Pada 10 Disember 2013, saya dihubungi oleh penerbit bersama
novel EQUILIBRIA, Utusan Publications & Distributors. Saya telah dipilih
untuk menerima salah satu kategori dalam
Anugerah Buku Negara 2013 anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara
(YPBN). Syukur Alhamdulillah. Sudah semua maklum yang Anugerah Buku Negara
tidak menawarkan ganjaran wang kerana YPBN adalah sebuah badan bukan kerajaan
yang beroperasi dengan sokongan dari penerbit-penerbit. Namun, pengiktirafan
itu penting. Bayangkan ini adalah majlis penyampaian Oscars. Dan saya adalah
Jeniffer Lawrence (Hahaha, berangan). Nasib baik juga saya tinggal di Ampang,
lokasi paling ‘happening’ di Malaysia. Jika tidak, terpaksalah saya tidak
menghadirkan diri.
Apabila saya mendaftar di kaunter pemenang, saya diberitahu
yang fail pemenang saya hilang/ tiada. Bukannya apa, di dalam fail itu ada
senarai 30 pemenang, dan saya mahu siarkan senarai pemenang itu. Sehingga habis
majlis, senarai itu saya tidak dapat. Buku aturcara majlis tebal dan cantik,
tetapi tiada senarai nama pemenang 2013. Yang ada, senarai pemenang tahun-tahun
lepas. Agak pelik juga. Sebenarnya, terlalu pelik.
Maka dengan itu, saya tidak dapat menyiarkan senarai
pemenang Anugerah Buku Negara 2013. Apa yang saya boleh beritahu ialah novel
EQUILIBRIA telah memenangi kategori Novel Terbaik Fiksyen Sains dan Teknologi.
Walaupun saya tidak nampak lagi harga anugerah ini untuk masa hadapan saya
dalam penulisan yang tidak tentu cerah atau kelamnya, saya dapatkan rasakan
yang ia penting untuk penerbit bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
kerana novel ini memenangi tempat kedua Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi
UTM-UP&D Musim Kedua. Pengiktirafan ini akan direkodkan oleh UTM dan menjadi
satu lagi pencapaian institusi itu. Hati kecil saya berkata yang mustahil saya
boleh dicalonkan pun jika kategori ini mempunyai ramai saingan.
Highlight acara ini adalah apabila anak sulung saya
ke hadapan semua wartawan dengan kameranya. Dia seorang budak kecik yang berada
di hadapan, lantas menarik perhatian penyampai iaituYB Datuk Abu Bakar bin
Mohamad Diah, Timbalan Menteri Sains, teknologi dan Inovasi. Ketika itu saya
sudah menerima tropi dan sudah pun berbaris di belakang. Dengan tidak
disangka-sangka, YB Datuk suruh saya ambil semula hadiah itu supaya anak saya
boleh ambil gambar saya. Demi semua orang yang telah pun ketawa dengan betapa ‘sweet’nya
adegan ini saya pun terpaksa akur walaupun saya jenis orang yang tidak mahu
diberi perhatian. Jika ada sesi fotografi apapun dalam dunia, saya mahu duduk
di barisan belakang. Bukannya untuk ulang sesi fotografi di hadapan semua
orang!
Oh, Faramir! Faramir!
Faramir:
"If I should return, think better of me, Father."
Denethor:
"That will depend on the manner of your return."
J.R.R Tolkien, The Lord of the Rings: Return of
the King
Petikan ini yang bermain di
fikiran saya sepanjang perjalanan pulang. Argh!
YB Datuk Abu Bakar bin Mohamad Diah, the funniest speaker who had everyone in stitches during his speech. And a Malaccan, too! |
Faramir, doing what he does best: Photo-bombing his own mother |
Macam mana nak menulis kalau jadi babysitter sepenuh masa 3 orang budak lelaki? |
Wah, tahniah diucapkan! Equilibria telah saya tamatkan bacaannya dan memang menarik!
ReplyDeleteDinda Rahayu
ReplyDeleteTAHNIAH ya!
Tahniah! Kejayaan berganda.
ReplyDelete