STARSHIPS ARE MEANT TO FLY
Dengan kuasa Allah SWT, tiba-tiba hujan rintik-rintik berhenti.
It was nothing short of a miracle. Setelah kerusi di susun dan sistem siaraya di pasang, majlis pun berjalan. Menurut aturcara majlis, budak-budak 4 Alfa akan buat persembahan selepas sajak Bahasa Inggeris. Tetapi, rancangan berubah. Mereka item pertama. Apabila dipanggil, ia ambil masa 5 minit cengkerik berbunyi menunggu budak-budak ini bersedia dengan prop dan sebagainya. Tetapi, dataran senyap sunyi kerana semua tertunggu-tunggu dengan item yang bakal dipersembahkan. Bismillahirahmannirrahim.
Akhirnya Azim dan Syazatul muncul, dengan tenang, tidak gopoh-gapah dan memulakan babak pertama. Dengan peliknya, suara mereka yang tidak berapa kuat sebelum ini, kedengaran lantang. Mungkin selama ini, mereka berlatih selepas jam 2.00 petang – lapar, penat dan dahaga. Jadi, awal pagi begini, mereka masih segar. Dan penonton semuanya senyap (ganjil kerana pelajar SMK Pandan Jaya ini tidak pernah berhenti bercakap). Pementasan ini dijalankan 100% tanpa mikrofon, di sebuah dataran luas terbuka. Dan budak-budak ini bukan budak teater. Bangga. Terharu. Walaupun ini baru babak pertama.
 |
Bunyi cengkerik menunggu pentas di set up |
 |
Baju raya sedondon, tanpa dirancang. Babak ibu dan anak. Anak meminta izin ibu keluar menghadiri rumah terbuka Tan Sri Humayoun. Bapa keluarga ini bertahun tidak pulang, lenyap. |
 |
TNB Pandan Jaya. Bangunan ikon sekolah yang mengundang gelak tawa penonton. Pencawang utama bekalan elektrik kawasan Pandan Jaya. Jelas ini adalah naskah sai-fai/ sejarah. |
 |
Tercapainya gagasan 1Malaysia. Dalam perjalanan ke rumah terbuka, berbincang tentang kerja rumah. |
 |
Hanan, si antagonis, datang mengacau, merampas kertas kajian tulisan tangan milik Raihanah |
No comments:
Post a Comment