Tuesday, November 1, 2011

ASAL-USUL KARYA

Oh, saya memang tidak berapa serius. Benda-benda yang menghiburkan boleh menjadi sumber idea. Itu bukan bermakna saya hedonis. Saya hanya suka mendengar radio dan menonton media, walaupun ada berjuta kerja yang saya wajib siapkan. Maaf Boss!!! (Ada banyak boss)




Tajuk: IMPULS/ ROH

Tempat lahir: Apartmen keluarga

Teks Nenek-Moyang (buku): Evolution Deceit (Harun Yahya)

Inspirasi Muzik: Silent Lucidity (Queensryche – siapa dengar muzik Queensryche lagi?), Untitled (Simple Plan), Waiting For The End (Linkin Park)

Inspirasi Filem: The Matrix (1999), Source Code (skrip filem)




Tajuk: BIMASAKTI MENARI

Tempat lahir: Apartmen keluarga

Teks Nenek-Moyang (buku): Tiada

Inspirasi Muzik: Fireflies (Owl City), Satu pagi hening, 6.30 pagi, sedang memandu ke tempat kerja dengan radio terpasang. Tiba-tiba berkumandang lagu baru di Hitz.FM. Liriknya jelas di telinga. Kau takkan percaya jika sepuluh juta kelip-kelip menerangi langit ketika aku sedang mahu tidur… Aku mahu percaya yang planet Bumi berputar perlahan… Aku tertidur. Saya berkata – WOW! Apa benda ni?! Macam mana penyanyi/ penulis/ pemuzik ini boleh menghasilkan lagu semata-mata tentang kelip-kelip? Saya anak jati Kuala Selangor. Kenapa orang putih ini boleh tulis lagu pasal kelip-kelip? Tidak boleh dibiarkan perkara ini terjadi. Airplanes (B.O.B & Hailey Williams) Tidak lama kemudian, saya terdengar pula lagu Airplanes - Boleh tak kita bayangkan bahawa cahaya lampu kapal terbang di langit malam adalah bintang yang melintas, kerana aku mahu membuat satu permintaan sekarang juga? Kaji falak amatur? Boleh cuba?

Inspirasi Filem: Disney’s Tangled (Tanglung menghiasi langit), hero berkorban untuk gadis yang dicintainya. (Saya seorang romantis yang tidak boleh ditolong lagi)

RALAT: Alhamdulillah. HSKU 2010 disambut secara sederhana dan ia berjalan lancar. Terima kasih kepada semua AJK Pelaksana HSKU yang bertungkus-lumus malam itu. Saya tidak berapa selesa dengan desakan media yang mahu menemuramah sedang tetamu kehormat belum beredar. Apatah lagi apabila tetamu khas itu ialah Menteri Pelajaran Malaysia. Saya tidak ‘mengungguli’ HSKU selama 6 tahun berturut-turut. Saya bertuah novel saya dapat pertama sebanyak 5 kali. Novel saya mendapat tempat pertama sebanyak empat kali berturut-turut. Novel saya Odisi Tanah Kencana mendapat tempat kedua pada HSKU 2006. Kesilapan sebegini tetap berlaku sedangkan sejarah HSKU tertulis di belakang SETIAP buku penerbitannya. GAH!

11 comments:

  1. Salam. Tahniah, tahniah dan tahniah. Semoga terus produktif. Tidak sabar mahu pulang ke tanahair mendapatkan novel-novel HSKU!

    ReplyDelete
  2. Tadi saya cari Bimasakti Menari kat MPH Subang Parade tapi takde. Dekat kedai mana lagi yang ada? Kinokuniya ada jual tak?

    ReplyDelete
  3. Fatin,

    Terima kasih banyak.

    D.N.A.S,

    Mungkin akan ke kedai-kedai buku dalam masa seminggu dua ini.

    ReplyDelete
  4. Salam, tahniah Sri..:) semoga sukses selalu..

    -xstfian-

    ReplyDelete
  5. Yang pasti Puan Sri Rahayu memang penulis novel kawakan. Tahniah atas kemenangan yang seterusnya.

    MARSLI N.O

    ReplyDelete
  6. Puan Sri,
    apa agaknya genre tarian Bima Sakti?

    Tahniah sekali lagi.

    Sudah lama tidak berkobar macam dulu-dulu untuk mencabar diri menyertai sayembara novel remaja HSKU. Ah, sesekali kenangan menyapa. Terasa tua pula bila mengenangkannya. Kak Azah, editor major kita yang budiman itu juga sudah bersara dan meninggalkan UPND.

    ReplyDelete
  7. D.N.A.S.

    Beli melalui online di Ujana Ilmu. Ada pakej HSKU :)

    Tiba-tiba rasa rindu ingin pulang ke Kuala Selangor!

    ReplyDelete
  8. Salam Ayu,
    Tahniah dan tumpang promosi (sebab ada yang bertanya).

    Kalau mahu beli novel Puan Sri Rahayu untuk tahun ini sahaja sila ke pautan ini : http://www.ujanailmu.com.my/pd-bimasakti-menari.cfm

    Kalau mahu beli/lihat semua 7 buku Puan Sri Rahayu yang telah memenangi HSKU sila ke pautan ini : http://www.ujanailmu.com.my/cat-sri-rahayu-mohd-yusop.cfm

    Ujana Ilmu juga menawarkan Pakej HSKU 2010 yang mengandungi 3 novel, 2 antologi dengan harga RM100 sahaja (harga biasa RM119), sila ke pautan ini : http://www.ujanailmu.com.my/pd-pakej-hsku-2010.cfm

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  9. Kak Nisah,

    Terima kasih kerana awal-awal sudah meletakkan HSKU 2010 di Ujana Ilmu.

    Pak Marsli,

    Terima kasih. Saya hanya penulis sayembara. Belum teruji dalam dunia penerbitan arus perdana.

    Ustaz Zaid,

    BM adalah fiksyen tentang sains, cara tempatan. Marilah ustaz, kembali ke gelanggang. Dengan segala perubahan yang berlaku di Timur Tengah, pasti Ustaz ada sesuatu yang hendak diperkatakan. Atau Ustaz sudah puas di satu tempat lain selain HSKU? Silap haribulan Pn Nor Azah pun masuk bertanding.

    D.N.A.S,

    Saya sendiri sudah lama tidak ke Kuala Selangor padahal itulah tempat ronda-ronda masa mengajar di daerah itu suatu masa dahulu.

    Kak Beb,

    Thank you. Balas le emel.

    ReplyDelete
  10. AYUUUUUUUUUUU........
    TAHNIAH DIK....!!!!

    ReplyDelete