Tuesday, September 7, 2010

MESRA ALAM SEBELUM BALIK KAMPUNG

Musim balik kampung tiba lagi. Sebelum meninggalkan rumah lakukan perkara-perkara mesra alam ini. Anda mungkin sudah tahu tapi saya sengaja mahu mengingatkan diri saya sendiri.

1. Pastikan semua barang-barang boleh busuk dalam peti ais anda masak sebelum balik kampung.

Malam terakhir sebelum anda balik kampung, habiskan daging dan ikan di dalam peti ais. Juga cincau, santan, cendol, susu yang telah dibuka, susu kultur, roti dan buah-buahan. Jika anda hendak tinggalkan sesuatu barang, tinggalkan yang tidak mudah rosak seperti telur dan sardin dan sayur sejuk beku yang boleh dimasak sebaik saja anda tiba di rumah minggu depan.

2. Pastikan semua kebocoran paip di rumah dibaiki.
Anda tidak mahu baldi yang menadah paip menitis menjadi penuh dan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes sewaktu ketiadaan anda sekeluarga.

3. Pastikan semua sampah telah dibuang.
Tinggalkan rumah tanpa sampah. Juga amalkan sikap pembuang sampah yang baik. Bungkus sampah dengan baik. Jika mahu membuang kaca dan benda-benda tajam, ambil langkah supaya ia tidak memudaratkan pekerja pengurusan sampah.

4. Pastikan semua suis elektrik telah dipadam dan cabut plag alatan.
Cabut plag cerek, TV, radio, pengecas telefon, komputer, mesin basuh, dispenser air. Plag yang masih di palamnya masih menggunakan elektrik dan ada risiko kerosakan alat jika berlaku ribut petir. Satu-satunya alat yang anda tidak perlu cabut ialah peti sejuk, melainkan andan berjaya menghabiskan semua benda di dalamnya! Juga jika anda mempunyai lampu yang anda ingin biarkan terpasang sebagai mengelakkan kejadian pecah rumah.

Kepada semua pembaca, semoga perjalanan anda selamat pergi dan pulang. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf zahir dan batin.

2 comments:

  1. Salam Cikgu Sri,
    Wah, tip-tip yang sangat baik dan bermanfaat! Selamat hari raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat cikgu sekeluarga...

    ReplyDelete
  2. Salam Cikgu Nizar,

    Yang baik kita kongsi bersama. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.Lepas UPSR habis boleh le tulis novel baru.

    ReplyDelete