BUKAN ZOMBIE
Sesiapa sahaja mungkin menyangka yang saya bertuah kerana mengajar sekumpulan pelajar yang serba-serbi bagus – berbau wangi, berpakaian kemas, tutur kata berhemah, EQ tinggi, berdisiplin dan bermotivasi. Tidak. Pelajar-pelajar ini tidak sempurna. Mereka nakal, bising, loyar buruk. Kadangkala degil. Ada beberapa orang yang slip through the cracks. Suatu hari saya kehilangan suara (kerana suka menyanyi dalam kereta), mereka menjadi amat nakal! (Despite the flowers, dodol and the 'get well soon' wishes). Nak buat apa, tengok ajelah. Cikgu tanpa suara adalah seperti Lee Chong Wei tanpa raket Yonex. Tetapi, begitulah tugas guru, kerana murid bukan zombie.
|
Azim (Hassan) datang menyelamatkan keadaan. Hatinya milik Raihanah (Pelangi) |
|
Adegan budak-budak ini tercampak melalui lubang masa lantas kembali ke masa lampau tidak dapat dirakam dengan baik oleh Hishamuddin (4 Cerdas). Dato' Maharajalela terperanjat bagaimana 5 remaja ini tiba-tiba berada di rumahnya. I know it's illogical, but suspension of disbelief is needed here. Apatah Pelangi zaman moden menyerupai Pelangi anak Dato' Maharajalela. |
|
What is wrong with this picture? Ya. Kepala gondol. Sudah diingatkan supaya masing-masing membawa songkok! Agh. Mana ada benda yang sempurna dalam hidup ini? Dan mereka bukan zombie. Dato' Maharajalela menyerahkan baju, tengkolok dan pedang kepada Pandak Endut sebagai tanda terima tugas membunuh JWW Birch. |
|
Saya boleh rasakan debaran mereka diperhatikan sebegitu rupa! |
|
'Bonding time' antara Hassan yang kehilangan ayah dengan Pandak Endut yang tidak mempunyai anak lelaki |
|
Hanan (Farouk) mempersoalkan bagaimana mereka boleh merentas masa dan tempat! Jangan dispersoalkan lagi, Hanan. |
No comments:
Post a Comment