Menulis novel adalah sesuatu yang tidak boleh dipaksa-paksakan. Namun, jika hati sudah memasang niat, tapi tidak dipaksa, susah untuk mendapat hasilnya. Jadi, sekadar untuk memberi galakan kepada rakan-rakan penulis, saya ingin kongsikan rahsia ini iaitu Program Menulis 30 Hari.
HARI 1: Fikirkan plot lengkap. Latar tempat, watak, konflik, isu & ideologi. Sebab anda kesuntukan masa, anda tiada pilihan selain memikirkan cerita anda down to the last detail dalam masa SATU hari.
HAR1 2: Bab 1 & 2 (2000 patah. Patah perkataan, bukan abjad. Bahagian ini senang sebab anda baru hendak establish watak - latar, konflik. Touch and go)
HARI 3: Bab 3 (4000 pp) ( Dari sini, lembab sikit)
HARI 4: Bab 4 (6000 pp)
HARI 5: Bab 5 (8000 pp)
HARI 6: Bab 6 (10 000 pp)
HARI 7: Bab 7 (12 000 pp)
HARI 8: Bab 8 (14 000 pp)
HARI 9: Bab 9 (16 000 pp)
HARI 10: Bab 10 (18 000 pp)
HARI 11: Bab 11 (20 000 pp)
HARI 12: Bab 12 (22 000 pp)
HARI 14: Bab 13 (24 000 pp)
HARI 15: Bab 14 (26 000 pp)
HARI 16: Bab 15 (27 000 pp)
HARI17 : Mantapkan Bab 1 & 2
HARI 18: Mantapkan Bab 3 & 4
HARI19: Mantapkan Bab 5 & 6
HARI 20: Mantapkan Bab 7 & 8
HARI 21: Mantapkan Bab 9 & 10
HARI 22: Mantapkan Bab 11 & 12
HARI 23: Mantapkan Bab 13 & 14
HARI 24: Mantapkan Bab 15 & bab tambahan yang tiba-tiba muncul
HARI 25: Intensif tatabahasa & ejaan (Bab 1-7)
HARI 26: Intensif tatabahasa & ejaan (Bab 8-15)
HARI 27: Format
HARI 28: Mencetak
HARI 29: HARI KELUAR DARI GUA
• Lawatan ke kedai fotokopi (Buat salinan & jilidan)
• Lawatan ke pejabat pos
HARI 30: Cari obsesi baru
Seperti kata orang putih: All the Best!
Saturday, November 12, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Satu petua/tips yang baik.
ReplyDeleteTerima kaseh atas tips yang baik, tapi rasanya ia lebih sesuai untuk penulis sepenuh masa. Kalau penulis sambilan bagaimana ye..? rasanya mcm tak boleh ikut.
ReplyDeletePn. Maheram,
ReplyDeleteKalau orang tu penulis sepenuh masa, tidak mungkin dia terdesak seperti ini. Tiga jam satu hari. Pastikan kerja habis di ofis. Anak-anak siap diuruskan. beg sekolahnya, makannya. Cuba dahulu...
Salam...
ReplyDeleteTerima kasih atas petua ini.
Terima kasih. Bagus betul tips ni. Saya sudah kongsikan di Twitter.
ReplyDeleteM Fakhai MD, DNAS, tetamu Istimewa,
ReplyDeleteSeronok berkongsi.
Saya berangan nak masuk Sayembara Fiksyen Sains UTM-Utusan. Cerita baru dirangka petang Ahad, hingga malam ini sudah berjaya menulis hingga bab 4 (4302pp).
ReplyDeleteMengejar tarikh akhir 30 Nov, saya membayangkan skrip penuh dapat siap pada 27 Nov (sempatlah hantar sebelum 30 Nov melalui pos laju).
Kalaulah saya menang nanti (OMG!), saya akan kongsikan program menulis 10 hari di blog. He he he
Iman,
ReplyDeleteWow. Ini sudah kira SFT Redux. Cuma satu nasihat. Jangan cakap kat Internet terutamanya blog anda sendiri, jika ada, yang anda akan menyertainya. Panel/ Sekretriat amat teliti. Just sayin', babe!
Saya pun baru mulakan projek 30 hari ni. Kebetulan sama pula :p Bezanya, saya target berdasarkan muka surat kerana saya dah dapat bayangkan berapa ms akan saya siapkan nanti. Dan dari sehari ke sehari ras dihambat dengan manuskrip. Bahan pula sambil baca sambil menaip. Tapi rasa seronok pula sebab rasa teruja nak siapkan dan bersemangat
ReplyDeleteNorziati,
ReplyDeleteTeruskan! Akak nak jadi cheerleader ni. Cheerleader penulisan.
Assalamulaiakum, Cikgu Rahayu. Izinkan saya kongsikan teknik ini di blog saya.
ReplyDeleteCikgu Zakaria,
ReplyDeleteSaya mengalu-alukannya.