersekat di sekolah menengah buat masa yang lama. Tidak pernah menyangka yang saya akan selamanya (secara relatif) berada di sekolah menengah sedang saya sendiri tidak berapa gembira dengan pengalaman sekolah menengah saya (Salah saya sendiri, bukan salah sekolah saya)...

2 comments:

  1. Kesian budak lelaki tu, Puan Sri.
    :-)

    ReplyDelete
  2. Dalam hati saya, terkeluar ayat yang sama dengan Ustaz Zaid. Ahahahaa...

    Penulis memang begitu ya bila ilham mula mencurah-curah. Tidur seakan musuh bagi mereka :-)

    ReplyDelete