Saturday, July 3, 2010

Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (Kategori Novel Remaja): FAQ/ Soalan Lazim

Siri Soalan Lazim ini tidak mewakili polisi pihak penganjur ataupun penaja. Ia adalah pandangan peribadi saya semata-mata, di dalam lingkungannya yang amat terhad. Harap dapat membantu.

Soalan 1.
S: Siapa yang boleh menyertai HSKU (KNR) ?
 J: Warganegara Malaysia yang berupaya menghasilkan manuskrip yang boleh dibaca.

Soalan 2.
 S: Ke mana saya perlu menghantar manuskrip saya?
J: Ketua Sekretariat Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010/ 2011/ 2012 ...
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
No. 1 & 3, Jalan 3/91A
Taman Shamelin Perkasa, Cheras
56100 Kuala Lumpur.

Soalan 3.
S: Apakah tempoh masa untuk menghantar manuskrip?
J: 1 Januari tahun semasa sehingga 31 Disember tahun yang sama.

Soalan 4.
S: Apa saya hendak nyatakan dalam surat iringan bersama manuskrip saya?
J: Nyatakan niat anda menyertai pertandingan, nama anda, alamat, nombor untuk dihubungi dan tajuk manuskrip.

Soalan 5.
S: Bagaimana rupa bentuk manuskrip yang perlu saya hantar?
J: Kertas A4, langkau 2 baris, font Garamond (tip dari Zaid Akhtar & saya amalkan - jelas dan tidak menyakitkan mata tetapi lembut), saiz font 14, bercetak sebelah muka sahaja, dijilid sesikat, ada pelapik plastik depan belakang, jangan ada nama penulis pada manuskrip.

Soalan 6
S: Adakah saya perlu menghantar manuskrip dengan pos laju/ berdaftar?
J: Tidak perlu. Hantar dengan pos biasa sahaja, melainkan anda menghantar manuskrip pada 30 Disember.
Tapi pastikan ia dipaketkan dengan baik supaya tidak rosak dalam perjalanan.

Soalan 7
S: Berapa muka surat minima diterima sebagai sebuah novel untuk HSKU?
J: Bergantung. 50 - 100 mukasurat terlalu pendek untuk novel. Minima mungkin 130 - 150 mukasurat. Maksima - tulislah selagi cerita belum habis, tapi janganlah panjang sangat sehingga perlu dijilid menjadi Book 1, 2, 3 ...

Soalan 8
S: Berapa banyak manuskrip boleh saya hantar dalam setahun?
J: Hantarlah sebanyak yang mampu. Faisal Tehrani pernah menang 2 manuskrip dalam tahun yang sama. Jika manuskrip-manuskrip itu baik, insyaAllah terpilih.

Soalan 9
S: Bolehkah saya bertanya dengan editor tentang nasib manuskrip saya?
J: Jangan. Editor ini terlalu sibuk. Anda mungkin tak dapat pun masuk line telefon dia. Peraturannya, dalam apa-apa hal, editor akan telefon anda dan bukan anda telefon editor.

Soalan 10
S: Bolehkah saya menulis manuskripkan bertemakan cinta lelaki-perempuan?
J: Boleh saja. Tapi jika hendak mendapat tempat, tema cinta lelaki-perempuan baik dikecilkan atau ditolak terus. Kerana anda bersaing dengan penulis-penulis yang membawa tema yang lebih urgent/ serius/ penting (?).

Soalan 11
S: Adakah editor akan melakukan penambahbaikan pada kerja saya?
J: Hanya jika anda mendapat tempat. Tapi lebih baik buat yang terbaik pada kali pertama (get it right the first time), kerana manuskrip dipilih melalui pembacaan pertama.

Soalan 12
S: Apa petua memberi tajuk kepada manuskrip?
J: Berilah tajuk yang kemas, tepat,segar, sedikit pelik, indah. Kalau boleh jangan panjang meleret.

Soalan 13
S: Apa pantang-larang tema HSKU?
J: Jangan tulis tema yang menghina agama Islam atau agama-agama bangsa di Malaysia. Jangan angkat isu sensitif. Jangan glamorkan/ pamerkan budaya tidak baik (dadah, berkelab, minum arak, pelacuran, berlumba haram, dll.) walaupun dengan tujuan memberi iktibar. Jangan menghina bangsa-bangsa di Malaysia. Jangan tulis nama anda pada manuskrip. Jangan mengagungkan orang yang jelas amat jahat.

Soalan 14
S: Apakah sifat paling utama untuk menyertai HSKU (KNR)?
J: Sabar, reda, tawakal, tekun, tak putus asa.

9 comments:

  1. Ayu,
    Tahniah!
    Suka dengan jawapan No. 6 & 7.

    ReplyDelete
  2. Salam kak.

    Tahniah! Tak sabar ingin meladeni Impuls Roh :)

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Nisah & Rebecca,

    Jika ada soalan tak lazim juga boleh ditanyakan di sini.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak

    Kalau manuskrip itu tidak terpilih ke peringkat akhir, adakah penulis boleh menghantarnya ke penerbit lain?

    ReplyDelete
  5. Salam Laila,

    Boleh sungguh. Tetapi tunggulah sehingga pengumuman rasmi dibuat.

    Cubalah untuk HSKU. Penulis baru dialu-alukan.

    ReplyDelete
  6. soal jawab yang menarik. tak puas baca

    ReplyDelete
  7. ayuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..............
    TAHNIAH!!!!!

    ReplyDelete
  8. salam perkenalan utk saudari. moga persada seni akan dibanjiri dengan karya berkualiti.

    ReplyDelete
  9. Salam. Blh bg cadangan ttg penulisan novel berbentuk autobiografi?? sayamadih dlm proses mrnyiapkannya. Adakah maksud (so. 7) 130- 150 mukasurat bagi font 14 dan langkau 2 baris??
    Novel saya dah lbh 50ms tp langkau 1.5.

    ReplyDelete