Saya ada masa 2 bulan sebelum tarikh akhir menghantar karya untuk sayembara (sebelum 2012 berakhir). Membina keberanian menulis amat mudah. Pertama, sediakan sudut untuk menulis. Ibu saya kata rumah saya rumah ‘sangkar burung’ – tidak cukup ruang. Jadi, saya menulis di meja makan sambil memantau aktiviti anak-anak.(Tiada istilah ‘berkurung diri’ untuk saya). Saya mesti simpan benda-benda di atas meja makan ini di tempat lain malam ini, tetapi saya tahu yang saya akan menulis di sini.
Bila nak kemas meja makan ni? |
Kedua, saya letakkan semua buku rujukan yang akan saya gunakan untuk projek ini di satu rak yang hampir dengan meja makan tadi. Saya hanya perlu angkat punggung dan capai buku tersebut. Jika saya perlu mencari-cari lagi buku rujukan di rak buku yang lain semasa menulis nanti, saya akan gagal.
Rujukan musim ini. Mesti boleh dicapai segera. Juga alat tulis yang selalu digunakan. |
Ketiga, saya sudah ada jalan cerita lengkap yang saya tulis tangan (walaupun dalam bentuk nota ringkas) di dalam jurnal saya. Itu sudah tentu kerana mana mungkin sebuah novel ditulis dalam masa yang begitu singkat, mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan novel itu ataupun ‘claim’ tersebut. Saya tidak percaya. Maksudnya, masa 2 bulan hanyalah untuk menulis dan menaip sahaja. Pembacaan, kajian dan penciptaan plot sudah berlaku semenjak 10 bulan yang lalu. Sekarang ini adalah masa untuk melaksanakan kerja paling susah, menjadikan angan-angan bertukar kepada realiti, iaitu kerja menulis.
Nota ringkas. Pecahan-pecahan yang harapnya akan berguna nanti. |
Selamat menulis.
Fuh, Kak Sri!
ReplyDeletePantas dan efisiennya! Saya masih terkial-kial lagi. Buku sudah disusun di atas meja dan beberapa bahagian sudah dijadikan 'outline'.
Tahniah, Kak! Mahu serap semangat!
Assalamualaikum
ReplyDeleteHarap-harap momentum akan melonjak lepas baca entri akak nih. TQ kak!
Fathul Khair & Shafriza,
ReplyDeleteKita sama-sama kongsi semangat!
Wah, semangat yang harus diserap untuk berjaya. Setiap penulis mempunyai caranya tersendiri. Terpulanglah, mengikut keselesaan. Namun, tidak salah mengambil panduan daripada seorang penulis yang telah berjaya.
ReplyDeleteHelmi,
ReplyDeleteJika anda punyai rahsia menulis,apa salahnya berkongsi, setakat memberi motivasi pada rakan-rakan. Tahniah! Semakin rancak berkarya nampaknya.