Thursday, September 27, 2012

MENCARI BAHAGIA SEBAGAI GURU (Bahagian 9)

BUKAN ZOMBIE
Sesiapa sahaja mungkin menyangka yang saya bertuah kerana mengajar sekumpulan pelajar yang serba-serbi bagus – berbau wangi, berpakaian kemas, tutur kata berhemah, EQ tinggi, berdisiplin dan bermotivasi. Tidak. Pelajar-pelajar ini tidak sempurna. Mereka nakal, bising, loyar buruk. Kadangkala degil. Ada beberapa orang yang slip through the cracks. Suatu hari saya kehilangan suara (kerana suka menyanyi dalam kereta), mereka menjadi amat nakal! (Despite the flowers, dodol and the 'get well soon' wishes). Nak buat apa, tengok ajelah. Cikgu tanpa suara adalah seperti Lee Chong Wei tanpa raket Yonex. Tetapi, begitulah tugas guru, kerana murid bukan zombie.
Azim (Hassan) datang menyelamatkan keadaan. Hatinya milik Raihanah (Pelangi) 

Adegan budak-budak ini tercampak melalui lubang masa lantas kembali ke masa lampau tidak dapat dirakam dengan baik oleh Hishamuddin (4 Cerdas). Dato' Maharajalela terperanjat bagaimana 5 remaja ini tiba-tiba berada di rumahnya. I know it's illogical, but suspension of disbelief is needed here. Apatah Pelangi zaman moden menyerupai Pelangi anak Dato' Maharajalela.

What is wrong with this picture? Ya. Kepala gondol. Sudah diingatkan supaya masing-masing membawa songkok! Agh. Mana ada benda yang sempurna dalam hidup ini? Dan mereka bukan zombie. Dato' Maharajalela menyerahkan baju, tengkolok dan pedang kepada Pandak Endut sebagai tanda terima tugas membunuh JWW Birch.

Saya boleh rasakan debaran mereka diperhatikan sebegitu rupa!

'Bonding time' antara Hassan yang kehilangan ayah dengan Pandak Endut yang tidak mempunyai anak lelaki

Hanan (Farouk) mempersoalkan bagaimana mereka boleh merentas masa dan tempat! Jangan dispersoalkan lagi, Hanan.

Monday, September 24, 2012

MENCARI BAHAGIA SEBAGAI GURU (Bahagian 8)

STARSHIPS ARE MEANT TO FLY

Dengan kuasa Allah SWT, tiba-tiba hujan rintik-rintik berhenti. It was nothing short of a miracle. Setelah kerusi di susun dan sistem siaraya di pasang, majlis pun berjalan. Menurut aturcara majlis, budak-budak 4 Alfa akan buat persembahan selepas sajak Bahasa Inggeris. Tetapi, rancangan berubah. Mereka item pertama. Apabila dipanggil, ia ambil masa 5 minit cengkerik berbunyi menunggu budak-budak ini bersedia dengan prop dan sebagainya. Tetapi, dataran senyap sunyi kerana semua tertunggu-tunggu dengan item yang bakal dipersembahkan. Bismillahirahmannirrahim.

Akhirnya Azim dan Syazatul muncul, dengan tenang, tidak gopoh-gapah dan memulakan babak pertama. Dengan peliknya, suara mereka yang tidak berapa kuat sebelum ini, kedengaran lantang. Mungkin selama ini, mereka berlatih selepas jam 2.00 petang – lapar, penat dan dahaga. Jadi, awal pagi begini, mereka masih segar. Dan penonton semuanya senyap (ganjil kerana pelajar SMK Pandan Jaya ini tidak pernah berhenti bercakap). Pementasan ini dijalankan 100% tanpa mikrofon, di sebuah dataran luas terbuka. Dan budak-budak ini bukan budak teater. Bangga. Terharu. Walaupun ini baru babak pertama.


Bunyi cengkerik menunggu pentas di set up

Baju raya sedondon, tanpa dirancang. Babak ibu dan anak. Anak meminta izin ibu keluar menghadiri rumah terbuka Tan Sri Humayoun. Bapa keluarga ini bertahun tidak pulang, lenyap.


TNB Pandan Jaya. Bangunan ikon sekolah yang mengundang gelak tawa penonton. Pencawang utama bekalan elektrik kawasan Pandan Jaya. Jelas ini adalah naskah sai-fai/ sejarah.

Tercapainya gagasan 1Malaysia. Dalam perjalanan ke rumah terbuka, berbincang tentang kerja rumah.
 
Hanan, si antagonis, datang mengacau, merampas kertas kajian tulisan tangan milik Raihanah


MENCARI BAHAGIA SEBAGAI GURU (Bahagian 7)

MALAM KHAMIS

Saya sudah ceritakan bagaimana petang Khamis adalah sepanas-panas cuaca yang anda boleh bayangkan. Namun malam itu, di kawasan saya tinggal, hujan turun dengan lebatnya. LEBAT yang amat. Saya hanya terduduk memikirkan semua perkara. Adakah kawasan Pandan Jaya juga hujan selebat ini di Ukay Perdana? Jika benda ini tidak selesai esok, bagaimana saya hendak meneruskan kehidupan? Mungkin itu terlalu dramatik, tetapi lebih kurang begitulah pemikiran saya ketika itu. Walau bagaimanapun saya teruskan juga menyiapkan satu prop yang mampu dibuat oleh seorang cikgu – satu lagi pendayung sampan. Hanya Allah SWTsahaja yang boleh menentukan sama ada persembahan ini boleh dipentaskan atau tidak. Ketika itu, jelas yang amat bahawa kita hanya boleh berusaha dan Allah SWT jua yang menentukan. Tetapi jika kita langsung tidak berusaha dan mengharapkan/ menjangkakan sesuatu akan menghalang kerja kita, maka tiada apalah yang kita akan lakukan di sepanjang hidup kita yang tidak berapa panjang ini.

PAGI JUMAAT
Saya sampai ke sekolah jam 6.45 pagi (standard time). Dalam samar-samar saya nampak 2 lopak air di dataran perhimpunan. Tetapi dengan kuasa Allah SWT jua yang dataran itu tidak basah. Hanya sejuk berembun. Apabila hari sudah nampak terang, hujan rintik-rintik turun. Saya berdiri di tengah-tengah dataran menadah tapak tangan ke langit – menadah titik hujan dan juga berdoa. Pengawas-pengawas sekolah yang bertugas menyusun kerusi menanti arahan. Saya kata “Wait a minute…” tapi dalam hati, saya berkata,” Ya Allah, janganlah Kau turunkan hujan buat sementara waktu.”


Agh. Tertekan sungguh. Hanya boleh digambarkan dengan lukisan-lukisan ini.

MENCARI BAHAGIA SEBAGAI GURU (Bahagian 6)

KHAMIS
Pada hari terakhir latihan, pelajar-pelajar telah melaksanakan beberapa perkara penting. Kami sudah mempunyai seorang stagemaster yang mempunyai fokus, Nur Arina. Saya tidak tahu pun sesebuah produksi perlu ada stagemaster. Satu lagi ilmu saya pelajari. Stagemaster itu penting kerana kadangkala pelakon hanya tahu berlakon sahaja. Heroin drama ini, Raihanah sudah pun dapat berdialog dengan Azim (hero) tanpa ketawa. Pada mulanya, Arina langsung tidak dapat melihat wajah Azim tanpa tidak ketawa. Saya tidak pernah dan tidak akan tahu kenapa.

Hari ini budak-budak berlakon di atas pentas besar. Pentas besar ini umpama astaka. Waktu perhimpunan biasa, semua cikgu duduk atas pentas itu. Kalau panas panaslah pentas itu. Kalau hujan, hujanlah pentas itu. Petang itu, hari panas terik. Jadi, sesiapa yang terpaksa duduk atau terbaring di atas pentas, memanglah seksa. Namun sungguhpun begitu, memang ada sahaja yang akan membuat pelajar-pelajar ini ketawa atau terpaksa mengulang babak. Padahal, cuaca panas terik. Budak-budak ini mengulang run beberapa kali. Selain dari itu, pelajar-pelajar membincangkan tentang kostum yang hendak dikenakan pada esok hari. Berlakulah proses pinjam-meminjam dan segala macam perjanjian tentang perkara ini. Saya dibantu oleh Amir Harith (prop boy nombor 1) untuk menyiapkan pendayung sampan. Saya sedikit risau kerana saya tidak boleh mendengar suara mereka dari jarak 50 meter (di satu ruang terbuka, penuh dengan kereta yang sedang diparkir!)

Semestinya ada yang tertanya-tanya jam berapa guru pemerhati (saya) pulang setiap hari. Jawapannya ialah 4.15 petang. Waktu saya bujang dahulu, sampai ke malam saya berada di sekolah. Tetapi sekarang sudah berkeluarga terpaksalah menguruskan keluarga selain dari menguruskan kerjaya.



Justin dan pendayung sampan


Berapa banyak babak boleh berjalan serentak? Hello!
 
Faces of Hijabista - Syazatul, Cikgu kepanasan, Nur Arina
Babak ini tiada dalam skrip

Lantai sangat panas. This is real pain. Hanan (sudah boleh ketawa), Ong Min Min, Nitya, Raihanah (sudah boleh menangis 'crocodile tears' untuk Azim)

This is what being a teacher is like. Sometimes you can wait for hours and one small thing happens and you have a good laugh at your own folly and that is enough

 PULANGLAH, CIKGU
Setelah berlatih, setelah penat tetapi penuh dengan gelak tawa, akhirnya jam 4.15 petang pun tiba. Budak-budak ini masuk ke dalam bilik latihan. Saya menjangkakan yang mereka akan tamatkan latihan dan sekarang adalah masa untuk wrap up. Tetapi Justin bertanya kepada saya “Teacher, aren’t you going home?” Saya baru hendak bercakap sesuatu, tetapi tidak jadi. Sebak rasanya, kena halau. Bukan. Sebab budak-budak hendak teruskan latihan, tanpa cikgu kerana cikgu itu ada tanggungjawab di tempat lain. Ini sepatutnya jadi adegan klasik, cikgu melepaskan muridnya yang sudah tahu berdikari dengan air mata dan rasa terharu. Tetapi realiti kehidupan tidaklah sedramatik itu.

Saya pulas kunci kereta dan berkata “YES!!!”



Thursday, September 20, 2012

HADIAH SASTERA KUMPULAN UTUSAN 2011

OMG! Sedang saya masih 'mabuk' dengan adrenalin sambutan Hari Malaysia dan sambil-sambil melihat sesawang ITBM-PENA-BERITA HARIAN, saya terserempak dengan tarikh penyampaian Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Ia bakal diadakan pada 5 Oktober 2012. Benarkah? How exciting! Macam menanti keputusan Juara Lagu pula.

MENCARI BAHAGIA SEBAGAI GURU: 12 JAM DI PASIR SALAK (Bahagian 5)

ISNIN


JWW Birch dan isteri bersiar-siar di Pasir Salak
 Seperti yang dijanjikan, pelajar-pelajar menjalankan latihan. Kali ini semua pelajar yang mendapat watak/ tugasan budak prop semua turun berlatih. Amir Harith (tiada dalam foto kelas – budak baru), Azfar dan Ashraff (tiada dalam foto kelas – budak baru). Amir Harith minta adegannya dipanjangkan. He got it. Menurut Farahin dia tidak mempunyai ‘chemistry’ dengan Azim sebagai anak dan ibu. Saya nasihatkannya supaya ‘work on it’. Farahin memuncungkan mulutnya. Saya tiada rancangan ‘back up’ untuk kes pelakon menarik diri. Di samping itu, saya menyuruh pelajar untuk melakonkan babak 1 sehingga 6 di atas pentas kecil di kantin sekolah. Babak 7, babak penamat disimpan untuk hari persembahan. Ala-ala ‘trailer’ wayang gambar. Sambutan pelajar – “Teacher, NO!!!” Saya menerangkan yang saya mahu mereka merasa degupan jantung mereka sendiri apabila gemuruh dan lupa skrip dan merasa bagaimana ditertawakan dan masih meneruskan lakonan. Mata mereka hanya terkelip-kelip. Tidak yakin langsung.

SELASA

Ketawalah Hanan! Your friend is alive!
Saya terserempak Syazatul di kantin dan dia memberitahu saya yang dia dan Farahin sudah bertukar watak suka sama suka. Saya kata – 'Good on you, girls!' Kini, Farahin akan menyandang watak sebagai Bonda Kuntum, isteri Pandak Endut. Latihan hari ini lebih agresif, kerana masing-masing ‘stress’ akan percubaan di kantin esok hari. Tetapi semua orang tertunggu-tunggu tawa Hanan dalam babak 7, setelah dia berjaya menyelamatkan Hassan. Hanan berkata dia masih belum boleh ketawa. Dia tidak dapat ‘feel’ lagi.

Bilakah Hanan akan ketawa?

RABU
Test drive/ trailer review
Hari Rabu saya sepatutnya menghadiri taklimat kerja pada jam 1.05 tengahari. Saya tunggu budak –budak ini turun macam pengantin dari kelas mereka. Perlu diingatkan yang saya tidak pernah lewat apatah lagi ponteng taklimat kerja selagi saya hadiri bertugas pada hari itu. Hanya pada jam 1.30 pelajar-pelajar bersedia. Saya tahu ini adalah muslihat mereka supaya pelajar yang melepak di kantin tidak terlalu ramai. Saya bertanya “Kenapa lewat?” Macam-macam jawapan. “Azim sudah balik” (teepoo). “Azim merajuk dengan Syafiq.” (mungkin – ada ‘backstory’ yang panjang untuk perkara ini). “Azim stress.” (benar) Nitya berkata, “Teacher, this is the last time I’m gonna perform on stage.” Jawapan: “You’re going to be just fine.”

Apabila Azim dan Syazatul naik pentas, semua yang ada di kantin bertepuk tangan. Saya sudah lewat 35 minit untuk taklimat kerja. Terasa macam di Globe Theatre pula apabila ada pelajar yang menonton betul-betul di hadapan pentas. Semuanya berjalan lancar. Mereka berjaya! Saya suruh mereka makan tengahari dan solat Zuhur sementara saya bekejar ke bilik mesyuarat.

Saya tahu mereka sudah rasakannya!

Wednesday, September 19, 2012

MENCARI BAHAGIA SEBAGAI GURU (Bahagian 4)


CERITA LAWAN TEKNIK
Latihan bermula pada hari Selasa, 10 hari sebelum tarikh pementasan. Saya meminta pelajar membaca sekali lalu skrip untuk memahami cerita. Tetapi selepas itu, rupa-rupanya mereka ada rancangan lain. Justin dan Azim melatih rakan-rakan mereka bagaimana hendak buat lontaran suara! Mereka telah menyaksikan bagaimana perkara ini boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar yang mewakili sekolah pertandingan teater. Mereka bersuara lantang di dataran perhimpunan yang tidak berbumbung dan luas terbuka. Cuma saya tidak menyangka yang mereka telah menjalani latihan. Apabila saya bertanya, rupa-rupanya Justin telah mengikuti latihan teater selama 2 hari. Nasib baik. Saya juga belajar ilmu baharu. Justin mengarahkan semua rakan-rakannya baring di atas lantai dan membuat latihan ‘hissing’, ‘bubbling’ dan ‘kakakku kata kuku kaki kiriku kaku, ku kikis-kikis kuku kari kiriku’. I know that sentence is kinda gross, but somebody’s gotta do it. Seorang demi seorang pelajar perlu lulus 3 aktiviti sambil berdiri dan sambil berbaring. Apabila saya bertanya, ‘Kenapa kamu semua boleh ikut cakap Justin?’ Jawapannya ialah ‘Kami dah biasa, teacher.’ Sebenarnya, pelajar-pelajar ini sudah bertahun-tahun lamanya sekelas. Hampir 10 tahun.

Pada jam 3.oo petang, Justin pulang ke rumah kerana dia mahu hadir kelas tusyen. Kawan-kawannya yang lain belum mahu balik. Dengan tidak disangka-sangka mereka membedah skrip drama dari satu babak ke satu babak. Mereka mendalami motivasi dan emosi. Saya tak tahu jika ia terlalu jelas, memang ketika itu saya impressed di tahap maksima.

DI MANA FIRAS?
Latihan pada hari Khamis juga melibatkan ‘voice projection’. Nampaknya mengikut Justin dan Azim – “If we don’t have a voice, how can we tell the story?” Oh ya. Saya panik sekejap apabila Firas tidak datang ke sekolah pagi itu. Padahal dia sudah memberitahu yang dia ada temujanji dengan doctor di hospital. Jangan risau. Mata Firas tidak boleh kena cahaya artificial terang. Namun jam 1.30 tengahari dia hadir untuk latihan. That is what I call dedication! Firas membawa watak Pandak Endut.

Tetapi bagi saya pula – “If we don’t have time, how can we tell the story?”

Namun begitu, sebelum bersurai Justin berpesan supaya semua pelajar menghafal skrip supaya mereka semua boleh mula berlatih berlakon tanpa memegang skrip.

Perasaan saya sedikit lega, dan tidak sabar menunggu minggu hadapan. Boleh bayangkan betapa terujanya saya. Ini adalah minggu kedua saya tidak dapat tidur. Apakah yang akan berlaku minggu hadapan?


Jangan tiru aksi ini di rumah

Firas, terus dari hospital


Tuesday, September 18, 2012

MENCARI BAHAGIA SEBAGAI GURU: 12 JAM DI PASIR SALAK (Bahagian 3)

THE RETURN OF JUSTIN

Hari Isnin akhirnya tiba. Saya telah melupakan Justin Gilbert. Tetapi saya sudah ada Nitya, Syazatul dan Farahin yang menyatakan keinginan untuk turut serta dalam projek ini. Saya tahu kalau saya ada Nitya dan Syazatul, saya boleh dapat Ong Min Min. sudah lengkaplah kumpulan 1Malaysia saya. Pagi-pagi hati tiba-tiba sahaja Justin tercongok di tepi meja saya. “Teacher, do you remember the drama project you were talking about last week?” Saya buat ‘cool’ (walaupun tidak berapa menjadi). “Yes.” Padahal dalam hati saya, saya berkata “Are you kidding me, boy? It’s the only thing on my God damn mind for the last two weeks!” Justin berkata, “I want in, teacher.” “But, what about your theatre competition?” Loceng amaran berbunyi dalam fikiran saya. “They have practice on Sundays…” Saya sudah tahu penyudah cerita ini. “But you can’t attend because you have to go to church!” Saya menyatakan simpati saya dan berkata “Welcome aboard, Justin!” Hati saya berbunga kerana saya ada watak paling sesuai untuk Justin iaitu watak JWW Birch. Malangnya, JWW Birch hanya ada 4 ayat sebelum dia dibunuh oleh Pandak Endut. Dan Justin seorang pelajar yang berbakat besar.

THE ASSIGNMENT
Selesai sahaja kelas Bahasa Inggeris saya pun memberikan skrip kepada pelajar-pelajar yang berkenaan. 15 orang kesemuanya. Ada yang dipaksa dan terpaksa. Namun, baharu saya tahu, jika hendak budak remaja beri kerjasama, mestilah saya memberi tugasan kepada kumpulannya/ gengnya, jangan ditinggal walau seorang pun. Misalnya, apabila saya memberi skrip kepada Azim, mestilah saya memberi skrip juga kepada Syafiq dan Firas. Hanan menerima skripnya setelah dia mengetahui yang watak itu memang ditulis untuknya. Buktinya ialah saya masih menggunakan nama ‘Hanan’ walaupun nama watak itu adalah Farok (pengaruh drama bersiri ‘Naziha’ TV3). Ong Min Min teragak-agak untuk menerima tugasan tetapi mengubah fikiran kerana dipujuk oleh Nitya. Saya juga mendapatkan seorang pelajar bernama Suvitra sebagai isteri JWW Birch.

GO WITH THE FLOW
Tanpa menghiraukan apa yang saya kehendakki, Justin dan Azim berkata yang mereka akan memulakan latihan pada hari Selasa. Saya tahu yang saya mesti ‘go with the flow’ dan jangan terlalu mendesak. Hakikatnya, saya terlalu gembira yang mereka menerima tugasan ini.

Dengan semuanya seperti berjalan lancar, saya tidak dapat mengagak apakah yang terjadi pada hari Selasa nanti.

Adakah semuanya akan berjalan seperti yang dirancang?

Buku inspirasi. Dibeli di Muzium Kompleks Pasir Salak (circa 2002)


Monday, September 17, 2012

MENCARI BAHAGIA SEBAGAI GURU (BAHAGIAN 2)

ADAM HAS LEFT THE BUILDING!

Pada waktu rehat 30 Ogos 2012, saya menerima berita paling mengharukan. Adam meminta maaf kerana dia tidak dapat menyertai drama pentas saya kerana dia akan menyertai pertandingan teater peringkat negeri Selangor di Kuala Selangor. Allah sahaja yang tahu betapa paniknya saya ketika itu. Tetapi saya bertenang dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Adam. Adam berjanji yang dia akan membantu saya melatih rakan-rakannya melakukan ‘voice projection’ tetapi saya mahu dia tumpukan sepenuh perhatian kepada pertandingan peringkat negeri ini. Tetapi saya berkata dalam hati yang saya masih ada JUSTIN GILBERT. Jika Justin Gilbert ada moto, motonya ialah “I’ll never let you down, teacher”. Tetapi, saya tidak terkejut jika dia tidak mengakuinya.

JUSTIN HAS ALSO LEFT THE BUILDING!
Waktu terakhir hari Khamis saya masuk kelas 4 Alfa, dan mengajar seperti biasa. Apabila kelas berakhir jam 1.05 p.m., seorang pelajar bernama Syazatul berkata – “Teacher, the drama you’ve been been planning to do-“ “Yes, what about it?” Saya begitu gembira yang berita telah tersebar. “I don’t think it’s gonna happen.” ARGH! Nampaknya saya tak tahu apa yang Syazatul tahu, tetapi saya tidak tahu lagi perkara itu dan berpura-pura tenang, lagipun saya telah bercakap dengan Justin! “I’ll talk to your classmates, Syaz.” Sebentar kemudian, saya memanggil Justin dan Azim (setiap kumpulan ada alpha malesnya)untuk menyatakan hasrat saya dan mereka hanya tersipu-sipu. Kenapa? Rupa-rupanya Justin telah terpilih untuk memasuki pasukan teater sekolah. Saya terkejut tapi bersyukur yang saya masih ada Azim.

Apabila saya ke kantin selepas itu, untuk makan sebelum pulang ke rumah, saya terserempak dengan JUSTIN GILBERT atau dia yang mencari saya sebenarnya. Dia meminta maaf kerana tidak akan bersama 4 Alfa dalam pementasan anganan saya. Saya mengatakan tidak mengapa Justin, cikgu gembira untuk kamu dan selamat maju jaya.

IMSOMNIA
Malam itu, saya tidak dapat tidur. Saya mahu mempersembahkan naskhah ‘Merdekakan Cinta Ratna’, namun semuanya telah bertukar. Saya adalah manusia yang visual, apabila saya menulis saya perlukan ‘wajah’ atau ‘muse’ dan nampaknya, saya perlu menulis naskhah yang baru dalam masa 3 hari. Dan saya tiada masa 3 hari kerana ada kerja-kerja lain. Malam itu saya berfikir dan berfikir dan hanya pada 31 Ogos barulah saya dapat menyiapkan nakshah bertajuk ‘12 Jam Di Pasir Salak’ dan saya menulisnya berdasarkan 2 pelajar dan personaliti yang dibawa mereka di mata saya iaitu Hanan dan Azim. Saya tiada Adam dan tiada Justin.

Dan tidak bermakna pelajar-pelajar ini akan melakukannya. Apakah penghujung cerita ini?



MENCARI BAHAGIA SEBAGAI GURU (BAHAGIAN 1)


Jiwa Hampir Berkarat
Setelah mengajar selama berbelas tahun, sampai di satu tahap saya memerlukan sesuatu untuk membuatkan jantung saya berdenyut semula, kerana terlalu lama melakukan perkara yang rutin boleh menjadikan kita berasa seperti jiwa sudah mati. Saya tahu saya hanya mempunyai satu aktiviti yang membolehkan saya berasa seperti saya hidup semula, iaitu menulis skrip drama pentas bertema patriotik dan seterusnya memburu pelajar untuk dijadikan pelakon. Saya memulakan aktiviti ini semenjak tahun 2001 dan diteruskan sehingga tahun 2002 dan 2003. Kemudian saya berpindah sekolah dan memulakannya kembali pada tahun 2008 dan 2009. Kemudian sambutan bulan patriotik bertindih dengan Ramadhan dan Syawal, menjadikan saya sukar untuk menahan pelajar untuk latihan.


Kelas Baru, Pengalaman Baru
Tahun ini lebih kurang sama keadaannya. 31 Ogos disambut seminggu selepas 1 Syawal. Tetapi saya dihantui sesuatu yang tidak boleh saya lupakan. Tahun ini, saya mengajar sekumpulan pelajar yang istimewa. Istimewanyanya bagaimana? Mereka ketawa ketika saya membuat lawak, walaupun saya ini bukanlah orang yang kelakar. Mereka tidak segan silu melaksanakan cabaran-cabaran di dalam kelas. Mereka pandai mengambil hati guru dengan tutur kata yang baik. 98% pelajar menghantar esei / kerja rumah. Mereka juga tidak terlalu ber’klik’ dan pandai menyesuaikan diri. Mereka ini tidaklah sempurna kerana pelajar remaja itu penuh kerenah dan tidak boleh diramal namun saya tidak pernah merasa kepuasan mengajar seperti mengajar mereka sebelum ini. Kelas ini bernama 4 Alfa, class of 2012. Tetapi saya tahu sebaik sahaja saya menulis perkara ini, esok pasti ada sesuatu yang tidak kena akan berlaku kepada saya dan 4 Alfa, percayalah. (Begitulah kehidupan! Bersedia untuk kelas 8.05 hingga 9.15 pagi)

Jadi, hati ini berdetik. “Aku ada budak-budak yang berpotensi. Aku nak mereka merasai salah satu pengalaman paling berharga dalam hidup mereka.”

Ketika ini, saya masih bercakap seorang diri lagi. Ramadhan belum pun tamat. Namun 31 Ogos terlalu hampir. Saya simpan perasaan meluap-luap dalam hati kerana saya merasakan yang sekolah tiada ruang untuk sebarang persembahan patriotik pada tahun ini. Tapi, oh budak-budak itu!

Tamatnya cuti Aidilfitri, hidup diteruskan. Seorang rakan guru tiba-tiba meminta saya menulis skrip untuk persembahan patriotik yang tarikhnya belum ditetapkan lagi. Apalagi! Saya melompat dan menawarkann diri untuk memberi pakej percuma kepada Panitia Sejarah – ditanggung beres dari mula sampai akhir. Akhrinya tarikh ditentukan pada 14 September 2012 dan saya tahu saya tidak boleh memandang ke belakang atau was-was lagi walaupun saya patah kaki sekalipun.

Adam?
Seorang pelajar 4 Alfa, Adam Putra (Adam Ricco - nama twitter) namanya, menawarkan diri menjadi tekong. Adam Putra ini pelakon hebat. Adam sudah memenangi anugerah pelakon lelaki terbaik peringkat daerah dan bakal mewakili daerah Hulu Langat di suatu tarikh yang belum ditentukan lagi.

Selain dari mesti bersedia untuk meluangkan masa setiap hari dari jam 1.30 sehingga 4.15 petang selama dua minggu, semuanya nampak sempurna. Tetapi cerita ini belum lagi berakhir… kerana saya akan kehilangan tekong saya dan tekong ini akan membawa pergi seorang lagi pelajar yang saya memang sudah impikan watak untuknya. Apakah yang akan berlaku seterusnya?