Saturday, June 26, 2010

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (2009): It's Out! (Kind of)

Tahniah semua!

(Senarai ini dipetik dari Mingguan Malaysia, 27 Jun 2010)

... Bukanlah suatu yang mudah misalnya untuk menempatkan diri dalam senarai 20 terbaik daripada lebih seratus karya yang dinilai. Lalu yang berjaya dalam senarai ini juga satu kejayaan. Kejayaan ini diraikan dengan menyiarkan mereka yang dipilih dalam senarai akhir.


KATEGORI CERPEN

Daripada jumlah 125 cerpen, Panel Hakim menyenaraipendekkan 21 karya untuk penilaian peringkat akhir. Cerpen-cerpen itu adalah seperti yang berikut:
1. Akhir Parak Siang (Zaen Kasturi) Mingguan Malaysia, 29 Mac 2009
2. Dari Fail Tribuhak (Ghazali Lateh) Mingguan Malaysia, 23 Ogos 2009
3. Doa Akhir Tahun (Malim Ghozali PK) Mingguan Malaysia, 20 Disember 2009
4. Embus-embus Iman di Indus (Adip MN Damanhuri) Mingguan Malaysia, 17 Mei 2009
5. Falsampah (Serunai Faqir) Mingguan Malaysia, 25 Oktober 2009
6. Hikayat Penenun (Ana Balqis) Mingguan Malaysia, 31 Mei 2009
7. Holograf Klasik dari Nagasaki (Zulfazlan Jumrah) Mingguan Malaysia, 1 Nov 2009
8. Iluminasi (Zanazanzaly) Mingguan Malaysia, 5 April 2009
9. Jagung Manis, Kayu Gaharu (Rahman Haji Yusof) Mingguan Malaysia, 10 Mei
10. Ketuanan, Maaf dan Seorang Binatang (Marsli N.O) Mingguan Malaysia, 22 Mac 2009
11. Kisah Sebatang Pokok (S. M. Zakir) Mingguan Malaysia, 28 Jun 2009
12. Kompang Kenduri (Siti Jasmina Ibrahim) Mingguan Malaysia, 6 Disember 2009
13. Mahkota di Atas Jemala (Farahana Hussain) Al-Islam, Mac 09
14. Muhammad Ulul Albab (Faisal Tehrani) Mingguan Malaysia, 14 Jun 2009
15. Narasi Cinta di Pulau Seribu Kubah (Mawar Shafei) Mingguan Malaysia, 18 Januari 2009
16. Pascasejarah (Fahd Razy) Mingguan Malaysia, 12 Julai 2009
17. Rama-rama dari Taman Biru (Shamsiah Mohd Nor) Mingguan Malaysia, 18 Februari 2009
18. Resipi dari Istana 3 (Nisah Haron) Mingguan Malaysia, 15 Februari 2009
19. Sang Lelaki dan Puaka (Mohd. Hashim Osman) Mingguan Malaysia, 18 Okt 2009
20. Segregasi (Sayidah Mu‘izzah Kamarul Shukri) Al-Islam, Jan 2009
21. Tukang Sepatu dan Sahabat dari Bukit (Malim Ghozali PK) Mingguan Malaysia, 26 April 2009



KATEGORI CERPEN REMAJA
Berdasarkan skop dan ukuran yang telah ditetapkan, Panel Hakim mendapati sejumlah 56 buah cerpen sesuai dikategorikan sebagai cerpen remaja. Daripada jumlah tersebut, 19 judul disenarai pendekkan untuk dibawa ke peringkat akhir. Cerpen- cerpen itu adalah seperti yang berikut:
1. Ayam Patah Kepak (Hanif Hafiza) Mingguan Malaysia, 7 Jun 2009
2. Di Langit Tursina, Ada Bintang Yang Menunjuk Arah (Mawar Shafie) Mingguan Malaysia, 22 November 2009
3. Es Teller di Pagi Raya (Ummu Hani Abu Hassan) Mingguan Malaysia, 20 September 2009
4. Fort Margherita (Mohd Ali Salim) Mingguan Malaysia, 16 Ogos 2009
5. Hikmah di Sebalik Ujian-Nya (Mawarni Sulaiman) Harmoni, 15 Oktober 2009
6. Hipertensi (Ilias Zaidi) Mingguan Malaysia, 1 Februari 2009
7. Hujan Kenangan (Azmi Ibrahim) URTV, 1-15 Mac 2009
8. Kasut Tutankhamun (Fudzail) Mingguan Malaysia, 19 April 2009
9. Ketupat Palas dan Teluk Belanga (Citra Dinda) Harmoni, 15 September 2009
10. Khilaf (Wan Marzuki Wan Ramli) Mingguan Malaysia, 12 April 2009
11. Kimono Ungu Bersulam Bunga (Rebecca Ilham) Mingguan Malaysia, 3 Mei 2009
12. Munsyi (Husna Nazri) Utusan Melayu Mingguan, 2, 9 dan 16 November 2009
13. Pencinta Putih Kelir, Pewaris Merah Muleta (Nasriah Abdul Salam) Mingguan Malaysia, 8 Februari 2009
14. Puaka Pak Jaha (Nadia Khan) Mingguan Malaysia, 27 Disember 2009
15. Sanubari Seorang Anak (Siti Hajar Mohd Zaki) Mingguan Malaysia, 25 Januari 2009
16. Sehampar Ambal Tabriz (Najibah A. Bakar) Mingguan Malaysia, 6 September 2009
17. Semangat dalam Gelap (Ang Chin Huat) Mingguan Malaysia, 9 Ogos 2009
18. Serban Sehelai (Siti Hajar Mohd Zaki) Utusan Melayu Mingguan, 16 Mac 2009
19. Talkin Untuk Guru (Husna Nazri) Mingguan Malaysia, 24 Mei 2009



KATEGORI PUISI
Daripada sejumlah 404 buah puisi yang tersiar, Panel Hakim menyenarai pendekkan 91 karya dan seterusnya menyaring lagi sehingga kemudiannya memperoleh senarai 16 karya untuk penilaian peringkat akhir. Puisi- puisi tersebut adalah seperti yang berikut:
1. Aroma (S.M Zakir) Mingguan Malaysia, 27 Disember 2009
2. Ayah adalah Hadiah Allah (Salman Sulaiman) Wanita, Jun 2009
3. Bahasa Kita (Abizai) Mingguan Malaysia, 8 November 2009
4. Catatan Tentang Bukit (Husna Nazri) Mingguan Malaysia, 22 Mac 2009
5. Cerita Terpanggil-panggil, Penglipur Semakin Melara (Ariff Mohamad) Mingguan Malaysia, 4 Oktober 2009
6. Dia dan Sekawan Burung Putih (Kamal Sujak) Mingguan Malaysia, 3 Mei 2009
7. Ego Sebutir Pasir (Fudzail) Mingguan Malaysia, 6 Disember 2009
8. Ingatan kepada Kawan ‘XXI’ (Zaen Kasturi) Mingguan Malaysia, 10 Mei 2009
9. Ingatan kepada Kawan ‘XXII’ (Zaen Kasturi) Mingguan Malaysia, 11 Oktober 2009
10. Kalau Bapak Mahu Bermain Api (Rahimin Idris) Mingguan Malaysia, 24 Mei 2009.
11. Kita Canting Corak Terbaik (Zulkifli Zin) Mingguan Malaysia, 2 Ogos 2009
12. Membaca Keagungan Silam (Shukri Abdullah) Mingguan Malaysia, 18 Januari 2009
13. Meratib di Likur Keimanan (Zulfazlan Jumrah) Mingguan Malaysia, 30 Ogos 2009
14. Rumah Tercantik di Hati Kami (Anjanglie) Mingguan Malaysia, 1 Februari 2009
15. Sekeping Lukisan di Kaki Lima (Mohamad Saleeh Rahamad) Mingguan Malaysia, 27 Disember 2009
16. Seorang Tua di Kaki Tamadun (Fahd Razy), Mingguan Malaysia, 15 Februari 2009.

Thursday, June 24, 2010

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan: Boleh Ditembusi Penulis Baru (Bahagian 3)

Sekali diingatkan bahawa tulisan saya ini hanya menggambarkan pengalaman saya dalam HSKU dan bukan di tempat-tempat lain. Tulisan saya belum teruji sebegitu. Ada infiniti banyaknya gaya penulisan yang boleh ditulis, dan cadangan saya hanyalah salah-satu daripada pilihan yang berinfiniti.

Jadi, anda ada tema yang anda yakin boleh bawa, dan anda terbayangkan WWU yang mantap. Sekarang mungkin anda perlu berfikir untuk merangka PLOT/ JALAN CERITA yang kemungkinan boleh menarik minat panel hakim agar memberi peluang kepada manuskrip anda.

Saya suka membaca cerita/ filem yang plotnya "GO GO GO". Tiada masa untuk makan, tidur atau membeli-belah. Mungkin plot sebegini memberi tarikan kepada remaja yang begitu mudah terganggu tumpuannya. Cuba tulis plot go go go ini. Setiap perbuatan watak merupakan suatu pengejaran untuk sesuatu. Setiap perbuatan mempunyai natijah yang berat. Setiap perkataan yang diucapkan akan menentukan nasib seseorang.

Tapi janganlah sampai terlalu berorientasikan aksi sehingga lagak-lagak ngeri yang dilakukan tidak mempunyai sebarang nilai emosi. Ia akan jadi seperti filem aksi gred B. Letupan demi letupan, adegan kejar mengejar berturut-turut, tetapi pembaca tidak peduli dengan natijahnya atau lebih teruk lagi, tiada natijah langsung.

Mungkin plot go go go ini akan membuatkan cerita lebih dinamik, maka mempunyai nilai tarikan. Namun perlu dirancang dengan indah supaya ia berseni dan bukan akhirnya sekadar menjadi keganasan semata-mata.

Friday, June 18, 2010

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan: Boleh Ditembusi Penulis Baru (Bahagian 2)

Jadi anda sudah punyai tema yang agak-agaknya baik, indah dan relevan dengan dunia sekarang dan tema ini dijangka akan bertahan sepanjang zamannya. Apa seterusnya? Proses menulis itu kompleks. Ia bukannya boleh digariskan langkah demi langkah macam hendak menyelesaikan kira-kira. Setiap orang ada caranya sendiri. Ini menjadikan sebarang kelas penulisan kreatif sebenarnya hangus. Tapi menuntut ilmu itu masih wajib.

Saya kira bila menulis untuk remaja itu sangat mementingkan satu elemen ini iaitu WATAK WIRA UNGGUL (WWU). WWU boleh jadi perempuan atau lelaki. Seelok-eloknya biar agak muda. Jika WWU bukan usia pembaca remaja, jadikan WWU abang atau kakak kepada pembaca remaja. Jadikan WWU apa yang diimpikan oleh remaja sekarang untuk capai beberapa tahun lagi.

WWU ini wajib dijadikan seorang pejuang. Memang tidak realistik. Berapa ramai di antara kita pejuang? Saya sendiri adalah perempuan yang pengecut sebenarnya. Saya lebih rasa selamat di dalam lingkungan dunia saya yang kecil ini.Tapi kita bukan menulis tentang homo sapiens, tapi homo fictus. Jika boleh, saya mahu tebus semua kelemahan saya di dalam dunia fana dengan dunia fiksyen.

WWU akan membawa kepercayaan saya, prinsip saya, suara saya. Apa yang saya percaya akan disuarakan oleh WWU. Dengan ini, mesej akan sampai lebih jelas. Kenapa mesti 'channel'kan diri menjadi watak sampingan apabila anda boleh bersuara melalui WWU? Optimumkan kebebasan ini.

WWU mesti kuat dalam serba serbi. Boleh dikatakan amat waja. Namun, WWU tidak boleh dijadikan sempurna kerana apabila WWU sempurna, terlalu kuat, tiada langsung cacat cela, maka hilang tarikannya kepada remaja. Kerana remaja mahu lihat seseorang yang boleh dicontohi, namun punya kelemahan yang mereka boleh kongsikan. Ingat lagi zaman remaja anda? Perasaan tak tentu arah. Rasa canggung sepanjang masa. Kadangkala gembira, kadangkala sedih. Kalau kawan tak bercakap dengan kita rasa bagai tak boleh hidup lagi. Kalau jenis yang tak ramah dan tak de rupa, pasti kena pulau dan dilabel 'toye', 'loser', 'weirdo'. Been there, done that. Macamana nak wujudkan role model untuk golongan yang volatile perasaannya ini?

Mudah untuk memberi kekuatan kepada WWU tapi apabila memberi kelemahan kepada WWU agak rumit.

Kelemahan yang tidak boleh diterima:
* Berkhalwat dengan kaum berlawanan walau untuk tujuan dakwah
* Mencuri, menipu, jenayah berat, langgar undang-undang, dengan kerelaannya sendiri tanpa diugut oleh pihak-pihak yang amat jahat
* Suka bergosip, mengumpat, memfitnah
* Derhaka pada ibu bapa sedang ibu bapa cuba sedaya upaya mereka memberi kehidupan yang baik kepada WWU
* Derhaka dan biadap dengan orang tua yang tidak mendatangkan mudarat kepada watak (guru, saudara-mara, orang di sekeliling)
* Pendera
* Ingkar suruhan agama dan tidak pernah sesal di dalam sebahagian besar cerita

Kelemahan yang boleh diterima:
* Mengelak dari bergaduh maka dianggap pengecut
* Tidak dapat menjalinkan hubungan yang rapat dengan orang lain kesan ditinggalkan/ diabaikan
* Obses dengan pencarian sesuatu sehingga lupa keselamatan diri
* Sentiasa cuba untuk gembirakan orang lain/ fix everything/ be everything sehingga dia hilang dirinya sendiri

Selain itu boleh saja di adakan kelemahan fizikal seperti tidak tahu seni mempertahankan diri (tak semua orang juara silat peringkat negeri), takut tempat tinggi, takut ular, penyakit (walaupun ia agak tidak popular sekarang, tiba-tiba WWU mati di akhir cerita akibat barah otak - I want my money back. Atau sebarang penyakit yang disebabkan oleh kerana tidak bijak mengatur pemakanan - absolute no-no for WWU). Ketidakupayaan fizikal yang berlaku semenjak lahir atau akibat tragedi juga menarik apatah lagi ketika hendak mengutarakan isu hak OKU. Kesimpulannya WWU anda walaupun adalah Homo fictus, masih tetap manusia biasa, bukannya adiwara. (Saya lebih suka Batman, dibandingkan dengan Superman)

Dari segi rupa luaran, tidak perlu katakan yang WWU kacak atau cantik. Sebaliknya, gambarkan dengan jelas - warna kulitnya, bentuk hidung dan matanya, tinggi rendahnya, suaranya, rambutnya, pakaiannya. Dan jangan jadikan dia campuran Mat Salleh kerana hendak jadikan dia kacak dan cantik - please don't. It's just lame! Kerana akhirnya, yang cantik itu ialah budi bahasa, kelakuan dan akhlak.

Ambil masa untuk buat pembaca melihat cerita/ situasi dari mata WWU. WWU adalah sauh yang mengikat pembaca dengan cerita. Jika WWU anda melakukan kesilapan yang tidak boleh diterima oleh pembaca, mereka akan tutup buku.

Thursday, June 17, 2010

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan: Boleh Ditembusi oleh Penulis Baru

Saya rasa saya perlu berkongsi idea untuk menjadikan HSKU lebih kompetitif. Kalau boleh ada budak-budak baru dalam lingkungan 20-an mula menapak masuk dalam kategori novel remaja. Sampai bila pemenang yang sama mahu menang? Lama-lama idea semakin lapuk, jalan cerita boleh dijangka. Setiap generasi akan menghasilkan penulis unggulnya. Tapi tiada yang boleh kekal. Ia bagai satu putaran. Saya sudah bersedia untuk putaran yang baru.

Jika ada yang sudah cuba berkali-kali, namun masih tak boleh menembusi HSKU, mungkin ada yang tak kena. Jika ada yang dah lama tinggalkan HSKU dan mahu menembusinya semula, apa agaknya trend sekarang?

Saya memberi idea berdasarkan pengalaman. Saya juga bukan profesional. Ini hanyalah perkongsian ilmu. Entri ini bercampur aduk bahasanya. Janganlah marah. Nanti kena jual.

TEMA: Apa agaknya tema yang mungkin sesuai untuk HSKU?

1. Oksidentalisme - baca laporan tahun 1515 (Faisal Tehrani menang). Oksidentalisme ini besar cakupannya.  Oksidentalisme untuk sejarah, sains, undang-undang, dll. Semua sudut boleh dioksidentalismekan. But do it with conviction. Jangan buat sekadar buat tapi anda sendiri skeptis. Pembaca akan kesan dan lempar balik kat muka anda.
2. Konflik Israel- Palestin - baca laporan Zaid Akhtar menang. Put your heart and soul into it. You might find a new angle and work on that.
3. Sains Fiksyen - SF is hot these days. Tapi ingat, adakah kita nak tulis ikut acuan Barat? The Matrix, Space Odyssey, Isaac Asimov, time travel, alternate universe, post-apocalyse? Apa natijahnya terhadap akidah jika berbuat demikian? Yang penting kajian dan kontrakan dengan pandangan Islam. Dalami tradisi SF Barat dan tunggang-terbalikkan tradisi tersebut.
4. Pengunggulan seni tradisional - sudah banyak kali dilakukan (pantun, nazam, seni tari, seni pentas, seni penulisan hikayat). Tapi boleh saja cari item baru, sudut baru dan tulis gaya baru.

What will be HOT in HSKU for the years to come - my prediction.

1. Multi-racial Malaysians' point of views - origins, history, that contribute to the excellence of this nation in the future.
2. Supra-mazhab issues- rising above differences in Islamic factions/beliefs to achieve a common goal for the greater good of the Ummah.
3. Islamic SF - a lot of space in this town!
4. Environmental issues - relationship between man-God-environment.
5. Fantastic-mythical archeology right here in Malaysia.
6, Anything againsts the West/ Zionisme but intellectually and eloquently done, with conviction.

(Bersambung)

Wednesday, June 16, 2010

SANG PUTERA TANAH PARSI: Notes for Writing

PRINCE OF PERSIA: The Sands of Time is definitely not a masterpiece in filmaking or writing. But there are some good writing notes that I learned from this popcorn movie. They are:

1) A balance of strength between male and female leads: Since I love pairing a guy and a girl in my stories (to no romantic effect or purpose), I found the balance of power between Tamina and Dastan is fascinatingly written. How can I achieve that kind of balance in my next story? Is it even possible when I'm trying to make them collaborate instead of trying to kill each other? Does it always end with with a stronger lead and another will become the subordinate? Does change of principles during the story change the dynamics of power struggle between male and female leads? Towards balance or subordination?

2) It rises beyond cliche even when it has a cliched domestic plot point: Dastan is adopted by the king, literally picked up from the streets. And it was no secret. He was adopted long after the princes, Tus and Garsiv, were born. He was the youngest of the 3 princes. However, even in their fiercest battle, complete with accusations of treachery, not once the 2 royal blooded brothers ever questioned Dastan's position in the royal family. Yes, Garsiv did say that Dastan led an army of street brawlers but that's the truth - Dastan's men were street brawlers, not soldiers, but they never doubted their father's decision in adopting Dastan. Imagine if such a plot point exists in a local domestic drama, it will be used to crucify the lead character to death.

3) Interesting alternative imagery to replace gratituous violence: There is a scene where Dastan commits suicide to proof to his brother Tus that he is innocent. We know Dastan cannot die in this story, but he killed himself nevertheless. The audience need not see that because we know Dastan will live again, in a time travel paradox (which I always hate). So they make this scene, where Dastan falls, he crashes on a table-load of foodstuff and a jar of red wine spilled on the floor. So, we get it. Dastan is dead. For now. Now, how is that going to be written, if you're going to write it down? Will it achieve the same effect?

4) The fast-paced narration: Can we write something as fast as this thing, without making it rubbish? I believe action packed stories will not lose its meaningfulness. But, that is yet to be put to the test with what writers write and how it translates to the readers.

Defy the Future: Ya, ya, I see you, Jake Gyllenhaal, not starring in the sequels. Boo hoo.

See. There are always bad books and bad movies. But one can always learn from them, rather than tossing them aside with pre-judgement and prejudice before actually reading or viewing.

Tuesday, June 8, 2010

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan: Habuan Untuk Intelek Penulis

Setakat ini, saya hanya bercakap tentang habuan materi untuk penulis apabila beliau menulis untuk HSKU. Namun,apa pula ganjaran dari segi intelek? Ingin saya nyatakan di sini, penulis mendapat ganjaran paling besar dari segi intelek, iaitu KEBEBASAN. Biar saya jelaskan dengan lebih lanjut.

1. Penulis BEBAS menulis di bawah apa sahaja TEMA. Tiada sesiapa, editor, sub editor akan memberitahu tema apa yang sesuai untuk HSKU. Anda tidak akan dipaksa menulis tentang cinta, tentang pengembaraan di tanah padang pasir, atau tentang sains misalnya.Tulislah berpayungkan sebarang tema yang anda mahu tulis. Jika ia baik, indah dan relevan, insya-Allah akan mendapat tempat.

2. Penulis BEBAS menulis dengan apa juga TEKNIK.Tiada sesiapa akan mengadakan kursus mengajarkan teknik itu dan ini sekadar untuk menyeragamkan semua novel HSKU. Anda hendak guna sudut pandang diri pertama, kedua, ketiga, keempat. Anda hendak campur segala sudut pandang. Tak kisah. Omniscient, limited omniscient, first person, second person, third person, dan lain-lain lagi. Selagi teknik anda boleh difahami oleh pembaca, dan anda berjaya menyampaikan ceritaa, insya-Allah, ada tempat untuk mansukrip anda. Kalau kena caranya walaupun pelik, manuskrip anda boleh dianggap sebagai kisah bergarda depan (avant garde).

3. Penulis BEBAS menulis semahunya PANJANG atau PENDEK cerita. Ada novel HSKU yang setebal mulut yang terbuka. Ada yang setebal jari kelingkeng budak. Tiada sesiapa akan menetapkan novel HSKU sepanjang atau sependek mana. Tulislah selagi cerita anda belum tamat. Apabila cerita anda sudah tamat, tamatkannya. Tak perlu nak berepilog-epilog lagi sekadar hendak menebalkan buku supaya nampak berisi.

4. Penulis BEBAS menulis apa yang dia suka. Panel tidak akan memaksa anda menukar cerita sekadar untk manuskrip anda diterbitkan. Jika manuskrip anda tidak memenuhi syarat, manuskrip tidak akan terpilih. Anda tidak akan dipaksa mengubah apa-apa. Itulah adat pertandingan.

Untuk kriteria yang lebih lanjut, sila baca antologi cerpen remaja HSKU setiap tahun. Ini bukannya rahsia pun!

Sunday, June 6, 2010

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU 2009): Apa akan terjadi dengan manuskrip?

Saya hanya cuba untuk memberi bayangan tentang ketelusan Panel Hakim HSKU kepada sesiapa yang sangsi dengan proses yang berlaku setelah anda mengirimkan manuskrip ke syarikat penerbitan tersebut.

1. Manuskrip anda dikumpulkan bersama dengan manuskrip-manuskrip lain yang penulisnya telah menulis surat untuk menyertai sayembara ini.

2. Sebarang nama pada manuskrip anda (jika ada) akan dipotong dengan gunting atau di'black out'kan dengan marker hitam, depan dan belakang. Jika anda isteri Perdana Menteri pun, sudah berapa kali anda menang, sudah banyak anugerah peringkat kebangsaan sudah anda menang, tiada siapa akan tahu. Panel Hakim tidak akan tahu. Dan mereka tidak peduli langsung. Yang akhirnya mengaitkan manuskrip anda dengan nama sebenar anda ialah 'cover letter' yang  menyatakan tajuk manuskrip yang disimpan di dalam laci Sidang Pengarang.

3. Manuskrip-manuskrip tidak bernama ini akan disaring sehingga ke jumlah yang agak sedikit, mungkin 6-4 buah untuk diadili oleh Panel Hakim. Ini ada dinyatakan di dalam Laporan Panel Hakim dalam antologi cerpen remaja.

4. Selama itu, Panel Hakim akan mengamalkan prinsip 'radio silence'. Tiada apa anda akan dapat dari Panel Hakim walaupun di zaman teknologi tinggi ini. Takde Twitter, takde Facebook.

5. Sehinggalah keputusan diumumkan di akhbar iaitu lebih kurang seminggu sebelum majlis penyampaian hadiah. Jika karya anda tidak terpilih anda akan tahu sebabnya apabila membaca Laporan Panel Hakim dalam antologi cerpen remaja.

6. Selepas itu anda telan segala-galanya dan kembali semula ke hadapan papan kekunci. Hidup mesti diteruskan...

Thursday, June 3, 2010

LOST Finale: Rest In Peace

If anyone is going to ask me what are my favourite TV shows in my adult life, I'll answer there are only 2. One is the X-Files, which I abandoned when everyone (Scully and Mulder) left the show in its final season and left me in a lurch. And another which I hadn't had the chance to abandon because the people behind it decided they're going to end it when the story ends, which is LOST.



People might think that I'm beyond saving and decadent when they read about the freemasonry and biblical references of the series but that is not why I  watch that series. I watch it for the STORY which is what people of any race and religion and nationality would identify with. I don't care about the fight between Jacob and Man In Black, good versus evil and all the religious references, but I care about Jack (first and foremost), Kate, Sawyer, Sayid, Hurley, Locke, Jin, Sun, Claire and the rest of the gang. That's what makes LOST special because the attachment made between the viewer and the characters. And that's what's important when you're writing for teenagers. Your main characters must be able to make a connection with the reader, because young people need that attachment. Make your characters believable, with a face, with dreams and nightmares, with a past and a future. Make them strong, make them weak.

I haven't watched the entirety of LOST's final season since the DVD isn't out yet, so I just watched snippets of the end on the Internet and wow, was I blown away. How could they set up first episode of Season One and were able to see what it will make in the final episode of the final season? The attention to details - the bamboo grove, the dog Vincent, the lone white shoe, the cut on Jack's side, the plane taking off instead of plummeting and the eyes closing. Brilliant writing, tremendous amount of detail, amazing foresight.

LOST has been my inspiration when I was writing Kasih Nan Agung and it worked wonderfully well in a whole different and alien context. But the jungle adventure still remains.


 "I'm leaving, I'm leaving, but the fighter still remains" - Jack Shepard chanelling Lee Dewyze's rendition of The Boxer.


Rest in peace LOST. Now I have to find something else that will match that kind of writing brilliance.

Tuesday, June 1, 2010

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan datang lagi (HSKU 2009)

Kenapa seseorang penulis tertarik untuk menulis novel demi menyertai HSKU sedangkan banyak lagi syarikat penerbitan yang dapat memberi pulangan lumayan tanpa penulis memenangi sebarang pengiktirafan? Jawapannya ialah kerana pengiktirafan itu sendiri. Jika saya hanya mampu menulis satu novel untuk satu tahun, atau lebih teruk lagi menulis satu novel untuk 2 atau 3 tahun, baiklah saya menulis untuk HSKU. Jika saya ada rezeki dan menang mungkin saya akan mendapat ganjaran RM7000/ RM4500/RM3500. Kemudian saya akan mendapat royalti sebanyak 10% SEKALI sahaja pada tahun depannya, lebih kurang dalam bulan Jun, Julai. Dalam isu royalti juga suka saya memberikan petua kepada penulis-penulis dan bakal-bakal penulis yang belum pernah menulis untuk HSKU.

Petua-petua memohon royalti HSKU anda:
1. Jika anda mahu royalti dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri, baiklah menulis surat rasmi kepada syarikat penerbitan empat bulan sebelum bulan Ramadan.
2. Tulis surat yang sopan, terus kepada niat dan pendek. Mereka selalu hendakkan sesuatu dalam hitam putih.
3. Royalti dibayar setahun sekali sahaja.
4. Royalti anda akan susut yang teramat apabila menjangkau tahun. Misalnya, saya pernah menang satu cerpen dan cerpen ini dimuatkan dalam antologi yang terbit pada tahun 2004. Pada tahun 2010, saya menerima royalti bernilai RM 0.40 untuk cerpen tersebut. Novel saya yang terbit pada tahun 2001, mengutip royalti sebanyak RM 13.00 pada tahun 2010.
5. Satu-satunya cara untuk meningkatkan royalti HSKU anda adalah dengan menulis dan menang HSKU setiap tahun selagi diizinkan Allah SWT dan selagi dikurniakan rezeki dalam bidang ini.

Selain dari royalti dari syarikat penerbitan, novel pemenang HSKU juga akan dibeli oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk dibekalkan ke perpustakaan desa di seluruh negara. Perjanjian dengan PNM lebih menguntungkan kerana PNM akan memberi 30% jumlah keseluruhan harga buku kepada penulis dan 70% kepada syarikat penerbitan. Rahsia yang ingin saya berikan di sini ialah, jika buku anda berharga RM 20.00 ke bawah, PNM akan beli sebanyak 1000 naskhah. Tetapi jika lebih walau satu sen pun dari RM 20.00, PNM akan beli sebanyak 500 naskhah. PNM biasanya akan menawarkan perjanjian ini dua tahun sekali melalui syarikat penerbitan.

Dan jika anda dikurniakan rezeki yang lebih oleh Allah SWT, novel anda memenangi Hadiah Sastera Perdana bagi kategori novel remaja dengan hadiah bernilai RM 5000.00.

Dan jika diizinkan Allah, dalam masa sepuluh tahun lagi, novel anda akan terpilih untuk menjadi teks KOMSAS. Dengar-dengar royalti bagi cetakan pertama bagi teks KOMSAS yang baru ialah RM 700 000 bagi seorang penulis. Kita hanya boleh berdoa untuk dikurniakan peluang ini. Namun sudah banyak novel HSKU yang terpilih untuk menjadi teks KOMSAS. Terbaru Renyah (Gunawan Mahmood, 1994), Melunas Rindu (Hartini Hamzah, 1998), Azfa Hanani (Halis Azhan Mohd Hanafiah, 1994). Yang lama Panas Salju (Talib Samat, 1994), Julia (Abu Hassan Murad).

Dan sepanjang-panjang artikel tentunya anda benci dengan taksubnya saya pada ganjaran materi. Jika ya, saya tidak taksub, tetapi setiap hasil yang kita keluarkan dengan titik peluh mestilah kita mengharapkan ganjaran yang setimpal, seumpamanya ia adalah suatu pekerjaan. Dan kedua, hidup perlu diteruskan dengan sedikit sebanyak memerlukan medium kewangan.

Tetapi sebenarnya, sewaktu menulis di atas garis-garis kertas kajang sambil menunggu ikan yang digoreng di atas dapur menjadi rangup, dan ketika mengetuk papan kekunci komputer pada jam 3 pagi, niat di dalam hati hanya supaya apa ditulis itu baik dan betul dan relevan, supaya manuskrip tidak dicampak oleh Sang Editor Makro ke sudut biliknya bersama-sama manuskrip tertolak yang lain.

(Bersambung)

Debaran Bermula: Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009 (HSKU 2009)

Dengan tersiarnya artikel tulisan Nisah Haron dalam akhbar Utusan Melayu (21 Mei) & Rozlan Mohd Noor dalam Mingguan Malaysia (30 Mei) maka bermulalah debaran menunggu keputusan HSKU 2009. Samada anda penulis atau tidak, menulis atau tidak, jika anda mempunyai sekelumit minat dengan dunia kesusasteraan Melayu di Malaysia samada sebagai pembaca, pengkritik, penonton, penggosip di blog, pengutuk bertopengkan blog dan sebagainya, anda pasti tertunggu-tunggu dengan keputusan HSKU saban tahun. Sehingga meng'google' HSKU bagaikan satu kebersalahan yang lazat bagi anda.

Jadi musim HSKU datang lagi.

Saya pernah menulis untuk HSKU beberapa kali. Pernah menang, pernah kalah, pernah beberapa tahun tidak menulis kerana urusan keluarga. Namun saya menyokong pemenang-pemenang HSKU. Saya ternanti-nanti hendak membeli set antologi dan semua novel-novel remaja. Saya akan baca laporan panel hakim walaupun saya memang tidak menghantar karya. Saya suka mengetahui apa rahsia kejayaan orang. Walaupun tidak berpeluang bersua muka, namun saya seboleh-bolehnya hendak tahu tips dengan cara pembacaan. Maklumlah, jarang-jarang penulis mahu membuka rahsia penulisan di blog. (Seperti mana kata Joker dalam The Dark Knight "When you're good at something, don't do it for free") Bahkan di buku panduan penulisan sekalipun, penulis tidak akan mendedahkan rahsia magnum opusnya. Yang ada hanyalah teaser akan kehebatan yang sedang dirahsiakan melalui karya-karya kecil. Itu adalah lumrah. Kita terimalah kenyataan.

"When you're good at something, don't do it for free"

Kenapalah HSKU amat terkenal walaupun ia penuh dengan kelemahan? Sebenarnya golongan sastera negara ini semacam ada hubungan cinta-benci dengan HSKU. Ada saja yang tidak kena. Asyik pemenang yang sama saja naik pentas. Aturcara majlis tak lancar. Persembahan kurang sesuai. Perasmi tidak digemari. Ada insiden wardrobe malfunction ala Janet Jackson. Makanan tidak sedap. Tempat duduk tidak kena dengan geng. Tiba-tiba ada genre bahasa asing. Ada pemberontakan terhadap aturcara. Dan lagi dan lagi.

Tapi ini semua perkara kecil. Di dalam kelemahannya, hanya HSKUlah yang paling konsisten dalam banyak segi dan itu menyebabkan ia menjadi begitu penting. Ada pertandingan yang menghadiahkan untuk novel remaja RM 3000! Berbaloikah? HSKU seboleh-bolehnya menambah hadiah setiap tiga-empat tahun. HSKU 1999, hadiah novel remaja tempat pertama RM 5000. HSKU 2000 naik RM 6000. HSKU 2007 naik RM 7000. Memangkah sedikit tapi HSKU dilaksanakan oleh syarikat akhbar, yang peruntukannya mereka kena cari sendiri. Tidak mengira ekonomi gawat atau tidak, HSKU tetap ada. Tidaklah sekejap tenggelam, sekejap timbul.

Dan di tengah-tengah kehebatan 'meletup'nya syarikat-syarikat yang jualannya deras, anda pasti tertanya-tanya kenapa ada juga yang masih setia menulis untuk HSKU terutamanya untuk kategori novel. Dan saya hanya boleh bercakap untuk diri sendiri. Saya mengajar Bahasa Inggeris di sekolah menengah, mempunyai dua anak kecil. Kehidupan saya amat sederhana. Saya memandu kereta Kancil yang tidak lagi dikeluarkan oleh kilang Perodua. Jadi saya tidak mengharapkan apa-apa untuk hidup ini kecuali dari mengajar budak sekolah untuk mencari rezeki, dan perkara-perkara kecil yang lain. Masalahnya, saya suka menulis. Menulis novel sajalah di mana saya tidak menyakiti orang lain dan tidak membuat kesilapan-kesilapan besar. Di tempat lain, saya selalu membuat masalah. Jadi saya tulislah. Apabila saya menulis, saya malas hendak buat promosi di blog. Biarlah. Maka saya mahu impak paling maksima dengan usaha paling minima. HSKUlah tempatnya. Promosi, jualan semua diuruskan oleh syarikat yang mengambil 90% hasil dan 10% diberi kepada saya. Cukuplah, lagipun Kancil saya dah habis bayar. Kalau saya nak 100%, saya kenalah reka kulit sendiri, cetak buku sendiri, binding sendiri, dan bina gerai tepi jalan untuk jual buku saya.

(Bersambung)