Saturday, August 14, 2010

Goodreads & lain-lain: Pengurusan (Hidup di Internet) Asas

Alhamdulliah,setelah menerima emel bertalu-talu dari Najibah, Jualiana Es, pengarang Nisah Haron, Aina Dayana, saya telah mendaftar masuk ke dalam GOODREADS. Bukannya kesombongan atau ketidakeprihatinan yang membuatkan saya lewat menyertai laman ini yang telah pun memuatnaikkan gambar kulit buku dan komentari buku yang begitu banyak (pada pandangan saya itu sudah cukup banyak), tetapi ialah ketidakcukupan waktu dan kejahilan menggunakan Internet. Jadi ia menjadikan proses menyertai sesuatu laman itu tersekat-sekat. Kadang-kadang jika subjek terlalu lama untuk dimuatnaik dan sesuatu yang lebih penting mendatang, saya akan tinggalkan begitu saja. Dan apabila saya kembali ke komputer beberapa hari kemudian, saya akan memulakan proses yang telah ditinggalkan dari mula.

Tidak semua penulis itu mahir selok-belok di Internet walaupun penulis itu rapat dengan komputer/ internet. Saya selalu menganggap Internet itu bagai perpustakaan yang besar. Saya datang dan saya baca. Jika saya mahu anggap Internet seperti suatu tempat sosial atau tempat berkawan, cara saya membawa diri juga perlu berubah.Saya akan jadi mesra dan terbuka. Melayari wikipedia itu mudah, tapi bila mula bersembang, saya agak kekok (kerana itu tiada akaun facebook).

Seorang kawan dunia fizikal yang bernama Siti Yusriza Abdullah berasal dari Alor Setar ("You can take a woman out of Otago, but you cannot take Otago out of the woman") pernah merungut, "Anda telah tulis 6 buku cerita, tapi kenapa nak emel pun terlalu susah?" Saya menjawab dalam hati: 6 buku cerita ditulis dengan tangan di dalam 2 buah diari ketika menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan ceramah yang biasanya off-tangent, dan juga ketika menunggu ikan yang digoreng jadi rangup dalam minyak panas, sebab itu ialah lebih mudah, berbanding dengan menulis di hadapan komputer dengan Internet terpasang dengan hanya beberapa minit terluang. Dan apabila 2 diari yang telah penuh ditulis ini saya taipkan ke dalam komputer dalam microsoft word, ia sebenarnya suatu proses yang pantas.

(Jam 6.55 pagi, Ahad, selepas sahur & Subuh, ketika SEMUA ORANG sedang tidur)

4 comments:

  1. "Saya menjawab dalam hati: 6 buku cerita ditulis dengan tangan di dalam 2 buah diari ketika menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan ceramah yang biasanya off-tangent, dan juga ketika menunggu ikan yang digoreng jadi rangup dalam minyak panas, sebab itu ialah lebih mudah, berbanding dengan menulis di hadapan komputer dengan Internet terpasang dengan hanya beberapa minit terluang. Dan apabila 2 diari yang telah penuh ditulis ini saya taipkan ke dalam komputer dalam microsoft word, ia sebenarnya suatu proses yang pantas."

    Wah, hebatnya Kak Sri Rahayu!

    ReplyDelete
  2. Salam Nurul,

    Terima kasih kerana sudi mampir.

    ReplyDelete
  3. [sobbing] Nama saya salah eja... :-(

    ReplyDelete