Monday, April 5, 2010

Wahai remaja, mulakan karier penulisan anda!



Bidang kesusasteraan/ sastera di sekolah menengah selalu dikaitkan dengan kalangan pelajar yang tidak boleh/ tidak berminat dengan bidang sains, dengan kelas-kelas lembam, dan dengan nilai ekonomi yang hampir-hampir sifar. Pelajar-pelajar sekolah menengah mengkaji dan menjawab soalan-soalan tentang sesuatu teks. Sedangkan nilai komersil bidang sastera terletak pada hasil penulisan peminat sastera tersebut.

Jadi, wahai remaja, sedang keadaan ekonomi yang agak menakutkan di mana pekerjaan tetap yang menjadi idaman hati sukar didapati, kenapa tidak tetapkan hati sejak di bangku sekolah untuk menjadi seorang penulis? Inilah masa yang tepat kerana industri buku sedang menjadi-jadi. Janganlah tunggu sehingga anda menyedari anda tidak dapat kerjaya idaman baru anda hendak menjadi penulis sebagai punca rezeki. Waktu itu ia sudah terlambat kerana pekerjaan menulis ini memerlukan perut yang kenyang dan hati yang senang, dan anda perlu membayar sewa dan sara hidup sambil menulis. Bukan itu saja, komputer pun perlu berfungsi dengan baik dan pencetak mesti berkertas dan berdakwat.

Jadi, carilah arah anda untuk menjadi penulis sejak remaja lagi! Dan pastikan novel pertama anda terjual sebaik saja anda habis peperiksaan SPM!

2 comments:

  1. salam....kak ayu! finally dpt jugak jejak akak, yey! at least x putus cara sy dpt kan ilmu penulisan dr akak :)

    ReplyDelete
  2. Dear Sulhaniza,

    Terima kasih kerana membawa Followers ke blog ini. Kalau kau tak masuk tiada siapa akan tahu.

    ReplyDelete