Wednesday, September 19, 2012

MENCARI BAHAGIA SEBAGAI GURU (Bahagian 4)


CERITA LAWAN TEKNIK
Latihan bermula pada hari Selasa, 10 hari sebelum tarikh pementasan. Saya meminta pelajar membaca sekali lalu skrip untuk memahami cerita. Tetapi selepas itu, rupa-rupanya mereka ada rancangan lain. Justin dan Azim melatih rakan-rakan mereka bagaimana hendak buat lontaran suara! Mereka telah menyaksikan bagaimana perkara ini boleh dilakukan oleh pelajar-pelajar yang mewakili sekolah pertandingan teater. Mereka bersuara lantang di dataran perhimpunan yang tidak berbumbung dan luas terbuka. Cuma saya tidak menyangka yang mereka telah menjalani latihan. Apabila saya bertanya, rupa-rupanya Justin telah mengikuti latihan teater selama 2 hari. Nasib baik. Saya juga belajar ilmu baharu. Justin mengarahkan semua rakan-rakannya baring di atas lantai dan membuat latihan ‘hissing’, ‘bubbling’ dan ‘kakakku kata kuku kaki kiriku kaku, ku kikis-kikis kuku kari kiriku’. I know that sentence is kinda gross, but somebody’s gotta do it. Seorang demi seorang pelajar perlu lulus 3 aktiviti sambil berdiri dan sambil berbaring. Apabila saya bertanya, ‘Kenapa kamu semua boleh ikut cakap Justin?’ Jawapannya ialah ‘Kami dah biasa, teacher.’ Sebenarnya, pelajar-pelajar ini sudah bertahun-tahun lamanya sekelas. Hampir 10 tahun.

Pada jam 3.oo petang, Justin pulang ke rumah kerana dia mahu hadir kelas tusyen. Kawan-kawannya yang lain belum mahu balik. Dengan tidak disangka-sangka mereka membedah skrip drama dari satu babak ke satu babak. Mereka mendalami motivasi dan emosi. Saya tak tahu jika ia terlalu jelas, memang ketika itu saya impressed di tahap maksima.

DI MANA FIRAS?
Latihan pada hari Khamis juga melibatkan ‘voice projection’. Nampaknya mengikut Justin dan Azim – “If we don’t have a voice, how can we tell the story?” Oh ya. Saya panik sekejap apabila Firas tidak datang ke sekolah pagi itu. Padahal dia sudah memberitahu yang dia ada temujanji dengan doctor di hospital. Jangan risau. Mata Firas tidak boleh kena cahaya artificial terang. Namun jam 1.30 tengahari dia hadir untuk latihan. That is what I call dedication! Firas membawa watak Pandak Endut.

Tetapi bagi saya pula – “If we don’t have time, how can we tell the story?”

Namun begitu, sebelum bersurai Justin berpesan supaya semua pelajar menghafal skrip supaya mereka semua boleh mula berlatih berlakon tanpa memegang skrip.

Perasaan saya sedikit lega, dan tidak sabar menunggu minggu hadapan. Boleh bayangkan betapa terujanya saya. Ini adalah minggu kedua saya tidak dapat tidur. Apakah yang akan berlaku minggu hadapan?


Jangan tiru aksi ini di rumah

Firas, terus dari hospital


5 comments: