Minggu ini adalah minggu terakhir akademik 2012. Di waktu sebegini, tekanan di sekolah berada di kemuncaknya. Jika ada sesuatu yang tidak menyenangkan hendak berlaku, sama ada kita mahu ia berlaku atau tidak, sama ada kita menjangkakannya atau tidak , ia akan berlaku pada waktu-waktu sebegini. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat menyelamatkan kita, memberi kita kekuatan untuk menghadapi cabaran di waktu yang genting. Sedang kita diuji cabaran, kenangan indah di waktu mudah adalah seperti ubat.
|
5 remaja merentas masa bermalam di rumah Pandak Endut & isterinya, Bonda Kuntum. Bonda Kuntum menasihati Hassan agar berfikir tentang niatnya untuk menyertai misi membunuh Birch. Pesan Bonda Kuntum "Kita tidak boleh mengubah sejarah, tetapi sejarah boleh mengubah siapa diri kita." |
|
Mengetahui yang Hassan hendak mengikuti suatu misi yang bahaya dan mengesyakki yang Hassan menghidap sejenis 'hero complex', Farouk cuba memulangkan kertas kajian milik Pelangi. Hassan menolak mengatakan yang esok dia akan 'turun ke sungai'. |
|
Birch dan isteri sedang bersiar-siar di atas sampan |
|
Hassan mengemudi sampan Pandak Endut menuju ke arah sampan yang dinaiki Birch. Ini lebih baik dari Globe Theatre. |
|
Babak serangan Pandak Endut ke atas Birch. Selesaikah masalah negeri Perak? |
|
Tunggu! Cerita belum tamat. Birch ada pistol! Apa akan terjadi seterusnya? |
Walau apapun yang akan terjadi minggu ini, saya berdoa yang saya masih boleh mengenang perkara-perkara yang baik dan menjadikan sempadan bagi perkara-perkara yang buruk. Amin ya Allah.
No comments:
Post a Comment