Wednesday, October 10, 2012

RIMBA JIWA: ANCESTOR TEXT


'Trend' penerbitan novel remaja di Amerika Syarikat sekarang ini adalah begini: Novel remaja yang akan dipromosi habis-habisan atau dijangka ‘laku keras’ adalah novel genre paranormal (pontianak, serigala jadian, angels, pari-pari, ikan duyung, hantu/ roh, ahli sihir, manusia mutan) dan ia mesti bersiri. Watak protagonis mestilah budak perempuan remaja dan dia akan digoda 2 orang budak lelaki remaja.  Pengisian novel-novel sebegini adalah semata-mata bercorak emosi. ‘World-building’ dilakukan sesuka hati dengan peraturan-peraturan yang mudah lentur. Di saat yang paling hebat pun dalam novel ini tidak langsung memberi kepuasan kepada pembaca, kerana, pembaca terpaksa menunggu sambungan novel dalam quadrologi itu. Maksud saya, jika mahu tulis paranormal, sila tulis ‘all out’ dan ‘’don’t hold back’. Tetapi, ya lah. Jika isi cerita sudah buruk lagi lompong, tiada satu teknik pemplotan pun yang boleh menyelamatkan cerita itu.

Jadi, bayangkan betapa gembiranya saya apabila menemui novel yang bertajuk 'Wolves, Boys and Other Things That Might Kill Me' nukilan Kristen Chandler di jualan buku Big Bad Wolf (Hahaha, takdir!). Buku ini saya beli dengan harga RM8. Apabila saya membeli buku ini, dan menilai kulit buku ini, saya tahu yang buku ini bukan buku tentang serigala jadian. Apabila saya membacanya, saya mencapai satu kepuasan di mana saya mendapat ilmu tentang sejarah dan sains pengenalan semula serigala ke dalam kawasan petempatan manusia berhampiran Yellowstone National Park. Tiga kumpulan manusia (peladang-penternak, saintis dan juga renjer taman) dilagakan dalam konflik yang berada di dalam kawasan kelabu apabila hidup mereka bertembung dengan spesis serigala. Novel ini terlalu 'awesome' sehingga saya mahu menulis sesuatu yang sepertinya.  Bukan itu sahaja, ia begitu penuh aksi dan penuh emosi sehingga saya tidak menyangka bagaimana isu yang begitu kering ini menerima ‘treatment’ yang amat ‘meletup’ di pengakhiran cerita. Saat klimaks apabila KJ (heroin) bertembung dengan budak lelaki ganas yang melepaskan geram akibat didera dengan memburu serigala, saya hanya boleh berkata “WAH!”. Akhirnya,  saya mahu tulis novel remaja yang membawa suara remaja – mudah, penuh emosi tetapi mempunyai wawasan dan membawa isu yang penting.

Saya mula membuka mata kepada isu pemeliharaan haiwan terancam di negara kita. Satu artikel di akhbar Utusan Malaysia tentang kegiatan pemburu haram dan pemerdagangan haiwan eksotik/ terancam menjadi penyambung idea saya. (Saya simpan artikel ini, tetapi bila dicari, ia menghilangkan diri'). Saya mendapati kita menghadapi masalah yang berbeza dari kes novel Kristen Chandler, dan novel 'Rimba Jiwa' pun berpisah arah dari 'Wolves, Boys and Other Things That Might Kill Me'. Tetapi sekali-sekala saya merujuk kembali kepada novel ini untuk menikmati kebijaksanaannya walaupun suara yang membawa cerita ini begitu muda.


Nah! Itu dia, ancestor text 'Rimba Jiwa'.

3 comments:

  1. Lagu temanya? Chasing Cars lagi ke?

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH TAHNIAH. Selesai membaca. Sungguh teruja, terasa ada cinta, ada perjuangan dan ada kasih sayang. Bahaduri, sungguh dia 'hero' yang juga bisa dan penawar dengan baju belia 4B. Terasa sayu membayangkan Guruh si beruang madu, makan nasi dan susu isian pekat manis. Penuh pengisiannya, terasa berdebar-debar. Kadangkala menangis, membayangkan jiwa redup tempat Bahaduri meneduhkan kasih sayang pada sahabatnya yang pergi. Semangat kelip-kelip, kini menjadi semangat beruang madu.ALHAMDULILLAH TAHNIAH!

    ReplyDelete
  3. Anonymous,

    Lagu temanya ialah 'Watch Over You' oleh Alter Bridge. Cuma tidak disebut kerana lagu ini terlalu 'sad ending.' Who'll watch over you when I'm gone? And when I'm gone, who'll break your fall, who will you blame?

    Farah Nyemah Mulya,

    Terima kasih kerana sudi membaca walaupun telah turun tangga. Review pendek yang amat bermakna bagi saya.

    ReplyDelete