ISNIN
|
JWW Birch dan isteri bersiar-siar di Pasir Salak |
Seperti yang dijanjikan, pelajar-pelajar menjalankan latihan. Kali ini semua pelajar yang mendapat watak/ tugasan budak prop semua turun berlatih. Amir Harith (tiada dalam foto kelas – budak baru), Azfar dan Ashraff (tiada dalam foto kelas – budak baru). Amir Harith minta adegannya dipanjangkan. He got it. Menurut Farahin dia tidak mempunyai ‘chemistry’ dengan Azim sebagai anak dan ibu. Saya nasihatkannya supaya ‘work on it’. Farahin memuncungkan mulutnya. Saya tiada rancangan ‘back up’ untuk kes pelakon menarik diri. Di samping itu, saya menyuruh pelajar untuk melakonkan babak 1 sehingga 6 di atas pentas kecil di kantin sekolah. Babak 7, babak penamat disimpan untuk hari persembahan. Ala-ala ‘trailer’ wayang gambar. Sambutan pelajar – “Teacher, NO!!!” Saya menerangkan yang saya mahu mereka merasa degupan jantung mereka sendiri apabila gemuruh dan lupa skrip dan merasa bagaimana ditertawakan dan masih meneruskan lakonan. Mata mereka hanya terkelip-kelip. Tidak yakin langsung.
SELASA
|
Ketawalah Hanan! Your friend is alive! |
Saya terserempak Syazatul di kantin dan dia memberitahu saya yang dia dan Farahin sudah bertukar watak suka sama suka. Saya kata – 'Good on you, girls!' Kini, Farahin akan menyandang watak sebagai Bonda Kuntum, isteri Pandak Endut. Latihan hari ini lebih agresif, kerana masing-masing ‘stress’ akan percubaan di kantin esok hari. Tetapi semua orang tertunggu-tunggu tawa Hanan dalam babak 7, setelah dia berjaya menyelamatkan Hassan. Hanan berkata dia masih belum boleh ketawa. Dia tidak dapat ‘feel’ lagi.
Bilakah Hanan akan ketawa?
RABU
|
Test drive/ trailer review |
Hari Rabu saya sepatutnya menghadiri taklimat kerja pada jam 1.05 tengahari. Saya tunggu budak –budak ini turun macam pengantin dari kelas mereka. Perlu diingatkan yang saya tidak pernah lewat apatah lagi ponteng taklimat kerja selagi saya hadiri bertugas pada hari itu. Hanya pada jam 1.30 pelajar-pelajar bersedia. Saya tahu ini adalah muslihat mereka supaya pelajar yang melepak di kantin tidak terlalu ramai. Saya bertanya “Kenapa lewat?” Macam-macam jawapan. “Azim sudah balik” (teepoo). “Azim merajuk dengan Syafiq.” (mungkin – ada ‘backstory’ yang panjang untuk perkara ini). “Azim stress.” (benar) Nitya berkata, “Teacher, this is the last time I’m gonna perform on stage.” Jawapan: “You’re going to be just fine.”
Apabila Azim dan Syazatul naik pentas, semua yang ada di kantin bertepuk tangan. Saya sudah lewat 35 minit untuk taklimat kerja. Terasa macam di Globe Theatre pula apabila ada pelajar yang menonton betul-betul di hadapan pentas. Semuanya berjalan lancar. Mereka berjaya! Saya suruh mereka makan tengahari dan solat Zuhur sementara saya bekejar ke bilik mesyuarat.
Saya tahu mereka sudah rasakannya!
No comments:
Post a Comment