Monday, July 26, 2010

MENULIS FIKSYEN SAINS: CABARAN & KESERONOKAN

Fiksyen sains (FS) memang terlalu mengujakan sebenarnya. Dalam pelbagai aspek saya rasakan ia lebih menarik berbanding genre lain. Tetapi ini hanya pandangan peribadi. Sebab-sebabnya ialah:

1. FS membawa penulis keluar dari zon selesa.
Kebanyakan penulis kreatif lazimnya lebih terlatih di dalam bidang bahasa dan sains sosial. Jadi, apabila mencuba-cuba untuk menulis FS terpaksalah penulis lazim ini tadi keluar dari kepompong ilmu dan kemahirannya dan meneroka dunia baru - membaca buku-buku baru, buku yang khusus di dalam bidang sainsnya (paleoantropologi, neurologi, scotobiologi, sains alam sekitar, matematik - siapa tahu?). Walaupun jika siap novel itu nanti, penulis bukannya dapat menjadi seorang pakar di dalam bidang tersebut. Namun, sekurang-kurangnya penulis telah menjengah ke dalam bidang tersebut walaupun seketika.

2. FS tidak dikategorikan sebagai 'novel remaja'.Rasa tidak puas hati dengan diri sendiri tetap ada kerana sentiasa menulis novel remaja. Kenapa tak pernah nak jadi dewasa? Kenapa suka baca novel pontianak orang putih? Kenapa suka baca novel remaja bermasalah yang menang Newberry Prize for YA Literature? Jawapannya untuk menyedapkan hati ialah : Saya sudah jumpa bidang saya. Namun hati tetap berkata-kata. Bila nak ambil langkah seterusnya? Namun setakat ini, karya FS tidak dianggap 'novel remaja' walaupun watak-wataknya di dalamnya adalah remaja. Hmm. Peluang baik. Tulis dan naik ke kategori yang matang. Buat dengan baik, akan jadi benda yang baik.

3. FS + teknologi = cerita lasak
Entah kenapa, saya rasa akan menghasilkan cerita yang lebih 'macho' atau lasak. Terutamanya bila bercakap tentang satu elemen lagi iaitu 'teknologi'. Bayangkan mesin-mesinnya, cahaya dan habanya, tenaga dan pemikiran yang diperlukan untuk menggerakkannya, natijahnya. Cerita lasak adalah cerita yang tidak berbasa-basi. Aksi dari mula ke akhir. Ada kebaikan dan ada keburukannya.

4. FS + teknologi + falsafah + watak + nilai keagamaan = blokbuster
Buat formula memang mudah. Buat blog pun mudah. Tapi bila nak tulis, lain pula ceritanya...

Dave: SF= space travel/robots/time travel/nuclear bombs.Period.
HAL: Initiating countdown to self-destruct as the result of incorrect data input.
Dave:  Oh no, HAL, I change my mind. HAL? HAL? HAL!!!

7 comments:

  1. salam, saya dah baca kasih nan agung dan bkn legasi lalang.
    sgt hebat bile baca n di akhir cerita dpat kita tgkap isi utama ceerita. sgt best

    ReplyDelete
  2. Salam Areistida89,

    Terima kasih kerana sudi membaca cerita saya. Komen anda amat saya hargai.

    ReplyDelete
  3. Salam Puan Sri.

    Saya sudah habis membaca Impuls/Roh. Ulasan saya kali ini mungkin 'kejam' sedikit, bersediakah?

    http://www.goodreads.com/review/show/114174143

    ReplyDelete
  4. Salam Juliana,

    Terima kasih di atas kritikan anda. Saya terima dengan hati terbuka dan saya akan jadikan pengajaran.

    Selama lima tahun cinta kita melayari bahagia. Cinta kita tahun ini ombaknya ganas sedikit. Don't give up on us, baby!

    ReplyDelete
  5. Puan, never once I'll give up on us. Moreover, you already won the first place for all these years, so who am I to give such opinion, right? Just ignore me if you have to.

    I always wish that you write more frequently (i.e. more novels or short stories), because one year is too long for a hardcore fan like me (hence high expectation).

    ReplyDelete
  6. Salam Cikgu Sri,
    Wah, nampaknya Cikgu Sri membuat suatu keputusan yang berani sekiranya mahu mencuba menulis karya fiksyen sains. Cuma pesanan saya, sekiranya ingin mencuba sesuatu yang baharu (karya fs) jangan sesekali menulis karya yang seakan-akan mencabar kekuasaan Yang Maha Esa seperti karya yang diagung-agungkan Barat (2012). Saya berkeyakinan tinggi bahawa Cikgu Sri mampu menghasilkan karya yang akan memberi impak besar kepada masyarakat di negara ini (terutama penggemar karya fs). Terima kritikan dengan hati yang terbuka terutama jika kritikan itu membina. Saya memang tidak gemar mengkritik karya orang lain kerana saya selalu berfikiran, "sebelum aku mengkritik orang ni, mampukah aku menulis karya seperti ini?". Teruskan berkarya....

    ReplyDelete
  7. Salam Cikgu Nizar,

    Terima kasih atas dorongan anda. Saya akan ingat nasihat anda. Kita sama-samalah ya jika ada kekuatan dan kelapangan. Saya mengalu-alukan kritikan. Mungkin seseorang itu pembaca yang baik,walaupun bukan penulis yang baik.

    ReplyDelete