Lukisan potret saya cuma suam-suam kuku dan saya belum teruji kerana saya asyik melukis wajah-wajah orang yang ‘cantik’. Lukisan potret menghadapi ujian paling getir apabila melukis wajah tua etnik Melayu yang retak seribu. Saya belum cuba.
Ini adalah potret yang saya lukis ketika sedang hangat menulis ‘Bukan Legasi Lalang’. Entah kenapa dengan penuh berilusinya saya membayangkan Hang Jebat seiras dengan Keanu Reeves! Sungguh tak patriotik tapi wajah inilah yang menggerakkan BLL ketika itu. Umur saya ketika itu 22 tahun. As single as an amoeba.
Perhatikan apabila kita menggunakan pensil warna (LUNA pilihan saya - tabiat lama sudah nak dibuang) sesuatu warna bukanlah solo tetapi campuran banyak warna. Kuning bukan kuning, tetapi banyak-banyak warna yang kelihatan kekuningan. Banyak campuran warna diperlukan untuk mendapat tona warna kulit yang digambarkan ‘putih kuning’. Dikatakan di dalam Hikayat Hang Tuah yang Hang Jebat warna kulitnya ‘putih kuning’. Dua perkataan ini, membakar dalam imaginasi kegadisan saya (the female gaze).
Saya cuba keluar dari zon selesa dengan melukis wajah kanak-kanak Kurt Cobain dengan warna air. Kurang kemas kerana saya cuba menangkap aura ‘grunge’ dan warna keputihan dan kekuningan untuk menangkap aura ‘innocence’ di dalam potret ini.
Saya juga suka meniru. Potret Edward Scissorhands ini ditiru dari foto pegun tapi saya tukar latarnya menjadi biru-hijau (turqoise) supaya nampak kontra dan tidak terlalu suram.
Ada juga potret yang dihasilkan kerana imaginasi semata-mata. Sesudah membaca ‘Catcher in the Rye’ saya terus melukis potret Holden Caulfield.
Ada lagi. Tunggu.
Potret Tun Hassan Perwira ada?
ReplyDeleteSorry le Nana, potret Tun Hassan Perwira tak de. Saya dah lama tak melukis sebenarnya.
ReplyDeleteCikgu Rahayu,
ReplyDeletewow, cikgu melukis dengan bagus sekali! TAHNIAH! saya kagum. saya selalu menangis dalam kelas lukisan kerana malu dengan hasil kerja sendiri :-(
Dr. Mawar,
ReplyDeleteSaya sedih dengan sistem yang memaksa pelajar ambil subjek yang mereka langsung tidak boleh buat. Sesetengah orang memang tak boleh melukis langsung. Saya sendiri memang tak boleh bersukan. Amat cemerkap dan tak ada koordinasi langsung. Macamana ye?
Cikgu Sri,
ReplyDeleteMohon dilukiskan potret Jaka Sulaiman, boleh?
;)
Kembali Cikgu Rahayu,
ReplyDeletesaya juga! dan saya pernah digelar penguin di sekolah kerana cara saya berlari...:-(