Tuesday, September 18, 2012

MENCARI BAHAGIA SEBAGAI GURU: 12 JAM DI PASIR SALAK (Bahagian 3)

THE RETURN OF JUSTIN

Hari Isnin akhirnya tiba. Saya telah melupakan Justin Gilbert. Tetapi saya sudah ada Nitya, Syazatul dan Farahin yang menyatakan keinginan untuk turut serta dalam projek ini. Saya tahu kalau saya ada Nitya dan Syazatul, saya boleh dapat Ong Min Min. sudah lengkaplah kumpulan 1Malaysia saya. Pagi-pagi hati tiba-tiba sahaja Justin tercongok di tepi meja saya. “Teacher, do you remember the drama project you were talking about last week?” Saya buat ‘cool’ (walaupun tidak berapa menjadi). “Yes.” Padahal dalam hati saya, saya berkata “Are you kidding me, boy? It’s the only thing on my God damn mind for the last two weeks!” Justin berkata, “I want in, teacher.” “But, what about your theatre competition?” Loceng amaran berbunyi dalam fikiran saya. “They have practice on Sundays…” Saya sudah tahu penyudah cerita ini. “But you can’t attend because you have to go to church!” Saya menyatakan simpati saya dan berkata “Welcome aboard, Justin!” Hati saya berbunga kerana saya ada watak paling sesuai untuk Justin iaitu watak JWW Birch. Malangnya, JWW Birch hanya ada 4 ayat sebelum dia dibunuh oleh Pandak Endut. Dan Justin seorang pelajar yang berbakat besar.

THE ASSIGNMENT
Selesai sahaja kelas Bahasa Inggeris saya pun memberikan skrip kepada pelajar-pelajar yang berkenaan. 15 orang kesemuanya. Ada yang dipaksa dan terpaksa. Namun, baharu saya tahu, jika hendak budak remaja beri kerjasama, mestilah saya memberi tugasan kepada kumpulannya/ gengnya, jangan ditinggal walau seorang pun. Misalnya, apabila saya memberi skrip kepada Azim, mestilah saya memberi skrip juga kepada Syafiq dan Firas. Hanan menerima skripnya setelah dia mengetahui yang watak itu memang ditulis untuknya. Buktinya ialah saya masih menggunakan nama ‘Hanan’ walaupun nama watak itu adalah Farok (pengaruh drama bersiri ‘Naziha’ TV3). Ong Min Min teragak-agak untuk menerima tugasan tetapi mengubah fikiran kerana dipujuk oleh Nitya. Saya juga mendapatkan seorang pelajar bernama Suvitra sebagai isteri JWW Birch.

GO WITH THE FLOW
Tanpa menghiraukan apa yang saya kehendakki, Justin dan Azim berkata yang mereka akan memulakan latihan pada hari Selasa. Saya tahu yang saya mesti ‘go with the flow’ dan jangan terlalu mendesak. Hakikatnya, saya terlalu gembira yang mereka menerima tugasan ini.

Dengan semuanya seperti berjalan lancar, saya tidak dapat mengagak apakah yang terjadi pada hari Selasa nanti.

Adakah semuanya akan berjalan seperti yang dirancang?

Buku inspirasi. Dibeli di Muzium Kompleks Pasir Salak (circa 2002)


2 comments:

  1. Adindaku
    membaca beberapa entri ini seperti versi lain MCR.

    ReplyDelete
  2. Kanda,
    Apabila kita merasa terlalu bahagia,kita mencatatnya supaya ia tidak hilang dari ingatan. Jika bukan untuk orang lain, catatan itu untuk diri kita sendiri.

    ReplyDelete