Saturday, July 10, 2010

Teks Nenek Moyang Yang Menyesatkan (Ancestor Texts Gone Awry)

Dalam entri beberapa hari lepas ada mengemukakan teks nenek moyang (ancestor texts) yang digunakan dalam menghasilkan 5 novel sebelum ini. Saya anggap teks-teks nenek moyang (buku) yang saya telah gunakan adalah teks yang  'tidak jahat'. Jika ia bukan teks yang 'baik', ia bukan yang 'jahat'. Teks-teks yang tidak menyimpang dari ajaran Islam atau menghasut kita menjadi orang-orang yang subversif.

Tetapi bila bercakap tentang filem, ia agak sukar untuk diklasifikasikan baik. Kerana ada filem/ siri TV yang datang dari Ho******* dan ada orang yang tidak suka filem popular yang bersifat bertih jagung - manis, banyak gula, sedap masa itu, tapi sebenarnya kosong. Bolehkah  produk begini dijadikan teks nenek moyang?

Secara peribadi, saya anggap boleh. Tetapi saya mesti buat lebih dari tukar latar tempat dan nama watak. Saya tidak boleh salin and tampal. Pada kebanyakan masa, perbezaan dasar antara teks nenek moyang dan karya baru boleh mengubah segala-galanya. Ia mengubah perwatakan wira unggul, mengubah plot dan mengubah pengakhiran cerita.

Pada tahun 1999 saya menonton filem 'The Matrix'. Oleh kerana kelemahan diri dan juga kelemahan persekitaran saya, saya merasakan yang hidup saya teruk. Saya berfikir "Bagaimana jika ini semua sebuah mimpi yang panjang dan teruk? Saya tak mungkin tahu." Filem The Matrix menghantui saya buat masa yang lama. Saya tercari-cari jawapan dan saya terseksa.

Allah SWT telah menemukan saya dengan buku Harun Yahya Evolution Deceit. Dan saya baca dan saya hampir-hampir dapat jawapannya. Ada beberapa ayat yang menimbulkan syak wasangka tetapi saya dapat menyeterika ayat-ayat itu dan membentuk pendapat saya sendiri.

Pada Februari 2009, saya terjumpa satu skrip filem yang belum dibuat lagi ketika itu. Sekarang filem itu sudah dalam post-produksi. Ia bertajuk 'Source Code'. Saya kira skrip versi pertama yang saya baca pada Februari 2009 dan filem tahun 2011 akan mempunyai banyak perbezaan. Tetapi skrip itu menunjukkan saya suatu imej yang dahsyat dan saya tidak boleh keluarkan dari kepala saya.

                         The upper half of Colter's body - his real body - inside a sterile tent
                         of transparent plastic. His skull has been removed. A massive apparatus
                         has been infused directly into his brain.
                                                                   - Ben Ripley, Source Code

Mereka lebih kemas dan bersih dalam The Matrix. Colter ialah seorang askar yang telah mati jasadnya tetapi otaknya diletak dalam mesin sokongan hidup supaya dia boleh melaksanakan kerja-kerja intelegensia. Hanya kerana penulis percaya yang perkara ini boleh dilakukan, maka terciptalah filem ini. Akhirnya, Colter minta otaknya dimatikan jika dia berjaya melaksanakan misi menangkap teroris. Roh Colter pergi kepada gadis yang dia jatuh cinta di dalam keretapi yang dia telah selamatkan di dalam dunia maya 'source code'. Falsafah yang salah membawa kepada pengakhiran yang salah, walaubagaimana heroiknya watak Colter.

Dan saya berfikir berapa banyak lagi filem-filem seperti ini akan keluar, mempengaruhi penulis muda Islam di dalam genre sains fiksyen, genre yang sedang mencanak-canak keluar sekarang. Dan saya berkata "That's it. I'll stop this once and for all."

Maka lahirlah Impuls/ Roh. Ia tidak sempurna. Tetapi ia ditulis kerana niat yang amat jitu.

5 comments:

  1. tema2 teacher amat mantap.. dari persiLatan..pantun..sejarah... ngan kritikan sinis terhadap teori darwin dan kini impuLs/roh sains fiksyen yg segar .. hmm saya tak pernah nak menuLis n research betuL2.. insyaALLah tidak mahu henti kan niat untuk berkarya.... nak berbLog pon terhenti2... ok terus berkarya... n ada keLapangan singgah bLog saya... http://enciksani.wordpress.com/ c ya

    ReplyDelete
  2. Oooh, sangat teruja hendak membacanya!

    ReplyDelete
  3. Sonny Ikmal,
    Anda akan tulis jua akhirnya apabila anda bersedia.Yang penting jangan sekali-kali kata akan berhenti.

    Juliana,
    Jika cerita IR ada kelemahan, janganlah disimpan. Saya juga mahu belajar dari kesilapan.

    ReplyDelete
  4. Tahniah. Teruskan menulis dan saya sebenarnya sangat berharap novel Bahasa Inggeris dari Cik Rahayu.

    ReplyDelete
  5. Anonymous,

    Jikalah ada sayembara menulis novel dalam Bahasa Inggeris (tapi bukan Utusan) saya juga teringin juga hendak menyertainya.

    ReplyDelete