Saya hanya cuba untuk memberi bayangan tentang ketelusan Panel Hakim HSKU kepada sesiapa yang sangsi dengan proses yang berlaku setelah anda mengirimkan manuskrip ke syarikat penerbitan tersebut.
1. Manuskrip anda dikumpulkan bersama dengan manuskrip-manuskrip lain yang penulisnya telah menulis surat untuk menyertai sayembara ini.
2. Sebarang nama pada manuskrip anda (jika ada) akan dipotong dengan gunting atau di'black out'kan dengan marker hitam, depan dan belakang. Jika anda isteri Perdana Menteri pun, sudah berapa kali anda menang, sudah banyak anugerah peringkat kebangsaan sudah anda menang, tiada siapa akan tahu. Panel Hakim tidak akan tahu. Dan mereka tidak peduli langsung. Yang akhirnya mengaitkan manuskrip anda dengan nama sebenar anda ialah 'cover letter' yang menyatakan tajuk manuskrip yang disimpan di dalam laci Sidang Pengarang.
3. Manuskrip-manuskrip tidak bernama ini akan disaring sehingga ke jumlah yang agak sedikit, mungkin 6-4 buah untuk diadili oleh Panel Hakim. Ini ada dinyatakan di dalam Laporan Panel Hakim dalam antologi cerpen remaja.
4. Selama itu, Panel Hakim akan mengamalkan prinsip 'radio silence'. Tiada apa anda akan dapat dari Panel Hakim walaupun di zaman teknologi tinggi ini. Takde Twitter, takde Facebook.
5. Sehinggalah keputusan diumumkan di akhbar iaitu lebih kurang seminggu sebelum majlis penyampaian hadiah. Jika karya anda tidak terpilih anda akan tahu sebabnya apabila membaca Laporan Panel Hakim dalam antologi cerpen remaja.
6. Selepas itu anda telan segala-galanya dan kembali semula ke hadapan papan kekunci. Hidup mesti diteruskan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment