Wednesday, January 16, 2013

HIKAYAT CELTIC UNTUK SETIAP GENERASI

Akhirnya, 'The Adventures of Merlin' tamat siaran setelah 5 musim. Setiap generasi mesti ada siri hikayat Celticnya sendiri dan bagi generasi anak-anak saya hikayat Celtic itu adalah 'The Adventures of Merlin' walaupun penulisan cerita ini tidak begitu cemerlang.

Hikayat Celtic saya ialah 'Robin of Sherwood'. Bagi seorang budak kampung, 'Robin of Sherwood' adalah satu pengembaraan minda ke suatu tempat lain yang tak mungkin saya capai secara rasional. 'Robin of Sherwood' mengajar saya banyak perkara. Sebutan nama 'Richard the Lionheart' membuat saya membaca buku sejarah dunia Tingkatan 5 milik bapa saya sekadar untuk mengetahui siapa dia. 'Robin of Sherwood' ada latarbelakang sejarah yang kuat berbanding 'The Adventures of Merlin'. Episod yang saya ingat sampai sekarang ialah 'Crom Cruac'. Ia mengajar saya yang realiti/ kesedaran adalah poros. Episod itu masih membuatkan saya terkenang-kenang hingga sekarang. Apabila Robin of Locksley mati bertahan di puncak bukit dengan beberapa anak panah yang terakhir dari serangan Sherif of Gisbourne, saya belajar yang wira boleh mati dalam perjuangan. Masa itu saya sekolah rendah. Apabila watak Robin Hood diganti dengan Robin Hood yang berambut kuning, saya belajar yang wira yang gugur sentiasa mempunyai pengganti. Ah! Robin of Sherwood. Kenangan!

Dan alangkah geramnya saya apabila budak-budak lelaki saya langsung tidak minat untuk menonton 'The Adventures of Merlin' padahal cerita itu lebih mudah difahami dari 'Robin of Sherwood'!

4 comments:

  1. Assalamualaikum. Teacher masih ingat saya lg x?

    ReplyDelete
  2. Ale Imran,
    Saya ingat 'Ale' sebab ejaannya pelik. Tetapi wajah, nanti saya lihat dalam majalah sekolah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.X sangka teacher msh ingat nama saya lg. Saya sebenarnya berminat nak tulis sebuah novel. Harap teacher blh bantu saya wlupon dgn sedikit ilmu.

      Delete
  3. As-salam.

    Aah, lama sungguh saya tak menjenguk ke sini. Malah saya juga sudah jauh ketinggalan mengikuti novel-novel terbaru puan setelah Impuls/Roh. Kesibukan kerja membuatkan saya terlupa sejenak hobi sejati, membaca. Ya, kedengaran agak mustahil, tapi itulah 'kuasa' kesibukan kerja.

    Robin of Sherwood? Oooh! Kegemaran saya juga semasa dulu. Saya malah lebih mengingati watak Robin Hood yang berambut kuning, sebab beliau adalah anak pelakon James Bond yang terkenal itu, Sean Connery. Agaknya dek sukakan watak Robin Hood, saya menerapkan aktiviti memanah sebagai hobi.

    ReplyDelete