Wednesday, October 3, 2012

BAHANG HSKU 2011 SUDAH TERASA

Subhanahallah! Apabila saya menjenguk fb Rozlan Mohamed Noor dan melihat design-design ini saya sungguh teruja. Inikah ‘cover’ novel-novel remaja dan antologi-anotologi HSKU 2011? Kerja Naza Hamed dan staf UP&D amnya memang ada kelasss. Iri hati rasanya. (Imej milik Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd)


Saya ada satu tip untuk HSKU 2011 atau apa-apa pun majlis sastera. Apabila menghadiri satu majlis yang dipenuhi penulis (geek-fest), sila bawa duit pecah. Kerana ada rakan-rakan penulis yang mempromosikan karya mereka di majlis ini dan anda tidak mahu terasa janggal berdiri di situ dan tidak dapat membeli buku rakan anda kerana anda tidak bawa duit pecah. Pernah terjadi kepada diri saya dan rasa sungguh teruk kelihatan seperti seorang yang anti-sosial (bawa eyeliner tapi tak bawa duit!) kerana tidak membeli buku rakan seangkatan.

  Tahniah untuk semua yang telah mendapat jemputan.

7 comments:

  1. Kak Sri RAhayu,
    tahun ini terima HSKU?

    ReplyDelete
  2. Fathul Khair,

    Kita sama-sama tunggu. Nampaknya tahun ini Kumpulan Utusan hanya akan keluarkan senarai pemenang setelah majlis berlangsung. Tension sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Sri Rahayu,
      macam itu pula? sebelum ini bagaimana?

      Delete
  3. Tahniah!

    Menang lagi tahun ni. :

    Peminat Setia

    ReplyDelete
  4. Sebelum ini, senarai pemenang keluar seminggu sebelum majlis. Tahun ni, suprise!!!!

    Anonymous,

    Terima kasih. Tapi saya bukan tempat pertama itu sudah pasti.

    ReplyDelete
  5. Surprise hingga saat terakhir. Nama pemenang pun diketahui dikaunter pendaftaran pemenang. Tapi bila difikirkan kembali, lebih bagus dan mendebarkan. Membuatkan kita tertunggu-tunggu keputusan dan tertanya-tanya.. :)

    ReplyDelete