Wednesday, January 2, 2013

TIDAK MENGAPA TIDAK MENULIS: BERI DIRI ANDA PELUANG

Tahun yang baharu muncul lagi dan kita tidak boleh mengelak dari menanam azam. Secara peribadi, saya merasa rendah diri apabila melihat pencapaian orang lain yang sentiasa memajukan diri. Namun begitu, ada saat-saat yang saya akan duduk dan berfikir, itu memang sudah rezeki dan jalan hidup yang ditentukan untuk orang itu. Tidak semua manusia perlu mengejar benda yang sama. Tahun ini, saya mahu melakukan perkara yang membuatkan saya gembira. Saya akan berhenti melakukan sesuatu jika ia tidak lagi membawa kebahagian kepada saya.

Dan tentulah, insan-insan di sekeliling kita akan menggalakkan kita untuk terus menulis, tanpa mereka memahami liku-liku penulisan itu amat mencabar. Nampak pada wajah tenang/ ceria kita seperti ia kerja paling mudah tapi sebenarnya ia adalah proses yang panjang dan meruntun emosi.

Jadi, tidak salah untuk saya berkata, "saya nak berehat, hendak melihat sekeliling, hendak bercampur-gaul, hendak mula semula" dan in sya Allah, muncul dengan sesuatu yang segar, bermutu dan tidak dijangka. Itu lebih baik dari memerah sumber yang sudah kering, dan menghasilkan sesuatu yang ala kadar sahaja.

Selamat bercuti dari menulis. Selamat mengembara, membaca dan menyelami kehidupan!

7 comments:

  1. Selamat bercuti. Tapi jangan berhenti.

    ReplyDelete
  2. Salam Mohd Raslan,

    In sha Allah. Terima kasih!

    ReplyDelete
  3. Ya, Puan Sri. Kadang-kadang tu penulis perlukan juga masa untuk menilai kembali karya-karya yang telah dihasilkan untuk dipertingkatkan lagi mutu dan kekurangannya.

    Paling penting, pengorbanan masa itu harus dihargai. Orang lain saya tidak tahu, tetapi bagi saya setelah menceburi dunia penulisan ini (cerpen, puisi dan artikel)telah banyak masa yang saya habiskan bersama dunia ini.

    Semoga berjaya Puan Sri.

    ReplyDelete
  4. al-Baqarah: 286.

    Semoga diberi ilham yang lebih bermanfaat untuk diri Puan dan menjadi aspirasi kepada anak muda seperti kami, insya-Allah. Good Luck! =)

    ReplyDelete
  5. Tetamu Istimewa & Hafizi Tajudin,

    Terima kasih dan saya doakan saudara berdua terus mendapat ilham.

    ReplyDelete
  6. Jadi guru besar hebatkah atau jadi penulis lagi hebat? Kalau saya jadi anak murid anda itu jadi pertanyaan difikiran. Sedangkan belum tentu legasi guru besar itu akan disebut-sebut walau sekitar sekolah.

    ...Dia ni macam bagus tapi kenapa tak boleh jadi guru besar atau kanan lagi?

    Mungkin itu juga yang biasa saya rasa difikirkan oleh orang-orang sekeliling artis atau pemimpin. Nama disebut diminati dipuja tapi aku selalu berada dengan dekat tahu hakikatnya lain.

    Kalau anda pikir bagaimana? Itulah yang perlu dipikirkan dalam tempoh bercuti yang saya kira tepat pada masanya. Moga terus sukses dalam kerjaya dan munculkan karya hebat.

    ReplyDelete
  7. Anonymous,

    Saya tak kisah jadi guru walaupun ada hari-hari yang tak berapa baik. Mengajar beri saya sokongan supaya boleh tulis cerita yang susah nak laku. Jika saya diberi hidup ideal, saya mahu jadi penulis sepenuh masa, pergi mengembara, dan tidak diperintah oleh sesiapa. Tipulah kalau saya kata saya tak impikan yang demikian. Namun begitu, seperti yang disebutkan dalam FB Nisah Haron secara lebih kurang - "You can quit your job any time, but you have to write that story now." Saya pegang itu, pejamkan mata dan bersabar menempuh kehidupan yang tidak ideal tetapi lebih baik dari apa yang saya harapkan untuk diri saya 20 tahun dahulu. Terima kasih bertanya soalan getir ini, sesiapapun anda sebenarnya.

    ReplyDelete