Tuesday, November 30, 2010

HSPM 19: Pengalaman Orang yang Tidak Berjaya

Kebanyakan penulis akan memberitahu kepada semua orang tentang kejayaannya. Berapa anugerah yang dimenangi, berapa banyak buku yang telah diterbitkan. Saya, sebaliknya akan memberitahu bagaimana perasaan orang yang tidak berjaya. Atau secara kasarnya orang yang kalah. Atau orang yang gagal. Entri ini mungkin kedengaran amat lucu dan anda mungkin anda akan ketawa terbahak-bahak atau anda akan berkata , "Sri Rahayu, kau memang teruk," atau pun "Sri Rahayu, you're a sore loser."

Anda tahu anda gagal dalam sesuatu sayembara atau anugerah atau apa pun apabila tarikh sesuatu majlis penyampaian hadiah telah diumumkan dan anda tidak mendapat apa-apa khabar pun. That's it. Itulah penghujungnya. Apabila suami saya balik dan kecoh tentang perkara itu, saya berkata "I don't want to talk about it". Saya cakap perkara itu dalam bahasa Inggeris sedangkan saya boleh kira berapa patah perkataan bahasa Inggeris yang saya guna dalam rumahtangga sepanjang usia berkahwin. Dengan itu, suami tahu yang saya amat upset dan kami tidak akan bercakap langsung tentang perkara itu. Itu malam pertama.

Malam kedua, saya dapat perspektif kembali dan meneruskan kerja menulis yang masih belum siap. Saya sasarkan 100 000 patah perkataan dan saya baru dapat 10 000 patah. Cuti sekolah ada 30 hari lagi. Saya masih optimis. Sambil itu, saya boleh tergelak menonton siri Hawaii Five-0 sambil memuji otot lengan Steve McGarett dan mencadangkan kepada suami supaya mula berjogging. Selepas itu saya menggoogle sepuas hati kerana ingin mencari senarai mutakhir pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia yang ke-19 ini. Saya dapat Puan Kusyi Hirdan memenangi kategori kesusasteraan kanak-kanak dengan novelnya 'Umairah dan Kuda Putih'. Tahniah saya ucapkan. Saya pasti akan membeli novel ini untuk mempelajari kekuatannya. Saya juga terjumpa beberapa nama yang lain bagi kategori cerpen eceran. Tahniah!

Tapi bagi kategori lain, saya belum jumpa lagi. Saya ada jumpa artikel di Berita Harian mengenai spekulasi calon-calon yang bakal menang tapi senarai mutakhir belum. Di sini anda boleh ketawakan saya. Sri Rahayu lemah membuat kajian. Tapi saya betul-betul belum jumpa senarai itu. Sesiapa yang tahu senarai pemenang silalah poskan di blog masing-masing. Saya akan terus mencari.

Kenapa senarai pemenang penting kepada orang yang kalah bertanding terutamanya saya? Kerana saya dalam proses belajar. Saya perlu cari karya-karya yang diiktiraf ini untuk saya teladani terutamanya dalam kategori kesusasteraan remaja & kanak-kanak. Bohonglah jika saya kata saya langsung tidak kecewa dan tidak iri hati dengan kemenangan penulis-penulis lain. Namun, perasaan itu saya jadikan teladan dan pembakar semangat. Belajar dan terus belajar. Teladani penulis yang terdahulu. Fahami tradisi sebelum teringin hendak membuat pembaharuan.

Kepada pemenang-pemenang HSPM ke-19, tahniah dan syabas! Andalah inspirasi penulis-penulis Malaysia.

Postscript: Oh! Senarai pemenang telah diposkan di laman web DBP pada hari Rabu, 1 Disember 2010. Tahniah kepada dua kakanda saya, Dr. Mawar Shafei dan Puan Nisah Haron. Tiada pemenang bagi kategori novel remaja. Wow, dengan beratus-ratus novel remaja yang terbit pada tahun 2008 dan 2009, tiada satupun yang layak. Ia tidak menjadi masalah jika penulis tahu kriteria yang dikehendaki. Sekadar untuk panduan penulisan di masa hadapan.

15 comments:

  1. Salam Puan Rahayu. Tidak mengapa jika nama Puan tidak terpilih untuk HSPM. Teruskan menulis. Karya yang bagus tidak semestinya WAJIB memenangi sayaembara. Saya berharap agar Puan senantiasa melahirkan produk-produk yang berkualiti. Teruskan menulis.

    ReplyDelete
  2. Cikgu Rahayu,
    saya pernah merakam dalam entri apabila karya saya tidak menang. sedih, kecewa, dan ... saya fikir ia sangat alami. saya terdengar2 kata orang yang menang: karya yang tidak menang, tidak bermakna tidak bagus. kerja kita adalah menulis, maka teruslah menulis. selamat berkarya!

    ReplyDelete
  3. Ayu, saya turut berdukacita untuk penulisan novel remaja secara umumnya (dan bukan secara peribadi) apabila tiada satu pun novel HSKU dinobatkan untuk pemenang kategori remaja sejak HSPM 2004 lagi. Saya bukan bercakap soal rezeki atau tentang panel secara peribadi. Benar, kita harus belajar tentang kelemahan dan kekurangan. Namun, saya tidak boleh percaya apabila novel sebaik 1515, 1511H [Kombat], Warisnya Kalbu dan pemenang tempat pertama yang lain turut tidak diiktiraf sebagai karya remaja yang baik. Kalau dengar / baca laporan panel semalam, memang boleh pitam!

    Keep on writing. 29 days to go!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.

    Just spur-of-the-moment rhymes (or poem as it seems) that I wrote, especially for you.

    The thing about competing,
    is not only about winning.
    But when one learns something new,
    Precious it is more than you ever knew,
    then you'll be the last one grinning.

    Loss hurts more than words can say
    Yet you still smile for others who say "Hooray!"
    Well, how can you not?
    for dear friends who never forgot
    to wish the same when sunshine was in your way.

    I wish you well, in happiness and sorrow,
    today, tomorrow, and all the days after tomorrow.
    And I know deep down in you,
    there's inner strength ready to renew,
    with each passing day, there'll be a whole new you!

    ReplyDelete
  5. Salam Anonymous,

    Terima kasih atas dorongan. InsyaAllah, insyaAllah!

    Dr. Mawar,

    Sekadar hendak berkongsi perasaan. Kerana jiwa manusia itu penuh rasa. Tapi saya dah OK sekarang.

    Kak Nisah,

    Saya setuju dengan akak! Memang tidak logik langsung. Jikalau tidak mahu pilih yang HSKU pun, pilihlah dari mana-mana penerbitan lain. Industri buku bukannya seperti 10 tahun dahulu. Banyak penerbit, banyak novel yang berkualiti, terutamanya untuk remaja. Ia langsung tidak menggambar kemeriahan industri. Tahun 1515 ditolak adalah tragedi. Saya hanya mahu tahu apa mereka mahu! Saya mesti cari DS bulan Disember untuk baca laporan tersebut.

    Nana,

    Indah sungguh puisi karangan anda. Sangat, sangat dihargai!

    ReplyDelete
  6. Salam Sri Rahayu
    Impuls/Roh antara novel remaja yang TERBAIK. Tidak mengapa tidak memenangi HSPM tetapi telah menjadi kajian ilmiah di peringkat universiti. Ayuh, menulis terus!

    ReplyDelete
  7. Pelik bin takjub.
    Tragedi yang semakin kerap nampaknya!
    :-(

    ReplyDelete
  8. Ayu,
    Laporan HSPM belum diterbitkan lagi dalam DS Disember (biasanya bulan Feb/Mac). Cuba minta satu salinan daripada Mak Tok Sidang, untuk lihat.

    ReplyDelete
  9. Puan Kamariah,

    Terima kasih walaupun saya merasakan I/R ada kelemahan yang ketara. InsyaAllah.

    Ustaz,

    Sekurang-kurangnya 1515 dicalonkan namun yang lain dipilih! Ini tiada langsung.

    Kak Nisah,

    Seelok-eloknya diperlambatkan lagi laporan tu. Terima kasih kerana beri tip. Tapi Mak Tok Sidang sibuk memanjang...

    ReplyDelete
  10. Kak, nampaknya tetap juga berbalik kepada tugas asal penulis iaitu menulis. Terus menulis dan menulis dan menulis dan menulis. Tidak menang bukan bererti kalah :-)

    ReplyDelete
  11. Norziati,

    Ehem, dah siap ke? Atau dah masuk yang kedua?

    ReplyDelete
  12. Salam Puan Rahayu. Sekadar bertanya, Puan ada akaun Facebook??

    ReplyDelete
  13. Salam Anonymous,

    Maaf saya tiada akaun facebook. Tq

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete