Wednesday, November 24, 2010

MENULIS ADALAH KERJA ENTENG?

Seorang sahabat telah meluahkan rasa sedihnya kerana mendengar kata-kata dari salah seorang ketuanya yang berkata


“Betapa mudahnya kerja seorang penulis. Bermenung sekejap pun dah dapat ilham menulis karya kreatif”

Namun, sahabat ini tidak dapat bedebat panjang kerana anda tahulah bagaimana lumrah komunikasi antara ‘superior-subordinate’ sebenarnya. Cakap banyak pun hanya membazir air liur dan menaikkan tekanan darah sahaja. Lebih menekan, teman saya ini bekerja di dalam bidang keperpustakawanan. Parah, parah.

Betulkah menjadi penulis atau kerja menulis itu mudah? Bagi saya hanya orang-orang yang cemburu sahaja akan berkata demikian. Cemburu melihat hidup senang dengan hasil royalti tanpa bekerja keras umpama buruh kasar. Ya lah, menulis itu kan duduk sahaja kerjanya. Cemburu melihat buku orang diulang cetak tahun demi tahun. Cemburu melihat blog-blog penulis yang menunjukkan foto mereka melancong ke Paris, Wellington, Seoul hanya dengan duit royalti.

Yang mereka tidak tahu, menulis itu bukan kerja senang. Yang membuatkan ia Nampak senang ialah kerana penulis-penulis ini menulis dengan penuh minat. Menjadikan mereka gembira dengan kerja mereka, tidak dipaksa-paksa, jadi nampak kerja itu mudah yang amat. Yang Tuan Besar tadi nak menyarung blazer pergi ke pejabat hendak sain surat pun hati berkata-kata ! Kerana tidak minat dengan kerja. Tiada kegembiraan dan tiada kepuasan maka mulalah hendak berkata kerja orang lain senang

Saya yakin walaupun penulis itu menulis sepenuh masa dengan menulis novel-novel popular ia tidak mudah. Jika penulis novel popular ini hendak menjadi prolifik, beliau terpaksa menulis sebuah novel sebulan. Satu novel tebalnya 400-500 mukasurat. Bayangkan berapa jam dia potong tidur dia. Apabila dihimpit tarikh akhir ada yang tidak tidur malam. Itu belum lagi nak mengurus keluarga.

Penulis serius pula bagaimana? Mungkin tidak seprolifik novelis popular, tapi bayangkan kajian yang perlu dia buat. Penulis sayembara pula bagaimana? Ini lagilah seksa.

Tapi yang hebatnya, semua penulis adalah penulis yang gembira. Mereka gembira menjadi penulis. Tiada siapa paksa mereka jadi penulis dan mereka lakukannya kerana mereka berminat lagi teruja dengan kerja itu. Ini menjadikan kerja menulis yang sukar nampak senang lantas dicemburui banyak pihak. Apakah lagi, ganjarannya lumayan jika kena gaya.

12 comments:

  1. Salam Puan,

    Saya setuju dengan kata2 puan tu. Kerja menulis nampak sj senang tapi memerlukan pemikiran yang dalam untuk mengeluarkan plot2 yg akan digemari pmbaca.

    sy nak ucapkan terima kasih krn dgn membaca blog pn ini sy bersemangat semula untuk menulis.

    ReplyDelete
  2. Alya,

    Semoga terus menulis dan semoga sukses selalu.

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Tapi yang hebatnya, semua penulis adalah penulis yang gembira.

    Ah! That explains :-)

    ReplyDelete
  4. Nana,

    And the very moment they feel unhappy writing, they'll stop. That's what makes it different from other kinds of labor like teaching, sitting around in offices, cleaning, consulting, healing, etc. which you can go on and on doing until the day you die without a bit of happiness doing them.

    ReplyDelete
  5. kalau saya tahu saya sedang berhadapan dengan seorang penulis, saya akan rasa sangat-sangat teruja, seperti mana saya rasa terkejut bila yang duduk di sebelah saya adalah Teacher Ayu, hehe...

    ReplyDelete
  6. Syarin Nusra,

    Are you my ex student? When? Where?

    ReplyDelete
  7. Assalamualakum, Cikgu Sri,
    Saya berada dalam keadaan yang amat "SEKSA" sekarang!

    ReplyDelete
  8. Teacher Ayu,
    Saya bekas pelajar SDH, Tg Karang :)
    Tapi Teacher tak pernah mengajar saya, sebab itu saya kenal Teacher [waktu Bukan Legasi Lalang menang]

    ReplyDelete
  9. Cikgu Nizar,

    Tidak mengapa seksa jika sedang berusaha. Semoga tidak sia-sia. Saya ucapkan semoga berjaya sehingga ke garisan penamat. Kami semua menantikan cikgu.

    Syarin Nusa,

    Banyak memori indah teacher mengajar ketika berada di SMK Dato' Harun. Jikalau masa boleh diulang kembali!

    ReplyDelete
  10. asm pn,
    Saya percaya pn telah lama terlibat dalam penulisan novel. saya cuma menulis untuk scientific journal. Pn bercakap berkenaan "ganjarannya lumayan jika kena gaya". Minta maaf jika bertanya... untuk satu novel melayu banyak ke royaltinya?

    ReplyDelete
  11. Azmin,

    Maaf lewat menjawab. Saya hanya menulis untuk Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, jadi saya hanya boleh bercakap tentang HSKU. Jika saya berjaya menerbitkan sebuah novel dalam satu tahun di bawah HSKU, saya akan mendapat jumlah pendapatan paling banyak setahun untuk novel itu sebanyak RM 18000, dan paling sedikit lebih kurang RM RM 7000. Semuanya bergantung kepada keadaan ekonomi dan tawaran-tawaran yang saya dapat untuk tahun tersebut. Harap telah menjawan soalan.

    ReplyDelete
  12. Hebat juga menulis novel ni. Didoakan semoga pn terus berjaya. Insya-Allah.

    ReplyDelete