Kita sekarang berada di pertengahan bulan Oktober. Begitu pantas masa berlalu. Dengan itu semakin singkat masa yang tinggal untuk penulis-penulis menyiapkan karya untuk sayembara yang kebanyakannya mempunyai tarikh akhir pada November & Disember tahun ini.
Sedang semua sibuk menulis, saya ingin kongsikan satu peringatan penting:
Jangan siarkan apa-apa saja tentang karya anda di Internet sama ada di blog, livejournal, fanfiction, fictionpress, facebook, etc. Jangan siarkan idea anda, jangan siarkan working title, jangan siarkan sinopsis, sneak-preview, sebahagian atau sepenuhnya. Ini adalah kerana ahli panel sayembara sentiasa menyaring maklumat di Internet untuk sebarang karya yang dihantar untuk sayembara supaya tidak tersiar di mana-mana, waima di Internet sekalipun(terutamanya di Internet). Jika dikesan ini terjadi, karya anda akan tersingkir secara automatik walaupun perkara ini tidak dinyatakan dengan jelas lagi terperinci dalam syarat-syarat pertandingan. Lebih terkilan lagi jika karya anda dikesan terbit di Internet sedangkan karya kawan anda yang berbuat demikian tidak pula dikesan. Ini semua adalah perkara nasib dan kebarangkalian.
Ah, sebenarnya menulis itu sepi. Lebih baik lagi jika anda tidak beritahu sesiapa tentang aktiviti subversif anda. Jangan beritahu ibu anda kerana beliau adalah sasterawan yang punyai ramai kawan. Jangan beritahu suami anda kerana dia seorang pemandu forklift di gudang buku satu syarikat penerbitan. Jangan beritahu anak anda sebab dia blogger tegar dan dia pandang tinggi pada anda.
Ada hikmah jika tidak berkongsi maklumat sebegini. Jika gagal memenangi sebarang tempat dalam sayembara itu nanti, tiada siapa yang akan mengejek. Ha, itulah awak. Tak nak buatkan saya cekodok ikan bilis hari tu. Tak berkat.
Hahaha. Tak kelakar langsung.
Saturday, October 15, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
terima kasih puan atas peringatan
ReplyDeleteAyu,
ReplyDeleteSuka dengan ungkapan "menulis itu sepi". Ya, 100% benar!
M. Fakhai MD,
ReplyDeleteInfo berguna untuk kebaikan semua perlu dikongsikan.
Kak Nisah,
Welcome back. Seronoknya berpetualangan di Eropah.
Tahniah Teacher Ayu :)
ReplyDeleteCover novel Bimasakti Menari yang paling cantik antara semua novel yang pernah Teacher tulis. Kalau kita jumpa lain kali, saya akan minta autograf untuk semua buku Teacher yang saya ada.
: tahniah Bimasakti Menari...
ReplyDeleteMoonstone & Encik Sani,
ReplyDeleteTerima kasih banyak. Bilakah kita akan ketemu ya?
Saya ketawa di hujung entri ini. Tak tahu kenapa.
ReplyDeletealhamdulillah tahniah.Menang lagi..CEMBURU..dan tak sabar nak baca..
ReplyDeleteAzrulazly,
ReplyDeleteItu sekilas pandang ke dalam dunia penulis wanita/ ibu/ isteri/ pekerja yang mesti menjaga hati ramai orang disamping memelihara kewarasan fikiran diri sendiri.
Farahnyemahmulya,
Marilah sama-sama berentap. Memeriahkan lagi sayembara. Persaingan yang sihat itu baik untuk industri.