Saturday, July 24, 2010

FIKSYEN SAINS: MENULIS UNTUK MASA DEPAN

Pada 20 Julai 2010, saya bertuah kerana dapat menghadiri majlis penyampaian hadiah Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi anjuran kerjasama UTM dan Kumpulan Utusan (terima kasih, Pn. Nor Azah Aziz). Majlis itu telah memasyhurkan 3 buah novel fiksyen sains iaitu Kala Yuda (Amer Hamzah L Kadir), Kronikel Bumi (Nurul Izwazi Mohd Nor) dan Tawanan Komander Caucasus (Ruzaini Yahya). Saya duduk di kalangan penonton dengan rasa iri hati. Saya berharap perasaan iri hati ini tidak akan pergi begitu sahaja, sebaliknya menjadi pendorong untuk saya menulis untuk sayembara seumpamanya.

Sitting pretty: Kala Yuda, the invitation, Memecut di Litar Sayembara
Para hadirin di majlis ini dihadiahkan satu penerbitan eklusif UTM-Kumpulan Utusan iaitu satu booklet yang bertajuk ‘Memecut di Litar Sayembara: Fiksyen Sains & Teknologi’ yang diselaraskan oleh Nor Azah Abd Aziz dan Yosman Mohd Bain. Sebagai seorang guru, saya memang obses dengan dokumentasi dan aktiviti pendokumentasian, dan saya menganggumi 2 institusi ini kerana memulakan langkah pertama menerbitkan satu buku kecil untuk menjadi pemula khazanah rujukan bagi genre fiksyen sains di Malaysia. Dan saya kira, fiksyen sains di Malaysia akan jadi unggul kerana keunikan yang kita miliki sebagai sekumpulan penulis yang berpegang teguh kepada jati diri yang mencerminkan pegangan agama-agama di Malaysia dan semangat cinta kepada negara walau apapun ketidakpuasan politik penulis pada sesuatu zaman.

Apabila menulis fiksyen sains, sukar untuk kita melakukannya tanpa dipengaruhi oleh tradisi fiksyen sains yang sedia ada yang sebahagian besarnya datang dari Barat. Mungkin dunia kesusasteraan Malaysia/ Melayu mempunyai tradisi fiksyen sainsnya yang lebih awal tetapi saya tidak maklum. Saya terfikir tentang perjalanan Hang Tuah ke Rom untuk membeli senjata pemusnah besar-besaran (weapon of mass destruction) boleh dianggap sebagai satu episod fiksyen sains fiksyen di dalam Hikayat Hang Tuah? Bagaimana pula fiksyen sains di dalam tradisi kesusasteraan dari Timur Tengah? Saya tidak mahir, saya alu-alukan pandangan anda. Tradisi fiksyen sains dari Barat diperkuatkan lagi dengan tradisi perfilemannya yang mempunyai pasaran menyeluruh ke serata dunia. Kebanyakkan lanskap minda kita tentang fiksyen sains berkemungkinan besar akan terpengaruh dengan babak wayang gambar dari Barat. Jadi, ditakuti apabila penulis Malaysia menulis tentang fiksyen sains, ia seperti meneruskan sahaja suatu tradisi. Seperti salah ranting kecil baru dalam pokok fiksyen barat, mengambil intipati dari idea lama dan meneruskannya, dengan memberi latar berbeza dengan nama yang relevan dengan etnik di Malaysia.

Dan apa tema yang belum ditulis dan difilemkan oleh fiksyen barat? Semuanya sudah ditulis! Robot dan kepintaran buatan (AI, I, Robot, The Bicentennial Man, The Space Odyssey – dan oh, mereka filemkan semua buku penulis mereka! Isaac Asimov, Arthur C Clark, Phillip K Dick. Di Malaysia, pemfilem lebih GEMAR menulis cerita mereka sendiri), cerita pasca-bencana (The Day After Tomorrow, 2012, Blade Runner, The Matrix, siri The Terminator), cerita angkasa lepas (Sunshine, The Space Oddyssey, StarTrek), dunia selari/ parallel universe (Donnie Darko, Run Lola Run), manipulasi masa (Deja Vu, The Time Machine), genetik (Splice, Species, Jurassic Park), dadah di dalam bekalan air/ something in the water (Equilibrium), cryonics (Young Again, Vanilla Sky), dan banyak lagi.

Namun benarkah? Apa yang boleh ditulis sudahpun ditulis? Intuisi saya mengatakan tidak. Bahkan kebanyakan kerja-kerja di atas bukannya fiksyen sains tetapi kerja-kerja fantasi yang menyamari fiksyen sains. Di mana saya di dalam skema masa depan ini? Saya masih perlu banyak belajar untuk memahami tradisi sedia ada dan mencipta tradisi yang baru.


Donnie Darko: Gotta go. If I don't send my sci-fi manuscript in 28 days, 6 hours, 42 minutes and 12 seconds, the tangent universe will collapse into the primary universe in a massive blackhole that will destroy everything.

7 comments:

  1. Salam Cikgu Sri,
    Fiksyen Sains di Malaysia bukanlah sesuatu yang baharu. Di perpustakaan sekolah, saya mendapati pada akhir tahun 70-an sudah ada karya seumpama ini ditulis. Saya percaya, proses untuk menghasilkan sebuah fiksyen sains merupakan suatu proses yang rumit kerana kita terpaksa meletakkan diri jauh ke hadapan (mungkin 30 - 50 tahun ke hadapan). Bagi menghasilkan karya seumpama ini, tidak boleh jika kita hanya membuat gambaran dan bayangan semata-mata tanpa melihatnya dari sudut ilmiah, hukum akal dan hukum Allah. Sesuatu yang ditulis mungkin menjadi realiti, tetapi kebarangkaliannya mungkin 10 - 20% sahaja. Prinsip yang saya guna pakai ketika menulis mungkin bertentangan dengan prinsip sesetengah penulis, saya tidak akan membaca karya orang lain atau menontoni filem-filem yang ada kaitannya dengan karya yang bakal saya tulis kerana bimbang saya akan terpengaruh dengan apa yang ada dalam karya-karya itu. Walau bagaimanapun, saya amat mengagumi penulis karya fiksyen kerana keupayaan mereka mencetuskan sesuatu yang pernah tidak pernah terlintas di fikiran kita.

    ReplyDelete
  2. Ayu,
    Jika mahu bercakap tentang tema apa yang belum ditulis, semua tema sudah ditulis! Yang penting bukan tema yang baharu tetapi garapan baharu dan lebih segar atas tema yang sama. Seperti juga tema cinta yang sudah lusuh diulang, namun masih ada sudut baharu yang belum disentuh dan digarap jika pengarangnya bijaksana.

    Impuls/Roh juga satu karya fiksyen sains yang baik. Di Malaysia, tema itu dikira baharu. Di Barat sudah ada. Namun, itu bukan juga persoalannya. Garapan isu sama ada otak yang berfungsi menyebabkan kita dapat melihat, mendengar dll, berbanding roh yang melakukan setiap perkara, adalah satu sudut yang menarik.

    Tahniah dan selepas ini, mari kita sama-sama memecut di litar sayembara itu!

    ReplyDelete
  3. Salam Cikgu Nizar & Kak Nisah,

    Satu suntikan maklumat yang baik dari Cikgu Nizar. Kalau Cikgu Nizar perpanjangkan tulisan cikgu boleh jadi artikel sastera di akhbar.

    Kak Nisah,
    Saya setuju. Lagipun kebolehan manusia untuk menghasilkan sesuatu idea itu terhad. Tahun depan, insyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Roh?
    Wah judulnya mengancam sekali.
    Macam tajuk buku Ibnu Qayyim.

    Tahniah, Puan Sri!

    ReplyDelete
  5. Salam Ustaz Zaid,

    Tidaklah sebesar karya Ibnu Qayyim. Ada banyak kelemahannya yang sepatutnya boleh diperbaiki terlebih dahulu. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Puan Sri Rahayu,

    Interesting points.

    An excerpt from an Isaac Asimov's essay that I'd like to share (thought it might interest you, too):

    Science fiction is the one branch of literature that accepts the fact of change, the inevitability of change.

    This doesn't mean that a science fiction story should be predictive—that it should portray something that is going to happen—before it can be important. It doesn't even have to portray something that might conceivably happen.

    The existence of change, the acceptance of change, is enough. People who read science fiction come, in time, to know that things will be different. Maybe better, maybe worse, but different.


    Asimov, I., 1989. "The Influence of Science Fiction", Asimov's Galaxy. New York: Doubleday.

    ReplyDelete
  7. Juliana,

    What a revelation! Because many of sf work is speculative. This means sf might not be just about the future or what might happen. It could also be the fictionalising of the process of change.
    Thank you.

    ReplyDelete