Friday, December 28, 2012

HADIAH SASTERA PERDANA KE-20 PENUTUP 2012

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi saya diberi rezeki dengan Bimasakti Menari yang telah mendapat pengiktirafan HSPM 20 dalam kategori Novel Remaja. Majlis yang meriah ini telah diadakan di Hotel Hilton KL dan disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin pada petang tadi, 28 Disember 2012. Acara ini saya anggap kemuncak aktiviti sastera tanahair pada tahun ini.

Syabas kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka kerana berjaya mencapai objektifnya dengan mengadakan majlis ini. Semoga usaha ini diteruskan pada musim-musim depan. Kami semua menghargai tungkus-lumus semua kakitangan DBP yang terlibat dengan  majlis ini.

Saya gembira bukan kerana saya terpilih, dan saya sedih bukan kerana saya tidak terpilih. Tetapi saya gembira kerana kategori Novel Remaja mempunyai pemenang. Mustahil dengan ratusan novel remaja, dari puluhan penerbit di negara ini, tiada satupun yang mempunyai kualiti dan jati diri dan ideologi murni. Mesti paling kurang ada 6. Dari 6 mestilah ada 1 yang terbaik.

Tahniah kepada para pemenang. Tuan SM Zakir menang berganda. Begitu kanda Mawar Shafei. Begitu juga Tuan Baha Zain. Begitu juga almarhum Pak Azizi Haji Abdullah. Ramai lagi yang menang hadiah dengan karya dewasa yang hebat-hebat.

Bersama Siti Jasmina Ibrahim (penulis skrip drama Runtun Qalbu!) yang memenangi kategori Esei/ Kritikan Sastera 'Dari Bahasa Kata ke Bahasa Gambar' Dewan Sastera, November 2010)

Bersama Dr. Kamariah Kamarudin (ahli panel hakim HSPM 20) dan Mawar Shafei (kategori Cerpen 'Benarlah Kata Angin Itu, dan Saya Meneruskan Perjalanan', Mingguan Malaysia, 7 November 2010 & kategori Esei/ Kritikan Sastera 'Hubungan Melayu-Cina dalam Cerpen Melayu', Dewan Sastera Jun 2010)

Bergambar di hadapan paparan yang dipamerkan di luar dewan.


Semoga hadiah ini menjadi pendorong untuk terus berkarya akan perkara yang baik-baik.

Dengar kembali lagu Owl City 'Fireflies'! Tiada apa seperti yang disangka, apabila aku lena...

11 comments:

  1. Wah, berganda tahun 2012 ni! Tahniah Kak Sri atas kemenangan yang dirangkul...

    ReplyDelete
  2. Fathul Khair,

    Terima kasih. 2013, akak nak cuti dari menulis.

    ReplyDelete
  3. Tahniah Kak Sri atas kemenangannya.^_^

    ReplyDelete
  4. A. Muziru Idham,

    Terima kasih. Dan tahniah juga.

    ReplyDelete
  5. Dindaku
    baru sedar ada ruang pamer di luar dewan.
    kanda seperti selalu menyusup keluar, sampai lupa mahu ucap selamat tinggal :-( . maaf. dan tahniah sekali lagi.

    ps: 2013, kenapa mahu cuti menulis?

    ReplyDelete
  6. Kanda Mawar,

    Telaga idea sudah kering. Saya perlu cari sesuatu perkara untuk difikirkan. Mahu gali telaga baru. Ambil sedikit masa.

    ReplyDelete
  7. Tahniah, Puan Sri. Sebenarnya ini sudah kali ke 3 saya mencatat komen di sini. Entah kenapa sebelum ini hilang entah ke mana. Walau apa-apapun tahniah.

    ReplyDelete