Monday, November 28, 2011

MENULIS: KENAPA BUNTU?

Baiklah. Plot telah anda rancangkan. Dan anda telah bersiap-sedia. Masa 30 hari sudah semakin kurang, sebagaimana bertambah kurangnya masa anda di alam fana ini. Anda menghadap komputer dan tiada apa yang keluar. Itu dia, WRITER'S BLOCK! Benda paling ditakuti oleh penulis, selain dari PENOLAKAN MANUSKRIP. Kenapa? Sebab kalau tak tulis, macamana orang nak tolak manuskrip kita? Kebuntuan adalah masalah utama penulis.

Jika anda menghadapi writer's block pastikan sebab-sebabnya dahulu:

1. Adakah anda berada di hadapan komputer dengan Internet terpasang?
Jika ya, cabutkan semuanya. Ataupun set up komputer lain di tempat lain yang bukan tempat bermain internet. Terpasang sahaja internet, tamatklah riwayat idea anda. Anda berFB, berWiki, berFF, tengok blog orang, dan lain-lain. Sebenarnya menulis depan internet lebih bahaya dari menulis depan TV sebab berinternet mesti guna tangan. Tangan tak pernah bebas, mesti pegang tetikus dan menaip sesuatu. Jika menulis tengok TV, mata sahaja yang melihat, fikiran boleh menerawang jauh. Anda kata anda hendak berinternet lima minit, tengok-tengok 5 JAM melayang begitu sahaja!

2. Anda tidak mempunyai kekuatan mental.
Anda ada idea tapi minda anda tidak dapat membayangkannya. Praktis, buka TV. Tengok segmen 5 minit satu episod police procedural yang agak lemah (jangan tengok Prison Break, musim 1) dan lihat aksi dan dialog selama 5 minit. Kebanyakan dialog, aksi, dan prosedur adalah tidak munasabah dan mungkin salah (Hah? Macamana dia boleh keluar dari sel dia dan berjumpa musuh dia di lawn penjara? Lepas tu, orang jahat tu boleh bawa screwdriver? Jaga tak buat apa-apake? Dua musuh ketat bergaduh di kawasan penjara tanpa sebarang tindakan? Tak lojik, tak lojik) Tapi ia berjaya di produksikan kerana setiap langkah diimaginasikan di papan cerita dan di dalam skrip. Anda mesti berbuat demikian. Imaginasikan langkah demi langkah.

3. Cari masalah dalam diri dan selesaikan dalam cerita anda. Jangan tipu. Anda mesti ada unfinished business dalam hidup anda. Pengalaman menghadapi trauma. Musuh-musuh kejam. Ditinggalkan. Dikecewakan. Tidak pernah menang walau satu hadiah pun dalam temasya sukan sekolah. Ambil satu. Gandakan masalah kecil jadi global catasptrophe dan anda katakan pada diri anda - Ini cerita aku. Aku mesti tulis, jika tidak aku takkan hidup dalam aman selagi aku bernyawa (tambah juga unsur-unsur dramatis)

Teruskan usaha dengan niat mencari keberkatan Allah SWT.

Pascaskrip: Seorang pemberi motivasi tidak semestinya melakukan apa yang dimotivasikannya. When you can't, you make others do it.

5 comments:

  1. assalammualaikum, sungguh tidak saya percaya puan sudi membaca reviu saya berkenaan BM. terima kasih banyak-banyak puan. saya doakan semoga puan terus diberikan nikmat Ilham oleh Allah Taala untuk menulis karya sebaik BM. terima kasih sekali lagi puan.

    ReplyDelete
  2. En. Ilham,

    Terima kasih sudi bertandang ke mari.

    ReplyDelete
  3. salam...

    saya tak tipu, saya juga menghadapi perkara-perkara ini... sangat derita jiwa dibuatnya...

    terima kasih puan atas perkongsian...

    ReplyDelete
  4. thanx for sharing.. salam kenal.. jemput singgah blog hamba (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca pengalaman hamba kembara ke 46 buah negara.. :)

    ReplyDelete
  5. Jhazkitaro,

    46 negara! Wow. Kalau anda menulis tentang pengalaman anda, anda boleh jadi raja segala travelog. Saya akan singgah dan tengok-tengok ASAP. Terima kasih.

    ReplyDelete