Friday, July 30, 2010

PUBLISHING: NO REWIND, NO LOOKING BACK

As a writer, you can never comprehend how your readers hunger for your words, your sense of poetry, your plot and your bloody end. Until they tell you. They get angry at your carelessness because they have grown to love the worlds that you have created out of liveless and arbitrary words. And that knowledge will tear you apart.

Publishing a book, just like posting an entry in a blog, is not like reversing a boat (terlanjak perahu boleh ditarik, terlajak kata buruk padahnya). Words, words, words. How much bad feeling had been generated by the Internet just because you think you have the right to judge people of their morals? You can write them a private e-mail telling your grievances about her attitude, but not go public while the poor sap did not have a clue of what happened in your alternate universe. And a novel, you cannot just RECALL a novel, like you would a faulty product. And your reader has every right to critique your novel in public.


So before you send that manuscript for publication, make sure:

You get it right it the first time. Make sure everything is spelled correctly. Make sure the terms are used correctly. Make sure name of characters are spelled correctly and consistently. Make sure your SENTENCES MAKE SENSE.

The hurried pace is not because you are racing to reach a cursed deadline. Give urgency to the story because the story deserves it. Not because your 3 year old is wailing from the bedroom at 4 a.m. when he realized his mother is not with him and he wants milk! You can give all the excuses in the world but your reader spends money to get that measley novel of yours.

Do not depend on anybody to make your story good. You are the one who make it good. The whole process stops at you. Period. No glittering cover, no prejudiced review can make your terrible story better. You are solely and wholly responsible for your story.

The ending of the story is the one the hero deserves. You should not write a happy ending because you believe everything ends happily in your make-believe world while you try compensate for your ruined life. You should not write a sad, unredeemable, no-salvation ending just because you are bitter and broken.

So, here's another look at your sense of time.

Tamina: So, how much of the sands of time, um, sense of time do you need?
Dastan: To recall a novel? Each and every bit of them which has ever existed.

Monday, July 26, 2010

MENULIS FIKSYEN SAINS: CABARAN & KESERONOKAN

Fiksyen sains (FS) memang terlalu mengujakan sebenarnya. Dalam pelbagai aspek saya rasakan ia lebih menarik berbanding genre lain. Tetapi ini hanya pandangan peribadi. Sebab-sebabnya ialah:

1. FS membawa penulis keluar dari zon selesa.
Kebanyakan penulis kreatif lazimnya lebih terlatih di dalam bidang bahasa dan sains sosial. Jadi, apabila mencuba-cuba untuk menulis FS terpaksalah penulis lazim ini tadi keluar dari kepompong ilmu dan kemahirannya dan meneroka dunia baru - membaca buku-buku baru, buku yang khusus di dalam bidang sainsnya (paleoantropologi, neurologi, scotobiologi, sains alam sekitar, matematik - siapa tahu?). Walaupun jika siap novel itu nanti, penulis bukannya dapat menjadi seorang pakar di dalam bidang tersebut. Namun, sekurang-kurangnya penulis telah menjengah ke dalam bidang tersebut walaupun seketika.

2. FS tidak dikategorikan sebagai 'novel remaja'.Rasa tidak puas hati dengan diri sendiri tetap ada kerana sentiasa menulis novel remaja. Kenapa tak pernah nak jadi dewasa? Kenapa suka baca novel pontianak orang putih? Kenapa suka baca novel remaja bermasalah yang menang Newberry Prize for YA Literature? Jawapannya untuk menyedapkan hati ialah : Saya sudah jumpa bidang saya. Namun hati tetap berkata-kata. Bila nak ambil langkah seterusnya? Namun setakat ini, karya FS tidak dianggap 'novel remaja' walaupun watak-wataknya di dalamnya adalah remaja. Hmm. Peluang baik. Tulis dan naik ke kategori yang matang. Buat dengan baik, akan jadi benda yang baik.

3. FS + teknologi = cerita lasak
Entah kenapa, saya rasa akan menghasilkan cerita yang lebih 'macho' atau lasak. Terutamanya bila bercakap tentang satu elemen lagi iaitu 'teknologi'. Bayangkan mesin-mesinnya, cahaya dan habanya, tenaga dan pemikiran yang diperlukan untuk menggerakkannya, natijahnya. Cerita lasak adalah cerita yang tidak berbasa-basi. Aksi dari mula ke akhir. Ada kebaikan dan ada keburukannya.

4. FS + teknologi + falsafah + watak + nilai keagamaan = blokbuster
Buat formula memang mudah. Buat blog pun mudah. Tapi bila nak tulis, lain pula ceritanya...

Dave: SF= space travel/robots/time travel/nuclear bombs.Period.
HAL: Initiating countdown to self-destruct as the result of incorrect data input.
Dave:  Oh no, HAL, I change my mind. HAL? HAL? HAL!!!

Saturday, July 24, 2010

FIKSYEN SAINS: MENULIS UNTUK MASA DEPAN

Pada 20 Julai 2010, saya bertuah kerana dapat menghadiri majlis penyampaian hadiah Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi anjuran kerjasama UTM dan Kumpulan Utusan (terima kasih, Pn. Nor Azah Aziz). Majlis itu telah memasyhurkan 3 buah novel fiksyen sains iaitu Kala Yuda (Amer Hamzah L Kadir), Kronikel Bumi (Nurul Izwazi Mohd Nor) dan Tawanan Komander Caucasus (Ruzaini Yahya). Saya duduk di kalangan penonton dengan rasa iri hati. Saya berharap perasaan iri hati ini tidak akan pergi begitu sahaja, sebaliknya menjadi pendorong untuk saya menulis untuk sayembara seumpamanya.

Sitting pretty: Kala Yuda, the invitation, Memecut di Litar Sayembara
Para hadirin di majlis ini dihadiahkan satu penerbitan eklusif UTM-Kumpulan Utusan iaitu satu booklet yang bertajuk ‘Memecut di Litar Sayembara: Fiksyen Sains & Teknologi’ yang diselaraskan oleh Nor Azah Abd Aziz dan Yosman Mohd Bain. Sebagai seorang guru, saya memang obses dengan dokumentasi dan aktiviti pendokumentasian, dan saya menganggumi 2 institusi ini kerana memulakan langkah pertama menerbitkan satu buku kecil untuk menjadi pemula khazanah rujukan bagi genre fiksyen sains di Malaysia. Dan saya kira, fiksyen sains di Malaysia akan jadi unggul kerana keunikan yang kita miliki sebagai sekumpulan penulis yang berpegang teguh kepada jati diri yang mencerminkan pegangan agama-agama di Malaysia dan semangat cinta kepada negara walau apapun ketidakpuasan politik penulis pada sesuatu zaman.

Apabila menulis fiksyen sains, sukar untuk kita melakukannya tanpa dipengaruhi oleh tradisi fiksyen sains yang sedia ada yang sebahagian besarnya datang dari Barat. Mungkin dunia kesusasteraan Malaysia/ Melayu mempunyai tradisi fiksyen sainsnya yang lebih awal tetapi saya tidak maklum. Saya terfikir tentang perjalanan Hang Tuah ke Rom untuk membeli senjata pemusnah besar-besaran (weapon of mass destruction) boleh dianggap sebagai satu episod fiksyen sains fiksyen di dalam Hikayat Hang Tuah? Bagaimana pula fiksyen sains di dalam tradisi kesusasteraan dari Timur Tengah? Saya tidak mahir, saya alu-alukan pandangan anda. Tradisi fiksyen sains dari Barat diperkuatkan lagi dengan tradisi perfilemannya yang mempunyai pasaran menyeluruh ke serata dunia. Kebanyakkan lanskap minda kita tentang fiksyen sains berkemungkinan besar akan terpengaruh dengan babak wayang gambar dari Barat. Jadi, ditakuti apabila penulis Malaysia menulis tentang fiksyen sains, ia seperti meneruskan sahaja suatu tradisi. Seperti salah ranting kecil baru dalam pokok fiksyen barat, mengambil intipati dari idea lama dan meneruskannya, dengan memberi latar berbeza dengan nama yang relevan dengan etnik di Malaysia.

Dan apa tema yang belum ditulis dan difilemkan oleh fiksyen barat? Semuanya sudah ditulis! Robot dan kepintaran buatan (AI, I, Robot, The Bicentennial Man, The Space Odyssey – dan oh, mereka filemkan semua buku penulis mereka! Isaac Asimov, Arthur C Clark, Phillip K Dick. Di Malaysia, pemfilem lebih GEMAR menulis cerita mereka sendiri), cerita pasca-bencana (The Day After Tomorrow, 2012, Blade Runner, The Matrix, siri The Terminator), cerita angkasa lepas (Sunshine, The Space Oddyssey, StarTrek), dunia selari/ parallel universe (Donnie Darko, Run Lola Run), manipulasi masa (Deja Vu, The Time Machine), genetik (Splice, Species, Jurassic Park), dadah di dalam bekalan air/ something in the water (Equilibrium), cryonics (Young Again, Vanilla Sky), dan banyak lagi.

Namun benarkah? Apa yang boleh ditulis sudahpun ditulis? Intuisi saya mengatakan tidak. Bahkan kebanyakan kerja-kerja di atas bukannya fiksyen sains tetapi kerja-kerja fantasi yang menyamari fiksyen sains. Di mana saya di dalam skema masa depan ini? Saya masih perlu banyak belajar untuk memahami tradisi sedia ada dan mencipta tradisi yang baru.


Donnie Darko: Gotta go. If I don't send my sci-fi manuscript in 28 days, 6 hours, 42 minutes and 12 seconds, the tangent universe will collapse into the primary universe in a massive blackhole that will destroy everything.

Monday, July 19, 2010

Menjadi Penulis Pada Usia Remaja

Ramai pelajar yang mula bertanyakan kepada saya bagaimana hendak memulakan kerjaya sebagai penulis. Oleh kerana saya bukan penulis sepenuh masa, maka saya menjawab hanya sebagai seorang yang berkerjaya utama namun mempunyai minat dan berjaya menerbitkan buku dengan seadanya.

Namun, apabila saya memikirkannya, saya ada cadangan, atau masterplan untuk pelajar-pelajar yang ingin menulis secara serius semenjak di bangku persekolahan. Teliti rancangan di bawah ini:

MODUL 1: SAYA MAHU JADI PENULIS KREATIF!


1. Kenapa anda mesti jadi PENULIS KREATIF walaupun anda mempunyai cita-cita lain?

a. Penulisan kreatif menjanjikan pulangan wang yang baik.

b. Penulisan kreatif boleh menjadikan anda terkenal.

c. Penulisan kreatif adalah suatu ibadah.



2. Penulis mesti membaca. Apa yang anda baca?



a. Apakah tajuk buku yang paling anda gemari?

__________________________________________

b. Apakah perasaan anda apabila membaca buku tesebut?

__________________________________________________

P/S: Bukankah bagus jika anda boleh menulis cerita anda sendiri dan tidak lagi mengharapkan orang lain akan menulis untuk anda baca.



3. Apakah GENRE yang anda ingin tulis? Buat perancangan sekarang!

Puisi (1-2 ms)/ Cerpen (10-20 ms) / Novel pendek (100-150 ms)/ Novel panjang (150 ms -ke atas) /

Skrip drama (10 – 100 ms)/ Artikel suratkhabar (2-3 ms) / Buku bukan fiksyen/ Skrip untuk komik

4. Cerita yang bagaimana anda akan tulis?

Cinta / Sains Fiksyen/ Misteri/ Sejarah/ Fantasi/ Keagamaan/ Thriller/ __________________(lain-lain)



5. Apakah sasaran anda sebagai penulis remaja?

Usia / Aktiviti Sasaran Fasilitator (Cadangan sahaja) Sasaran Anda

15 tahun / selepas PMR 2010  - Mula menulis & belajar menulis secara serius, menyimpan hasil kerja dalam hardcopy & softcopy, mula menyimpan buku-buku kegemaran

17 tahun/ selepas SPM Disember 2012  - Menghantar hasil karya pertama kepada penerbit

18 tahun / matrikulasi/ universiti - Penerbitan pertama & royalti pertama, kajian untuk karya seterusnya bermula

23-24 tahun  - Gaji pertama - Memiliki home office
                     - Gaji kedua - Memiliki home library



6. Apakah ALATAN yang anda perlu untuk bermula sebagai penulis?

a. Diari harian

b. Jurnal penulisan

c. Fail untuk hardcopy karya

d. Fail untuk keratan akhbar/ majalah/ gambar (buku skrap)


Selamat merancang!

Thursday, July 15, 2010

The Working Woman-Mother's Guide to Writing

The Working Woman-Mother's Guide to Writing
by
Sri Rahayu Mohd Yusop

After a month's worth of the boss' abuse
Finally you found some time to put your brain to use
Find your muse, light your fuse
Dig up some some books
Take the phone off the hook
Instant dinner, load the printer
A quick check through the children's schoolbag
Supervise homework or they'll be the classroom's gag
Play some music
Pray nobody fall sick
Tuck the children early.

Honey, don't wait for me.

Wednesday, July 14, 2010

HSKU (Kategori Novel Remaja) : Soalan Kurang Lazim

(Sesi soal-jawab ini tidak mewakili dasar pihak penganjur. Ia adalah pendapat yang berasaskan pengalaman penulis semata-mata)

Soalan: Laporan Panel Hakim menyatakan yang Sekretariat menerima jumlah manuskrip novel paling sedikit pada tahun 2009 iaitu sebanyak 8 manuskrip. Apakah sebab ia berlaku?
Jawapan: Pertama, secara kebiasaannya Kumpulan Utusan tidak mengeluarkan iklan atau borang penyertaan untuk KNR. Jadi, pertandingan kategori ini diketahui penulis hanya melalui word-of-mouth. Mungkin ini menyebabkan ramai yang tidak mengetahui pertandingan ini wujud. Kedua, penulis lebih gemar menghantar manuskrip mereka kepada syarikat penerbitan yang mesra penulis (tulis apa saja dan akan terbit) dan skop penerbitannya lebih luas dan pulangan yang lebih lumayan. Maknanya, penulis telah berhijrah ke penerbitan lain.

Soalan: Apakah kesannya kepada kategori ini?
Jawapan: Ada kemungkinan takungan karya yang baik semakin berkurangan. Dikhuatiri suatu hari nanti sehingga tiada manuskrip yang layak diperakukan menang kategori ini. Harapnya Kumpulan Utusan lakukan sesuatu untuk menaikkan semula jumlah manuskrip yang menyertai pertandingan, dan bukannya sekadar menunggu manuskrip datang dengan sendiri.

Soalan: Apa maknanya jika anda menang KNR (HSKU)?
Jawapan: Maknanya, manuskrip anda adalah antara yang terbaik di dalam kumpulan yang menyertai tahun itu. Anda bukan penulis yang terbaik di seluruh negara, atau penulis terhebat di Malaysia. Namun anda perlu diberi merit kerana berjaya menghantar karya yang diperakukan baik di dalam lingkungan pertandingan sebelum tarikh tutup.

Soalan: Kenapa ada kecenderungan penulis yang sama akan memenangi KNR untuk beberapa tahun? Trend ini telah berlaku sejak dahulu sehinggalah sekarang. Mengapa?
Jawapan: Kerana penulis yang sama telah menghantar karyanya setiap tahun sebelum tarikh tutup pertandingan. Apa yang anda tidak tahu ialah mungkin ada tahun-tahun yang dia menghantar karya tapi tidak terpilih. Karya penulis itu juga bertanding dengan manuskrip lain di dalam lingkungannya sahaja. Tidak lebih dari itu. Dan lambat-laun, putaran seseorang penulis akan tamat jua - kerana hayat, usia, atau sudah berhijrah ke bidang penulisan dan syarikat penerbitan lain.

Soalan: Adakah orang lain akan tahu yang saya menghantar manuskrip ke HSKU (KNR) dan telah gagal?
Jawapan: Tidak. Tiada siapa akan tahu dalam kes KNR.

Soalan: Jika manuskrip yang saya hantar ke HSKU (KNR) tidak terpilih, bolehkah saya menerbitkannya di tempat lain? (soalan sumbangan Lailati)
Jawapan: Pastinya boleh.

Soalan: Bolehkah saya menghantar manuskrip yang terdiri dari cebisan-cebisan karya yang telah saya siarkan di Internet untuk HSKU (KNR)?
Jawapan: Tidak boleh. Jangan. Kalau boleh jangan buat perkara yang demikian di dalam mana-mana sayembara pun. Pertandingan biasanya mengamalkan prinsip yang berbeza dengan penerbitan di syarikat biasa/ bukan untuk pertandingan.

Saturday, July 10, 2010

Teks Nenek Moyang Yang Menyesatkan (Ancestor Texts Gone Awry)

Dalam entri beberapa hari lepas ada mengemukakan teks nenek moyang (ancestor texts) yang digunakan dalam menghasilkan 5 novel sebelum ini. Saya anggap teks-teks nenek moyang (buku) yang saya telah gunakan adalah teks yang  'tidak jahat'. Jika ia bukan teks yang 'baik', ia bukan yang 'jahat'. Teks-teks yang tidak menyimpang dari ajaran Islam atau menghasut kita menjadi orang-orang yang subversif.

Tetapi bila bercakap tentang filem, ia agak sukar untuk diklasifikasikan baik. Kerana ada filem/ siri TV yang datang dari Ho******* dan ada orang yang tidak suka filem popular yang bersifat bertih jagung - manis, banyak gula, sedap masa itu, tapi sebenarnya kosong. Bolehkah  produk begini dijadikan teks nenek moyang?

Secara peribadi, saya anggap boleh. Tetapi saya mesti buat lebih dari tukar latar tempat dan nama watak. Saya tidak boleh salin and tampal. Pada kebanyakan masa, perbezaan dasar antara teks nenek moyang dan karya baru boleh mengubah segala-galanya. Ia mengubah perwatakan wira unggul, mengubah plot dan mengubah pengakhiran cerita.

Pada tahun 1999 saya menonton filem 'The Matrix'. Oleh kerana kelemahan diri dan juga kelemahan persekitaran saya, saya merasakan yang hidup saya teruk. Saya berfikir "Bagaimana jika ini semua sebuah mimpi yang panjang dan teruk? Saya tak mungkin tahu." Filem The Matrix menghantui saya buat masa yang lama. Saya tercari-cari jawapan dan saya terseksa.

Allah SWT telah menemukan saya dengan buku Harun Yahya Evolution Deceit. Dan saya baca dan saya hampir-hampir dapat jawapannya. Ada beberapa ayat yang menimbulkan syak wasangka tetapi saya dapat menyeterika ayat-ayat itu dan membentuk pendapat saya sendiri.

Pada Februari 2009, saya terjumpa satu skrip filem yang belum dibuat lagi ketika itu. Sekarang filem itu sudah dalam post-produksi. Ia bertajuk 'Source Code'. Saya kira skrip versi pertama yang saya baca pada Februari 2009 dan filem tahun 2011 akan mempunyai banyak perbezaan. Tetapi skrip itu menunjukkan saya suatu imej yang dahsyat dan saya tidak boleh keluarkan dari kepala saya.

                         The upper half of Colter's body - his real body - inside a sterile tent
                         of transparent plastic. His skull has been removed. A massive apparatus
                         has been infused directly into his brain.
                                                                   - Ben Ripley, Source Code

Mereka lebih kemas dan bersih dalam The Matrix. Colter ialah seorang askar yang telah mati jasadnya tetapi otaknya diletak dalam mesin sokongan hidup supaya dia boleh melaksanakan kerja-kerja intelegensia. Hanya kerana penulis percaya yang perkara ini boleh dilakukan, maka terciptalah filem ini. Akhirnya, Colter minta otaknya dimatikan jika dia berjaya melaksanakan misi menangkap teroris. Roh Colter pergi kepada gadis yang dia jatuh cinta di dalam keretapi yang dia telah selamatkan di dalam dunia maya 'source code'. Falsafah yang salah membawa kepada pengakhiran yang salah, walaubagaimana heroiknya watak Colter.

Dan saya berfikir berapa banyak lagi filem-filem seperti ini akan keluar, mempengaruhi penulis muda Islam di dalam genre sains fiksyen, genre yang sedang mencanak-canak keluar sekarang. Dan saya berkata "That's it. I'll stop this once and for all."

Maka lahirlah Impuls/ Roh. Ia tidak sempurna. Tetapi ia ditulis kerana niat yang amat jitu.

The Mourning After - HSKU 2009

Syukur alhamdulillah. So, what was done was done. 9 July 2010. It wasn't a perfect night. But nothing traumatic happened to me last night and that was enough.
And I don't really have photos. I believe once I snapped a photo on my behalf, I will instantly forget how the event sounded, how it seemed in my mind's eyes, the smell and the whole atmosphere. I just like to be in that moment, taking it all in, eventhough it's not much. You can imagine my parents' dismay when I came back from New Zealand!

That night, I talked to SM Zakir for the first time in my life, after all these years of my roguish foray in the writing life. I was immediately taken in by his generosity, his soft-spokenness and his humility. I mean, I don't even deserve to be breathing in the same space with this guy! I made a conclusion, the more substantial the writer is, the more kind, generous and approachable he or she is.

Norziati, another novelist-winner, I think she is more mature than I could ever be at her age. I was a girl on too much sugar that night. Nizar, a fellow teacher-writer, we clicked instantly.

Truth, I never have the confidence enough to be with these people. What do I call them? What are their names? What will they think about me? I'm actually more paranoid than Sylvia Plath, without the cigarettes, the drugs and the alcohol.

In the end, as a writer, you just write right, write now, right now. Now, I'm sad. I have to start from square one. Back to the drawing board. Day One.

Tuesday, July 6, 2010

Ancestor Texts

I'm not the most original person in the world, mainly because things I've seen and read (even the flimsy ones) will somehow cling to my consciousness when they have struck a emotional chord in my mind. (Thus I've been having '_______ Month' for as long as I can remember, put anything/ anyone able to be googled in the blank). So, I operate optimally using somekind of ancestor texts. Mainly these texts are books and films, sometimes they are songs/ music.

So, I'm celebrating my ancestor texts. And in the process, reminding you to dig up your ancestor texts!











Work: Bukan Legasi Lalang (2001)
Place of birth: My degree's final year apartment, Cheras
Ancestor Texts (Books) :
Hikayat Hang Tuah
Sejarah Melayu
Ancestor Text (Film):
Secret Battle of the Majesty 1 & 2 (actually it is a Chinese drama serial)
Ancestor Text (Music):
Dolphin's Cry (LIVE)













Work: Merdekakan Cinta Ratna (2003)
Place of birth: Aunt Petunia and Uncle Vernon's house in Tanjung Karang (oh, those dark days of my life, not it was my aunt & uncle's fault!)
Ancestor Texts (Books):
Hikayat Hang Tuah
Sejarah Melayu
Ancestor Text (Film): Shakespeare In Love (2001)
Ancestor Text (Music): Break the Cycle (Staind)














Work: Odisi Tanah Kencana (2006)
Place of birth: Mother-in-law's house in Kg. Bukit Baru, in good ol' Malacca
Ancestor Texts (Books): Sejarah Melayu
Macbeth (William Shakespeare)
Ancestor Text (Film): Lord of the Rings: Return of the King (2003)
Ancestor Texts (Music): Seroja (Hussein Bawafi/Said Effendi)













Work: Warisnya Kalbu (2007)
Place of Birth: Mother-in-law's house
Ancestor Texts (Books): Karya Agung: Pantun Melayu
Ancestor Text (Film): Lagaan (2001)













Work: Kasih Nan Agung (2008)
Place of Birth: Mother-in-law's house
Ancestor Texts (Books): From Lucy to Language (Donald Johanson, Blake Edgar)
Evolution Deceit (Harun Yahya)
Ancestor Text (Film): Lost (TV series)

Of course, the predecessor texts pale in comparison to the ancestor texts. But a girl has to start somewhere, anywhere!

What are your ancestor texts?

Saturday, July 3, 2010

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (Kategori Novel Remaja): FAQ/ Soalan Lazim

Siri Soalan Lazim ini tidak mewakili polisi pihak penganjur ataupun penaja. Ia adalah pandangan peribadi saya semata-mata, di dalam lingkungannya yang amat terhad. Harap dapat membantu.

Soalan 1.
S: Siapa yang boleh menyertai HSKU (KNR) ?
 J: Warganegara Malaysia yang berupaya menghasilkan manuskrip yang boleh dibaca.

Soalan 2.
 S: Ke mana saya perlu menghantar manuskrip saya?
J: Ketua Sekretariat Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010/ 2011/ 2012 ...
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
No. 1 & 3, Jalan 3/91A
Taman Shamelin Perkasa, Cheras
56100 Kuala Lumpur.

Soalan 3.
S: Apakah tempoh masa untuk menghantar manuskrip?
J: 1 Januari tahun semasa sehingga 31 Disember tahun yang sama.

Soalan 4.
S: Apa saya hendak nyatakan dalam surat iringan bersama manuskrip saya?
J: Nyatakan niat anda menyertai pertandingan, nama anda, alamat, nombor untuk dihubungi dan tajuk manuskrip.

Soalan 5.
S: Bagaimana rupa bentuk manuskrip yang perlu saya hantar?
J: Kertas A4, langkau 2 baris, font Garamond (tip dari Zaid Akhtar & saya amalkan - jelas dan tidak menyakitkan mata tetapi lembut), saiz font 14, bercetak sebelah muka sahaja, dijilid sesikat, ada pelapik plastik depan belakang, jangan ada nama penulis pada manuskrip.

Soalan 6
S: Adakah saya perlu menghantar manuskrip dengan pos laju/ berdaftar?
J: Tidak perlu. Hantar dengan pos biasa sahaja, melainkan anda menghantar manuskrip pada 30 Disember.
Tapi pastikan ia dipaketkan dengan baik supaya tidak rosak dalam perjalanan.

Soalan 7
S: Berapa muka surat minima diterima sebagai sebuah novel untuk HSKU?
J: Bergantung. 50 - 100 mukasurat terlalu pendek untuk novel. Minima mungkin 130 - 150 mukasurat. Maksima - tulislah selagi cerita belum habis, tapi janganlah panjang sangat sehingga perlu dijilid menjadi Book 1, 2, 3 ...

Soalan 8
S: Berapa banyak manuskrip boleh saya hantar dalam setahun?
J: Hantarlah sebanyak yang mampu. Faisal Tehrani pernah menang 2 manuskrip dalam tahun yang sama. Jika manuskrip-manuskrip itu baik, insyaAllah terpilih.

Soalan 9
S: Bolehkah saya bertanya dengan editor tentang nasib manuskrip saya?
J: Jangan. Editor ini terlalu sibuk. Anda mungkin tak dapat pun masuk line telefon dia. Peraturannya, dalam apa-apa hal, editor akan telefon anda dan bukan anda telefon editor.

Soalan 10
S: Bolehkah saya menulis manuskripkan bertemakan cinta lelaki-perempuan?
J: Boleh saja. Tapi jika hendak mendapat tempat, tema cinta lelaki-perempuan baik dikecilkan atau ditolak terus. Kerana anda bersaing dengan penulis-penulis yang membawa tema yang lebih urgent/ serius/ penting (?).

Soalan 11
S: Adakah editor akan melakukan penambahbaikan pada kerja saya?
J: Hanya jika anda mendapat tempat. Tapi lebih baik buat yang terbaik pada kali pertama (get it right the first time), kerana manuskrip dipilih melalui pembacaan pertama.

Soalan 12
S: Apa petua memberi tajuk kepada manuskrip?
J: Berilah tajuk yang kemas, tepat,segar, sedikit pelik, indah. Kalau boleh jangan panjang meleret.

Soalan 13
S: Apa pantang-larang tema HSKU?
J: Jangan tulis tema yang menghina agama Islam atau agama-agama bangsa di Malaysia. Jangan angkat isu sensitif. Jangan glamorkan/ pamerkan budaya tidak baik (dadah, berkelab, minum arak, pelacuran, berlumba haram, dll.) walaupun dengan tujuan memberi iktibar. Jangan menghina bangsa-bangsa di Malaysia. Jangan tulis nama anda pada manuskrip. Jangan mengagungkan orang yang jelas amat jahat.

Soalan 14
S: Apakah sifat paling utama untuk menyertai HSKU (KNR)?
J: Sabar, reda, tawakal, tekun, tak putus asa.

Friday, July 2, 2010

Will You Write ANYTHING Just Because YOU CAN?

The kinds of 'guilty pleasure' stories in the publishing industry and films these days are just too much. They are everywhere. I owned 'Twilight' long before the movie. The edition is the smaller one, the hand holding the red apple cover. And I enjoyed reading it. I even passed it on to my younger sister, who never return it until today eventhough she just visited me yesterday. And I bought and read 'New Moon' and 'Eclipse' long before the movies came out. But when the books became movies, I started backing out. I took my sister's copy of 'Breaking Dawn' (the same sister) and never read it simply because Bella and Edward got married. I said, hey, that's too close to reality - I already know the drill, I'm going to leave this.

Then, hoardes of vampire books invade the market, making me embarressed to own the series. Then, there is this 'immortal' series called 'Evermore' which I owned until the second book. I dropped the third book because I thought the STORY in the second book is not a story. Next, there's the 'fallen angel' book called 'Fallen'. I bought it and then kept it wrapped and unopened because I was trying to finish my sixth novel. You cannot imagine the torture. This beautifully illustrated cover of a gothic girl, crying with her hands covering her face against black-blue background sitting next my computer screen, while I was trying to key in the description of Plato's cave into my computer in Bahasa Melayu! When I finished and posted the whole cave away, I tore open the book and pfff! What a disappointment! The fallen angels are fighting over a girl!

Then  it made me think of me writing one of these gothic novels too. I didn't want vampires, angels, or immortals, because that's just wrong. So, how about a girl whose words turn to reality? It's like a gothic Inkheart (part 2) after the girl Meggie read the words she wrote on the skin of her arms and brought them to reality. And she got visits from a prince whose kingdom was stuck on a verge of war when the writer of a book the kingdom is in dies when she was writing it. And guess what? The dead writer is the heroin's aunt. Something like that. That's going to be delicious. It's like a writer's heaven. Imagine, the whole book about the passion of writing and I'm going to blame it all on her unstable view of reality because she was struggling with guilt of causing the death of her parents. Redemption abound.

And because this is jake gyllenhaal month, I also discovered the script to the film in post-production 'source code'. It's a sci-fi about a dead soldier whose brain is kept alive so the military can send him back to an event of a terrorist attack in the past, so he could find the bomber and stop OTHER attacks from happening, not change the past. Is that even right? The brain kept alive and with its full capacity of thinking while all the sensory receptacles of the human host/body are dead. But it's really tempting. And the soldier asked for death, true death after he completes the mission. His soul finally lives on in the 'source code' dimension with the girl he met and saved on the doomed train. It makes a delicious story, but is it right?

Why all these rantings about stories that are just wrong? Because I have been tempted to do them. Just because words are property of any man/woman, it doesn't mean I can just write anything and everything as I please. There are consequences to what I have written - to my faith, to my morale as a person and writer, and the legacy that I'm going to leave behind.

And if people view me wrongly because of something I have written, yet I didn't intend for it to be viewed wrongly (misinterpretations that lead to slanders that lead to me being condemned), there must be something that I have done using those words that made people believe the way they believe about me. Maybe I should step back and review the whole thing.