Sunday, October 7, 2012

RIMBA JIWA: REZEKI HSKU 2011

Alhamdulillah syukur nikmat. Tahun ini, HSKU sekali lagi membawa berita baik untuk saya. Novel yang saya tulis pada tahun lepas terpilih menjadi salah satu novel yang memenangi Kategori Novel Remaja HSKU 2011. RIMBA JIWA mendapat tempat ketiga, tewas kepada DERU ANGIN karya Hafizah Iszahanid dan WARIS PEJUANG karya RUHAINA MATDARIN. Pastinya akan terdetik di dalam hati sesiapapun, tidak kecewakah saya hanya mendapat ketiga pada tahun ini?

Jawapan saya: Are you seriously kidding me? Tentulah tidak. Hanya apabila saya berada di tempat ketiga barulah saya menyedari betapa dekatnya saya dengan tempat keempat. Mendapat tempat ketiga dan dapat hadir HSKU pada malam itu adalah sesuatu yang ajaib. Jika tersilap sedikit, saya pasti tidak berada dalam senarai. Alhamdulillah syukur nikmat! Saya bertuah kerana mendapat tempat ketiga!

Saya tidak akan menyembunyikan kelemahan Rimba Jiwa. Ia adalah cerita dari sudut pandang diri pertama seorang gadis berusia tujuh belas tahun. Jadi penceritaan itu emosional, kadangkala lucu, banyak melankolik, kadang-kadang paranoid dan ada saat-saat yang lancar dan bijak (kadangkala sahaja.) Cerita ini tidak berlapis-lapis (tidak polisemi). Ia mudah difahami dan jalan cerita amat lurus. Yang putih adalah putih dan yang hitam adalah hitam. Ada teenage angst yang banyak tetapi masih berada di peringkat sihat. Saya tidak akan berdelusi dan saya akui yang Rimba Jiwa memang layak berada di tempat ketiga. Namun, kelemahan itu akan saya jadikan iktibar dan memperbaiki karya saya yang akan datang.

Di sini saya mengucapkan terima kasih kepada wira tidak didendang, suami saya, yang selama ini menjadi tempat saya berteduh dan menumpang kasih. InsyaAllah, selagi Allah SWT meminjamkan beliau kepada saya, saya akan terus menulis. Jika sebaliknya, saya belum tahu.


Bersama kanda Nisah Haron (menang Rencana Sastera Penulis Muda Tunggu Pengiktirafan)

Tumpang sekaki keglamouran Hafizah Iszahanid!

Bersama Norziati Mohd Rosman (pemenang utama kategori puisi Tidak Seorang Pun Wartawan datang Bertanya)

Bersama penggerak sastera tanahair yang muda belia Hani Salwah & Rebecca Ilham (Bumi Lestari 2010)

Bersama Fathur Khair & Tuan Sujana (pemenang hadiah utama kategori puisi Kudup Perang)

Bersama kanda Dr. Mawar Shafei (pemenang kategori Kajian & Rencana Sastera Tradisi dalam Novel Remaja Sri Rahayu)


Papparazi!

Cari seseorang yang mukanya paling 'smug'
Sebagai sajian 'post-party' kebanyakan pemenang berkampung di Sunway Resort Hotel untuk mengikuti bengkel penulisan ITBM-PENA-DBP/ Berita Harian. Dalam sesi ceramah SN Dato' Dr. Anwar Ridhwan, saya paling teruja. Apabila beliau berkata "Ada sesiapa hendak bertanya" dan satu dewan senyap sunyi, saya hanya mampu berkata kepada Norziati yang duduk di sebelah saya "Dr., you are perfect, you are awesome. Carry on, carry on." Saya umpama orang dahaga di padang pasir. Apabila mendapat minuman, saya tidak lagi mempersoalkan sama ada ia adalah cendol atau air batu campur. Nikmati sahaja!

Jadi HSKU 2011 telahpun selesai. Hidup mesti diteruskan, selagi boleh. Hah, apa lagi? Mulalah menulis semula!

Entri seterusnya, saya akan membincangkan ancestor texts Rimba Jiwa (khas untuk kakanda Dr. Mawar Shafei).

9 comments:

  1. Kak Ayu,
    tahniah lagi! Saya sangat menyenangi aura HSKU tahun ini - dominasi wanita, dan betapa akrabnya para pemenang berbagi dorongan!

    ReplyDelete
  2. Tahniah, Puan Sri atas kemenangan ini. Tempat kemenangan bukanlah mauduk yang nyata sebaliknya semangat berjuang dalam lapangan penulisan mampu menghembuskan helaan nafas untuk terus berada dalam dunia ini.

    *Insyaallah jika dipertemukan jodoh kita akan berjumpa.

    ReplyDelete
  3. Selepas kak Ayu pulang, saya berbual dengan Ruhaini. Katanya "kak Ayu tu energetic!"

    Terima kasih untuk khidmat nasihat bagi membuka simpulan yang sangat sulit sifatnya, yang telah menjerat saya begitu lama hingga tak mampu nak menemui noktah terakhir.

    Kami nantikan karya kak Ayu selepas ini!

    ReplyDelete
  4. Tahniah Kak Sri atas kemenangan HSKU 2011...

    ReplyDelete
  5. Norziati,
    Friendly neighbourhood 'story-doctor' at your service. Semua orang perlukan bantuan sekali-sekala.

    Terima kasih Fathul Khair.

    ReplyDelete
  6. Adinda Sri Rahayu
    bertentang mata dengan sahabat yang selama ini hanya bertegur sapa di ruang blog, memang membuat saya kelu. seperti yang kanda katakan, banyak sebenarnya yang mahu dibualkan bila kita ditakdirkan duduk bersebelahan. semoga ditakdirkan kita berjumpa lagi.TAHNIAH Rimba Jiwa, terima kasih untuk entri akan datang. ini kerja rumah saya!

    ReplyDelete
  7. tahniah Sri :)

    -k.beb-

    ReplyDelete
  8. Tatkala membaca semula entri ini, baru saya perasan akan "Dr., you are perfect, you are awesome. Carry on, carry on." Saya ada terdengar kata-kata ini dan saya hanya ketawa mendengarnya....

    ReplyDelete