"Senarai barang dapur, senarai apa-nak-di buat, senarai orang yang tak disukai, tulislah apa-apa pun, tapi bukan cerita aku yang best tu! Bukan sekarang. Aku tak sedia lagi." |
Tapi anda dapati anda tak boleh menulis. Anda tahu apa yang terjadi dalam Bab 1, tapi untuk mengetuk papan kekunci atau memulakan tulisan tangan walaupun sepatah amat sukar. Kenapa? Pelbagai gangguan tiba-tiba wujud. Gangguan yang selama ini tiada ketika anda membuat kajian kini ada.
1. Buku-buku menarik tiba-tiba muncul.
Tiba-tiba, bila LALU di depan kedai buku sahaja, anda asyik ternampak buku yang bagus. Anda kena beli dan kena baca. Fiksyen yang tiada kaitan langsung dengan cerita yang anda bakal tulis. Semenjak Bookfest di KLCC lewat Ramadan dulu anda sudah membaca 3 buah novel dan suka semua cerita-cerita tersebut dan anda terus ketagihan.
2. Mula berfikir tentang kerja di tempat kerja tahun hadapan.
Ketika kerja-kerja di pejabat hampir siap dan fail 2010 hendak ditutup, anda sudah terfikir hendak buka fail 2011. Alasan, supaya ada banyak masa untuk menulis tahun depan. Dan anda tahu apa yang akan terjadi tahun depan. Sama saja.
3. Mencari-cari kerja rumah yang belum siap.
Entah mengapa balang-balang kuih raya cepat kosong dan minta di isi semula. Kenapa pinggan mangkuk kotor asyik bertimbun saja? Kain di ampaian sudah di angkat? Pelbagai kerja seolah-olah muncul secara tiba-tiba yang selama ini tidak pula anda ambil pusing.
4. Anda tidak mahu beri masa untuk diri sendiri.
Sentiasa berasa ada seseorang yang perlu ditelefon, perlu dijaga, perlu diambil perhatian ketika ini. Perasaan itu tidaklah sehebat dahulu. Namun semakin menjadi-jadi sekarang.
Realiti: Menulis itu sesuatu yang terlalu asyik.
Kalau dalam slanga bahasa Inggeris sekarang ia dipanggil “Writing is so sick”. Kalau perasaan itu boleh dibotolkan ia boleh jadi sesuatu yang haram untuk dipasarkan. Anda tahu setapak anda masuk ke dalam dunia cerita anda, anda akan berada di dalamnya dan takkan keluar sehingga anda selesai. Anda akan berjalan berminggu-minggu macam orang mabuk cinta. Anda terpaksa buat keputusan-keputusan yang dahsyat untuk watak-watak anda. Anda terpaksa kecewa dan menangis sebagai watak-watak anda. Dan prospek untuk hidup di dalam dunia tersebut terlalu menakutkan dan menyeronokkan pada waktu yang sama.
Anda sekarang dalam keadaan dahaga dan kepanasan yang amat sangat. Dan anda berada di tebing yang tinggi, di bawahnya air yang biru dan segar lagi sejuk. Anda mahu terjun. Beranikah?
salam, sy ingin bertanya, utk HSKU perlu kah hantar karya beserta biodata lengkap, atau sekadar sertakan surat yg menyatakan tujuan menghantar karya utk HSKU..
ReplyDeleteadakah sesebuah karya akan di tolak jika tidak disertakan biodata, hanya sertakan nama dan alamat pengarang?
Assalamualaikum
ReplyDeleteSalam perkenalan...
Dah lama saya tercari-cari blog penulis yg sgt saya minati, kagumi dan hormati ini. Jumpa jgk akhirnya :)
Tumpang tanya, bila dead line utk menghantar manuskrip novel HSKU pada saban tahun?
Terima kasih atas perhatian kak sri
Salam untuk Anonymous & Almarjan Yusoff,
ReplyDeleteMaaf lambat membalas kerana persiapan untuk PMR sudah di tahap kemuncak.
Anonymous: Hantar manuskrip dengan maklumat penulis yang asas sahaja, iaitu, nama penuh, alamat surat menyurat, nombor telefon, tajuk karya dan kategori karya (novel remaja HSKU). Apabila panel hakim telah berbengkel dan sepakat memilih karya anda, editor akan menghubungi anda melalui nombor telefon anda. Selepas itu, anda hanya perlu memnyediakan segala apa yang editor mahu kerana sekarang anda adalah salah seorang pemenang.
Almarjan,
Deadline untuk novel remaja HSKU ialah 31 Disember setiap tahun. 31 Disember tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Sesuai sangat le tu. Ada lebih kurang 90 hari lagi. Apa lagi, mulakan le novel anda yang dah lama menunggu siap.