Ramai pelajar yang mula bertanyakan kepada saya bagaimana hendak memulakan kerjaya sebagai penulis. Oleh kerana saya bukan penulis sepenuh masa, maka saya menjawab hanya sebagai seorang yang berkerjaya utama namun mempunyai minat dan berjaya menerbitkan buku dengan seadanya.
Namun, apabila saya memikirkannya, saya ada cadangan, atau masterplan untuk pelajar-pelajar yang ingin menulis secara serius semenjak di bangku persekolahan. Teliti rancangan di bawah ini:
MODUL 1: SAYA MAHU JADI PENULIS KREATIF!
1. Kenapa anda mesti jadi PENULIS KREATIF walaupun anda mempunyai cita-cita lain?
a. Penulisan kreatif menjanjikan pulangan wang yang baik.
b. Penulisan kreatif boleh menjadikan anda terkenal.
c. Penulisan kreatif adalah suatu ibadah.
2. Penulis mesti membaca. Apa yang anda baca?
a. Apakah tajuk buku yang paling anda gemari?
__________________________________________
b. Apakah perasaan anda apabila membaca buku tesebut?
__________________________________________________
P/S: Bukankah bagus jika anda boleh menulis cerita anda sendiri dan tidak lagi mengharapkan orang lain akan menulis untuk anda baca.
3. Apakah GENRE yang anda ingin tulis? Buat perancangan sekarang!
Puisi (1-2 ms)/ Cerpen (10-20 ms) / Novel pendek (100-150 ms)/ Novel panjang (150 ms -ke atas) /
Skrip drama (10 – 100 ms)/ Artikel suratkhabar (2-3 ms) / Buku bukan fiksyen/ Skrip untuk komik
4. Cerita yang bagaimana anda akan tulis?
Cinta / Sains Fiksyen/ Misteri/ Sejarah/ Fantasi/ Keagamaan/ Thriller/ __________________(lain-lain)
5. Apakah sasaran anda sebagai penulis remaja?
Usia / Aktiviti Sasaran Fasilitator (Cadangan sahaja) Sasaran Anda
15 tahun / selepas PMR 2010 - Mula menulis & belajar menulis secara serius, menyimpan hasil kerja dalam hardcopy & softcopy, mula menyimpan buku-buku kegemaran
17 tahun/ selepas SPM Disember 2012 - Menghantar hasil karya pertama kepada penerbit
18 tahun / matrikulasi/ universiti - Penerbitan pertama & royalti pertama, kajian untuk karya seterusnya bermula
23-24 tahun - Gaji pertama - Memiliki home office
- Gaji kedua - Memiliki home library
6. Apakah ALATAN yang anda perlu untuk bermula sebagai penulis?
a. Diari harian
b. Jurnal penulisan
c. Fail untuk hardcopy karya
d. Fail untuk keratan akhbar/ majalah/ gambar (buku skrap)
Selamat merancang!
Monday, July 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah panduan yg bagus...dengar tu murid2...
ReplyDeleteWah, menarik!
ReplyDelete