ADAM HAS LEFT THE BUILDING!
Pada waktu rehat 30 Ogos 2012, saya menerima berita paling mengharukan. Adam meminta maaf kerana dia tidak dapat menyertai drama pentas saya kerana dia akan menyertai pertandingan teater peringkat negeri Selangor di Kuala Selangor. Allah sahaja yang tahu betapa paniknya saya ketika itu. Tetapi saya bertenang dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Adam. Adam berjanji yang dia akan membantu saya melatih rakan-rakannya melakukan ‘voice projection’ tetapi saya mahu dia tumpukan sepenuh perhatian kepada pertandingan peringkat negeri ini. Tetapi saya berkata dalam hati yang saya masih ada JUSTIN GILBERT. Jika Justin Gilbert ada moto, motonya ialah “I’ll never let you down, teacher”. Tetapi, saya tidak terkejut jika dia tidak mengakuinya.
JUSTIN HAS ALSO LEFT THE BUILDING!
Waktu terakhir hari Khamis saya masuk kelas 4 Alfa, dan mengajar seperti biasa. Apabila kelas berakhir jam 1.05 p.m., seorang pelajar bernama Syazatul berkata – “Teacher, the drama you’ve been been planning to do-“ “Yes, what about it?” Saya begitu gembira yang berita telah tersebar. “I don’t think it’s gonna happen.” ARGH! Nampaknya saya tak tahu apa yang Syazatul tahu, tetapi saya tidak tahu lagi perkara itu dan berpura-pura tenang, lagipun saya telah bercakap dengan Justin! “I’ll talk to your classmates, Syaz.” Sebentar kemudian, saya memanggil Justin dan Azim (setiap kumpulan ada alpha malesnya)untuk menyatakan hasrat saya dan mereka hanya tersipu-sipu. Kenapa? Rupa-rupanya Justin telah terpilih untuk memasuki pasukan teater sekolah. Saya terkejut tapi bersyukur yang saya masih ada Azim.
Apabila saya ke kantin selepas itu, untuk makan sebelum pulang ke rumah, saya terserempak dengan JUSTIN GILBERT atau dia yang mencari saya sebenarnya. Dia meminta maaf kerana tidak akan bersama 4 Alfa dalam pementasan anganan saya. Saya mengatakan tidak mengapa Justin, cikgu gembira untuk kamu dan selamat maju jaya.
IMSOMNIA
Malam itu, saya tidak dapat tidur. Saya mahu mempersembahkan naskhah ‘Merdekakan Cinta Ratna’, namun semuanya telah bertukar. Saya adalah manusia yang visual, apabila saya menulis saya perlukan ‘wajah’ atau ‘muse’ dan nampaknya, saya perlu menulis naskhah yang baru dalam masa 3 hari. Dan saya tiada masa 3 hari kerana ada kerja-kerja lain. Malam itu saya berfikir dan berfikir dan hanya pada 31 Ogos barulah saya dapat menyiapkan nakshah bertajuk ‘12 Jam Di Pasir Salak’ dan saya menulisnya berdasarkan 2 pelajar dan personaliti yang dibawa mereka di mata saya iaitu Hanan dan Azim. Saya tiada Adam dan tiada Justin.
Dan tidak bermakna pelajar-pelajar ini akan melakukannya. Apakah penghujung cerita ini?
Monday, September 17, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment