Tuesday, December 11, 2012

PENULIS DAN 'REVIEW'

Di negara ini, agak sukar untuk membaca kritikan yang baik (teliti, seimbang, membina) di mana-mana media tentang karya anda jika anda seorang penulis yang masih biasa-biasa dan karyanya tidak 'meletop' di pasaran. Di Internet, terutamanya Goodreads ada beberapa, di media cetak jarang-jarang, selalunya tiada langsung. Jika ada, ditakuti adalah kerja 'copy-and-paste' dari laporan penghakiman panel sesuatu pertandingan.

Perkara ini adalah perkara biasa untuk kebanyakan bentuk penulisan di negara kita. Mencari 'review' filem atau episod sesuatu siri televisyen tempatan yang ditulis dengan baik adalah sukar. Jauh hendak dibandingkan dengan lambakan penulisan 'review' di negara Barat. Dalam masa satu jam sesebuah episod suatu siri televisyen ditayangkan, sudah keluar 'review'. 'Review' ini adalah sinopsis lengkap termasuk 'spoiler' dan juga kritikan dan kemusykilan penonton. Bagi buku, lebih banyak 'review' boleh dibaca.

Saya mengagak yang perkara ini adalah sedemikian kerana penulis 'review' dibayar untuk menulis 'review'. Mungkin di negara ini, kita menulis tiada siapa yang membayar penah lelah kita memerah otak. Tidak kira review, puisi, cerpen,  atau artikel. Mungkin bayaran pula dirasakan tidak setimpal dengan apa yang telah dihasilkan. Kadangkala bayaran itu terpaksa diminta.

Melihat kepada budaya penulisan 'review' yang malap di negara ini, jika seseorang membaca buku saya dan mengkritik saya dengan intensif sekalipun, saya akan memberi respon dengan ucapan terima kasih. Pembaca ini, yang seorang sahaja di negara ini, dengan penuh rasa tanggungjawab, telah sudi membaca karya saya yang penuh kelemahan itu dan meminta saya memperbaiki karya yang seterusnya. Dan penulis ini berbuat demikian tanpa meminta apa-apa balasan. Dibayar untuk menulis 'review' tersebut jauh sekali.

6 comments:

  1. Bahkan membayar pula untuk buku
    Terima kasih kerana faham

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan Puan.

    Tahniah diucapkan atas kemenangan tempat kedua dalam HSKU baru-baru ini. Puan dijemput untuk mempromosikan buku sains fiksyen secara percuma di laman web kami www.majalahsains.com dalam ketegori 'Buku & Filem'.

    Sekiranya berminat, puan boleh hantar sinposis, latarbelakang dan serba sedikit maklumat tentang buku tersebut di emel;

    editormajalahsains@gmail.com

    Sekian

    Faizal

    ReplyDelete
  3. Salam Anonymous & Faizal,

    Terima kasih. Akan saya lakukan.

    ReplyDelete
  4. nak baca juga ulasan beliau.. boleh bagi pautan?

    ReplyDelete
  5. Salam Fadz,

    Tiada siapa bagi ulasan kecuali dirimu... di dalam dunia ini. Maksudnya hanya kamu seorang... Terima kasih

    ReplyDelete
  6. terima kasih! saya faham sekarang.. :)

    ReplyDelete