Alhamdulillah! Salah satu manuskrip yang saya tukangi tahun lepas telah terpilih sebagai pemenang Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi UTM-Kumpulan Utusan Musim Kedua. Walaupun ia hanya mendapat tempat kedua, saya amat bersyukur. Sebagai orang yang menulis secara sampingan dan hanya boleh masuk pertandingan, saya cukup bertuah kerana manuskrip ini diterbitkan. Walaupun nombor 2, itu jauh lebih baik dari nombor 12!
KENANGAN
Majlis penyampaian hadiah di PWTC mengimbau kenangan saya menulis manuskrip. Germa idea bercambah pada tarikh 10 Oktober. Saya berada di kelas ‘relief’ seperti peperiksaan akhir tahun 4 Alfa 2011 dan saya mencuba 5 plot generik dan menulis secara bebas. Tiba-tiba Leftenan Bersara Ahmad Fahim bin Faruqi bercakap dengan saya melalui sepucuk surat dan plot generik nombor 5 pun saya pilih. Saya tulis dan tulis, dengan bancuhan ‘angst’ sedia ada dan dendam dan visi masa hadapan plot generik jadi tidak generik, mengharungi Sukan SEA bersama pasukan bola sepak Malaysia. Di kemuncaknya yang menyakitkan hati, Malaysia mengalahkan Indonesia. Ia menghampiri penamatnya apabila pasukan Malaysia bakal menemui Bahrain/ Syria (tak ingat) dalam pusingan kelayakan Olimpik. Mengetahui betapa ganasnya bangsa Arab bersukan, dengan binaan fizikal mereka yang jauh lebih ‘superior’, saya tahu Malaysia tiada harapan. Seperti orang terdesak, saya menyiapkan manuskrip ini sebelum Malaysia bertemu Pak Arab. Saya tahu, sebagai seorang yang amat ‘sensitive’ jiwa raga saya tidak akan dapat menyiapkan manuskrip ini jika saya melihat Malaysia kecundang setelah mengalah Indonesia sipi-sipi seminggu sebelum itu.
PENANGAN PAK ARAB
Manuskrip Equilbria siap. Dan saya menonton Malaysia lawan Pak Arab dengan memeluk manuskrip yang telah siap dijilid. Pengalaman itu begitu trauma sehingga saya tidak mencatatnya dalam jurnal.
Diumumkan juga di sini pemenang-pemenang bagi musim ini:
Tempat Ketiga: DETIK oleh Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh
Hadiah Perhargaan: ID oleh Amer Hmzah L. Kadir (otai musim pertama)
Hadiah Penghargaan: DI SEBALIK DINARA (dengan bangganya, ex-schoolmate saya semasa di Johor Bahru, senior satu tahun)
Hadiah Penghargaan: BEKAMORFOSIS oleh Hj. Jali Hj. Kenoi
Pemenang musim ini paling bertuah, kerana SEMUA buku TERBIT! Ya, kelima-lima buku ini terbit menjadikan ini satu sayembara yang memuaskan hati semua penulis. Wang hadiah itu habis sekelip mata, tetapi buku itu lama hayatnya.
|
Bersama tenaga kerja UP&D. Inilah tenaga kerja fotografi, reka kulit, layout, logistik sayembara ini. |
|
Setelah bertahun-tahun menjadi 'stalker', akhirnya dapat juga bergambar dengan Prof Lim Swee Tin |
|
Bersama pengantin baru, mantan MPR, penulis muda, pasangan suami isteri - Hafiz & Sayidah yang menjadi 'stalkers' saya yang paling setia |
|
Cek palsu |
|
Bergambar ramai-ramai |
Saya mendapat banyak nasihat dan petua dari Panel Hakim. Saya akan kaji kelemahan cerita ini. Saya akan cuba perbaiki diri. Sekalung perhargaan buat suami yang melayan saya bagai permaisuri (setakat ini).