Tuesday, June 8, 2010

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan: Habuan Untuk Intelek Penulis

Setakat ini, saya hanya bercakap tentang habuan materi untuk penulis apabila beliau menulis untuk HSKU. Namun,apa pula ganjaran dari segi intelek? Ingin saya nyatakan di sini, penulis mendapat ganjaran paling besar dari segi intelek, iaitu KEBEBASAN. Biar saya jelaskan dengan lebih lanjut.

1. Penulis BEBAS menulis di bawah apa sahaja TEMA. Tiada sesiapa, editor, sub editor akan memberitahu tema apa yang sesuai untuk HSKU. Anda tidak akan dipaksa menulis tentang cinta, tentang pengembaraan di tanah padang pasir, atau tentang sains misalnya.Tulislah berpayungkan sebarang tema yang anda mahu tulis. Jika ia baik, indah dan relevan, insya-Allah akan mendapat tempat.

2. Penulis BEBAS menulis dengan apa juga TEKNIK.Tiada sesiapa akan mengadakan kursus mengajarkan teknik itu dan ini sekadar untuk menyeragamkan semua novel HSKU. Anda hendak guna sudut pandang diri pertama, kedua, ketiga, keempat. Anda hendak campur segala sudut pandang. Tak kisah. Omniscient, limited omniscient, first person, second person, third person, dan lain-lain lagi. Selagi teknik anda boleh difahami oleh pembaca, dan anda berjaya menyampaikan ceritaa, insya-Allah, ada tempat untuk mansukrip anda. Kalau kena caranya walaupun pelik, manuskrip anda boleh dianggap sebagai kisah bergarda depan (avant garde).

3. Penulis BEBAS menulis semahunya PANJANG atau PENDEK cerita. Ada novel HSKU yang setebal mulut yang terbuka. Ada yang setebal jari kelingkeng budak. Tiada sesiapa akan menetapkan novel HSKU sepanjang atau sependek mana. Tulislah selagi cerita anda belum tamat. Apabila cerita anda sudah tamat, tamatkannya. Tak perlu nak berepilog-epilog lagi sekadar hendak menebalkan buku supaya nampak berisi.

4. Penulis BEBAS menulis apa yang dia suka. Panel tidak akan memaksa anda menukar cerita sekadar untk manuskrip anda diterbitkan. Jika manuskrip anda tidak memenuhi syarat, manuskrip tidak akan terpilih. Anda tidak akan dipaksa mengubah apa-apa. Itulah adat pertandingan.

Untuk kriteria yang lebih lanjut, sila baca antologi cerpen remaja HSKU setiap tahun. Ini bukannya rahsia pun!

4 comments:

  1. Saya baca. Saya faham. saya setuju.

    Get your point :-)

    ReplyDelete
  2. Ziati,

    Thanx for dropping by.I wish I can help young writers by demystifying the HSKU, and make it more competitive. Spread the word!

    ReplyDelete
  3. Yang no 1 tu saya sangat setuju. Penulis rasa tersiksa dikotakkan dalam acuan penerbit, dicantas oleh editor yang baru mengenal tatabahasa bahasa Melayu lalu dicanang sebagai karya super hebat. Kalau mengejar duit, mungkin itu alirannya. Tapi andai penulis itu punya jati diri, dia ada pilihan mencari yang terbaik untuk karyanya diterbitkan

    ReplyDelete
  4. Ziati,

    Benar. HSKU memang amat istimewa walaupun ia mempunyai kelemahan.

    ReplyDelete