MALAM KHAMIS
Saya sudah ceritakan bagaimana petang Khamis adalah sepanas-panas cuaca yang anda boleh bayangkan. Namun malam itu, di kawasan saya tinggal, hujan turun dengan lebatnya. LEBAT yang amat. Saya hanya terduduk memikirkan semua perkara. Adakah kawasan Pandan Jaya juga hujan selebat ini di Ukay Perdana? Jika benda ini tidak selesai esok, bagaimana saya hendak meneruskan kehidupan? Mungkin itu terlalu dramatik, tetapi lebih kurang begitulah pemikiran saya ketika itu. Walau bagaimanapun saya teruskan juga menyiapkan satu prop yang mampu dibuat oleh seorang cikgu – satu lagi pendayung sampan. Hanya Allah SWTsahaja yang boleh menentukan sama ada persembahan ini boleh dipentaskan atau tidak. Ketika itu, jelas yang amat bahawa kita hanya boleh berusaha dan Allah SWT jua yang menentukan. Tetapi jika kita langsung tidak berusaha dan mengharapkan/ menjangkakan sesuatu akan menghalang kerja kita, maka tiada apalah yang kita akan lakukan di sepanjang hidup kita yang tidak berapa panjang ini.
PAGI JUMAAT
Saya sampai ke sekolah jam 6.45 pagi (standard time). Dalam samar-samar saya nampak 2 lopak air di dataran perhimpunan. Tetapi dengan kuasa Allah SWT jua yang dataran itu tidak basah. Hanya sejuk berembun. Apabila hari sudah nampak terang, hujan rintik-rintik turun. Saya berdiri di tengah-tengah dataran menadah tapak tangan ke langit – menadah titik hujan dan juga berdoa. Pengawas-pengawas sekolah yang bertugas menyusun kerusi menanti arahan. Saya kata “Wait a minute…” tapi dalam hati, saya berkata,” Ya Allah, janganlah Kau turunkan hujan buat sementara waktu.”
Agh. Tertekan sungguh. Hanya boleh digambarkan dengan lukisan-lukisan ini.
Monday, September 24, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kiutnya kartun!
ReplyDeleteAl Ghazali Sulaiman,
ReplyDeleteThanks. The same cannot be said about the person who drew them. Ha.