Alhamdulillah. Anda telah berjaya menamatkan kerja-kerja Draf No.2, iaitu kerja-kerja memasukkan apa yang anda tulis dalam Draf 1 ke dalam komputer. Anda pun memulakan kerja-kerja Draf 3.
Bagi saya, Draf 3 adalah yang kerja paling sukar. Tapi dalam kesukarannya, Draf 3 adalah di mana penulisan itu sampai di kemuncak. Saya tahu saya sudah sampai ke kemuncak itu apabila saya tidak melayari Internet sehingga seminggu. Menonton TV jauh sekali. Menonton VCD apatah lagi. Saya juga tidak membaca bahan-bahan lain. Sesekali saya menulis diari sedikit untuk ‘mengadu’ kesukaran dan merekod proses.
KESAHIHAN MAKLUMAT
Sewaktu menulis Draf 3 saya akan mencatat nota-nota terperinci tentang perkara yang saya perlu sahkan betul atau tidak. Contohnya, pada Bab 1 saya catatkan:
1. Nama sebuah sekolah rendah di Hiroshima, Jepun.
2. Nama sebuah sungai yang merentas Bandar Glasgow.
3. Cari nama seorang budak Jepun yang bermaksudkan juzuk-juzuk kosmos.
GODAAN ROTTEN TOMATOES
Saya tidak buat carian di Internet sekarang. Jika saya buat begitu saya akhirnya membuang masa menonton trailer filem di Rotten Tomatoes! Sampai ke cerita saya mungkin ada 40 item yang saya perlu selesaikan. Sambil itu dalam Draf 3 juga munculnya beberapa simbol yang perlu ditonjolkan. Ada beberapa maklumat yang perlu ditanam di bab-bab tertentu supaya ceritanya lengkap depan belakang.
POWER NAP
Akan ada juga adegan-adegan yang saya mimpikan sebelum ini, walaupun dramatik habis rupa-rupanya tidak boleh digunakan. Terpaksalah dibuang. Ada juga adegan-adegan yang hendak digunakan tetapi tidak diketahui asal-usul. Dalam kata lain, saya tersekat. Yang peliknya, ketika menulis Draf 3 saya lebih banyak tidur dari biasa. Saya panggil ia 'power nap', sebab dalam tidur selalunya termimpi penyelesaian benda tersekat tadi. Bangun saja, saya teruskan masukkan.
IBU MERTUAKU
Hm, di mana saya nak dapat peluang buat power nap ni? Kalau ada rezeki, ada cuti yang merentas hari minggu, saya akan balik kampung ke rumah ibu mertuaku yang amat 'sporting' lagi menyayangi dan menulis di situ. Kalau ada habuannya nanti kerja ini, saya hulurlah 10% kepada ibu mertua.
NASIB, TAKDIR & REZEKI
Macam mana kalau tak dapat apa-apa selepas berpenat-lelah? Adat bertanding, tak sentiasa apa yang dihantar akan menang. Menang kalah saya rasa bergantung kepada saingan kita. Saya amat sedar yang saya tidak akan dapat menandingi beberapa orang penulis yang sudah mencapai tahap Gaban. Jika menang pun sebenarnya nasib baik dan semata-mata rezeki saya. Pembaca pun tahu cerita kita mempunyai kelemahan. Kita pun bukanlah sejenis manusia super writer – the lean, mean, writing machine. Tapi sekurang-kurangnya saya mesti berusaha. Jika tidak menyertai pertandingan, memanglah kebarangkalian menang itu SIFAR!
Sunday, November 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Power nap... dalam bengkel penulisan yang saya pernah pergi, tak pernah rasanya disebut tentang ini. Oh, saya sangat suka bila terbaca di sini! :)
ReplyDeletemacam kata Da Vinci “Why does the eye see a thing more clearly in dreams than the imagination when awake?”
Syarin nusa,
ReplyDeleteHobi duniawi pertama saya ialah TIDUR, kemudian makan makanan sedap, ketiga membaca, keempat menulis.
Saya suka kata-kata Da Vinci itu.
Salam Puan Rahayu, adakah Puan menyertai sayembara Sains Fiksyen Utusan/UTM pada tahun ini?? Pasti ia akan lebih meriah sekiranya Puan menyertai sayembara tersebut..Lewat kebelakangan ini karya Puan saya dapati penuh dengan unsur-unsur sains fiksyen..Agak merugikan jika Puan tidak menyertainya..Apa-apa pun saya doakan Puan terus sukses dalam penulisan prosa moden..Teruskan menulis..
ReplyDeleteSalam Anonymous,
ReplyDeleteTahun ini maksudnya tahun 2010 kah? Tidak, saya tidak menyertainya. Tarikh hantar 31 Ogos sukar saya tepati kerana waktu itu saya sedang sibuk menghabiskan silibus subjek di tempat kerja. Jika ada diiklankan nanti, saya akan cuba. Tapi, tengok juga jika ilham mendatang. Ilham ini suatu yang misteri. Hadirnya tak dapat diduga. Hadirnya tak tentu masa.
pada saya sdr juga sudah jejak tahap gaban
ReplyDeleteMohamad Kholid,
ReplyDeleteSaya pernah bertanding dan tidak terpilih kerana saingan GABAN TERLAMPAU! Tapi terima kasih
Masih berfikir-fikir lagi ni, Cikgu Sri...
ReplyDeleteCikgu Nizar,
ReplyDeleteJangan fikir lama-lama. Tinggal 49 hari lagi ni!