Wednesday, July 14, 2010

HSKU (Kategori Novel Remaja) : Soalan Kurang Lazim

(Sesi soal-jawab ini tidak mewakili dasar pihak penganjur. Ia adalah pendapat yang berasaskan pengalaman penulis semata-mata)

Soalan: Laporan Panel Hakim menyatakan yang Sekretariat menerima jumlah manuskrip novel paling sedikit pada tahun 2009 iaitu sebanyak 8 manuskrip. Apakah sebab ia berlaku?
Jawapan: Pertama, secara kebiasaannya Kumpulan Utusan tidak mengeluarkan iklan atau borang penyertaan untuk KNR. Jadi, pertandingan kategori ini diketahui penulis hanya melalui word-of-mouth. Mungkin ini menyebabkan ramai yang tidak mengetahui pertandingan ini wujud. Kedua, penulis lebih gemar menghantar manuskrip mereka kepada syarikat penerbitan yang mesra penulis (tulis apa saja dan akan terbit) dan skop penerbitannya lebih luas dan pulangan yang lebih lumayan. Maknanya, penulis telah berhijrah ke penerbitan lain.

Soalan: Apakah kesannya kepada kategori ini?
Jawapan: Ada kemungkinan takungan karya yang baik semakin berkurangan. Dikhuatiri suatu hari nanti sehingga tiada manuskrip yang layak diperakukan menang kategori ini. Harapnya Kumpulan Utusan lakukan sesuatu untuk menaikkan semula jumlah manuskrip yang menyertai pertandingan, dan bukannya sekadar menunggu manuskrip datang dengan sendiri.

Soalan: Apa maknanya jika anda menang KNR (HSKU)?
Jawapan: Maknanya, manuskrip anda adalah antara yang terbaik di dalam kumpulan yang menyertai tahun itu. Anda bukan penulis yang terbaik di seluruh negara, atau penulis terhebat di Malaysia. Namun anda perlu diberi merit kerana berjaya menghantar karya yang diperakukan baik di dalam lingkungan pertandingan sebelum tarikh tutup.

Soalan: Kenapa ada kecenderungan penulis yang sama akan memenangi KNR untuk beberapa tahun? Trend ini telah berlaku sejak dahulu sehinggalah sekarang. Mengapa?
Jawapan: Kerana penulis yang sama telah menghantar karyanya setiap tahun sebelum tarikh tutup pertandingan. Apa yang anda tidak tahu ialah mungkin ada tahun-tahun yang dia menghantar karya tapi tidak terpilih. Karya penulis itu juga bertanding dengan manuskrip lain di dalam lingkungannya sahaja. Tidak lebih dari itu. Dan lambat-laun, putaran seseorang penulis akan tamat jua - kerana hayat, usia, atau sudah berhijrah ke bidang penulisan dan syarikat penerbitan lain.

Soalan: Adakah orang lain akan tahu yang saya menghantar manuskrip ke HSKU (KNR) dan telah gagal?
Jawapan: Tidak. Tiada siapa akan tahu dalam kes KNR.

Soalan: Jika manuskrip yang saya hantar ke HSKU (KNR) tidak terpilih, bolehkah saya menerbitkannya di tempat lain? (soalan sumbangan Lailati)
Jawapan: Pastinya boleh.

Soalan: Bolehkah saya menghantar manuskrip yang terdiri dari cebisan-cebisan karya yang telah saya siarkan di Internet untuk HSKU (KNR)?
Jawapan: Tidak boleh. Jangan. Kalau boleh jangan buat perkara yang demikian di dalam mana-mana sayembara pun. Pertandingan biasanya mengamalkan prinsip yang berbeza dengan penerbitan di syarikat biasa/ bukan untuk pertandingan.

4 comments:

  1. ohh gitu.....sudah berkaLi juga membaca iR.. diamati byk nasihat intipati iR.. thanks untuk kompLimen teacher mengenai fotoan saya.. hasiL hobi2 saja bukan profesionaL.. ... dsLr modeL apekah yg digunakan teacher?

    ReplyDelete
  2. DSLR paling koman dan murah dalam dunia - SONY 330!

    ReplyDelete
  3. Assaalamualaikum.
    Saya mengetahui tentang HSKU ini pun melalui blog seorang penulis. Memang tidak diwar-warkan pun oleh UM; mungkin UM mempunyai alasan dan sebab yang tersendiri. Jika kategori ini ditiadakan pada tahun yang berikutnya akibat kemarau manuskrip yang berkualiti, maknanya akan hilang satu wadah yang dapat mengiktiraf novel remaja yang bermutu. Dan yang membimbangkan, penulis-penulis karya sastera akan beralih pula ke bidang penulisan novel popular...

    ReplyDelete
  4. Saudara Nizar,

    Itulah yang saya bimbangkan. Kita harapkan lebih ramai penulis muda remaja memasuki arena ini.

    ReplyDelete