Saya sedia maklum jika saya berkata sesuatu di Internet,
kata-kata itu akan makan diri saya. Baru saya berkata yang saya akan berusaha
menulis satu buku setahun di ruang Bakat DBP Klik, saya dapati yang saya tidak
ada satu produk pun untuk dijaja tahun ini. Dan tentunya, bila saya rasa sedih
atas perkara ini, saya tidak dapat menulis (tiada motivasi) dan amat maklum,
jika saya tidak menulis tahun 2013, saya tidak ada produk untuk tahun 2014! Itu
adalah lumrah dunia penerbitan. Karya anda akan mengambil masa paling kurang
setahun untuk terbit (itu yang bernasib baik!) atau yang kurang bernasib baik,
akan makan masa bertahun-tahun.
Dengan perasaan sedih, saya menyemak data di Goodreads dan
mendapati yang ramai rakan penulis lain tidak menerbitkan bahan untuk 2013.
Rasa lega sedikit, bukan saya seorang. Tapi lepas itu, teringatkan Ruhaini
Matdarin, rasa ‘jeles’ semula. Ah! Begitulah jiwa manusia.
Jadi, bagaimana? Saya pun terpaksalah akur yang penulis itu
makhluk yang paling-paling manusia. Kalau polis, guru, arkitek, jurutera,
pensyarah, peniaga, pelakon, penyanyi itu manusia, penulis lagilah manusia.
Kadangkala dia rajin, kadangkala nak baca buku pun tak mahu. Kadangkala dia
redha, kadangkala dia iri hati,. Kadangkala dia menulis, kadangkala dia tidak
menulis. Jadi, apa salahnya berehat sekejap (Hai, setahun satu pun nak
berehat?!) Baca buku balik, merenung dan bermenung, buat kerja sekolah (banyak
yang tidak siap pun). Buat apa menulis karya kalau isinya teruk dan buat orang
benci sampai nak bakar buku kita dalam pemanggang ajaib?
Tapi janganlah rehat buat selama-lamanya pula. Rehat yang
itu memang dah dipastikan bila sampai masanya, tak payah nak dirancang pun.
Mahu jadi kanak-kanak zaman sekarang. Jadi kanak-kanak tahun 70-an dan 80-an adalah yang paling teruk tetapi 'hardship builds character'(Itu yang ibu bapa saya cakap - dalam bahasa Melayu) |
Salam, Puan Sri Rahayu. Moga tahun depan (2014) kembali menulis.
ReplyDeleteBerkenaan senarai pemenang HSPM 2012, nanti saya kongsikan di blog, sebenarnya puas juga saya cari. Sepatutnya perlu dihebahkan. Namun, dalam Mingguan Malaysia minggu lepas ada disiarkan senarai pemenangnya.
Berkenaan kategori kanak-kanak dan remaja, pencalonananya pun saya baca di Berita Harian, tak tahulah betul atau tidak. Barangkali kategori novel memang banyak, tapi genre lain yang kurang.
Kak Sri,
ReplyDeleteSungguh merindui karya akak. Semoga 2014 bermomentum.
Terima kasih, Tetamu Istimewa. Nanti saya cari suratkhabar MM minggu lepas.
ReplyDeleteFakhai, amiiin!
Ohh amatlah setuju dengan baris ayat "...jika saya berkata sesuatu di Internet, kata-kata itu akan makan diri saya."
ReplyDeleteBagaimanaun, sekiranya kita gemar menulis, kita akan tetap ulang perilaku ini... "menulis sesuatu yang akan makan diri sendiri..."
Puan,
ReplyDeleteJumpa awal Januari nanti untuk majlis ehem.... Insya'Allah.