Monday, October 18, 2010

D.O.M: Penulis Wanita: Realiti versus Idealisme

Aidil Khalid
Apabila membaca entri blog Aidil Khalid ‘Fahaman Ainonisme’, saya rasa kagum akan keberaniannya mengkritik dan mengamankan perasaan pada waktu yang sama. Saya memang tidak pandai mengkritik. Saya selalu mengambil jalan tengah. Memang ‘wimpy’ tapi itu mungkin akan berubah.


Datang dari luar angkasa
Saya terkejut juga dengan pandangan Pn. Ainon. Kerana it came out of nowhere. Kerana selama berforum itu tiada sesiapa pun bercakap tentang wang. Ada sebutan tentang JK Rowling dan Stephenie Meyer, tapi semua orang ambil endah tak endah saja. Kerana kami bukan bercakap tentang wang. Bukannya panel tidak suka wang atau tak perlu wang atau tak dapat wang dari hasil karyanya, cuma sama seperti pandangan panel tentang seksualiti, wang adalah sesuatu yang peribadi. Panel tidak pernah merana tentang wang. Bukannya kami tak dapat royalti. Bukannya kami sengkek sangat. Kalau boleh saya nak tanya Dr. Hj. Faisal Tehrani berapa banyak royalti yang dia dapat setahun dan adakah dia pernah diberitahu oleh sesiapa supaya jangan gagalkan/ bunuh hero/ heroin beliau di akhir cerita, atau ada sesiapa suruh beliau tukar point-of-view cerita? Tentunya tidak. Beliau takkan terima semua tu. Jika beliau nak lakukan apa yang orang suruh beliau lakukan, mesti beliau tidak jadi penulis hebat. Mungkin beliau jadi operator kilang buat transformer (komponen elektrik, bukan permainan).

Royalti
Dan kalau boleh saya nak tanya Cikgu Amer Hmzh L Kadir, berapa banyak royalti yang beliau terima untuk cetakan pertama novel Kembara Amira yang menjadi teks KOMSAS Tingkatan 5 di beberapa negeri tahun ini. Saya pasti Cikgu Amer tak payah nak guna teknik Surah Yusuf.

Menulis di dalam sebuah kilang
Apa yang menakutkan ialah penulisan menjadi sesuatu yang keluar dari satu assembly line yang besar. Penulis sejati paling tak suka disuruh tulis apa yang dia tak nak tulis. Wira saya akan mati berkubur dalam paya di Kuala Selangor, biarkanlah. Wira saya akan gagal. Biarkanlah. Semua orang akan mati dalam satu malapetaka besar. Biar saya tulis. Heroin saya takkan jumpa cinta sejati. Biar saya tulis. Satu-satunya sebab saya menulis ialah saya nak buat sesuatu cara saya. Saya dah ada satu karier di mana saya mesti dengar cakap lebih kurang 20 orang bos dan saya tak perlu 20 orang bos lagi masa saya menulis. Kalau saya boleh terima kemengarutan ini, saya akan cari satu kerja lain lepas pukul 3 petang.

Saya pasti ramai penulis di luar sana boleh buktikan yang cerita yang tidak diformulakan juga boleh laku. Saya hendak dedahkan tapi wang umpama penulisan hal-hal seksualiti dalam sastera bagi saya. Ia cuma wang dan saya tidaklah sengkek. (Ia cuma isu seksualiti dan saya tidaklah merana kerana tidak menulis tentangnya).

Saya tak tahu. This really makes me upset. I hope to reconcile this knowledge with reality, someday.

23 comments:

  1. Puan Sri, Ustaz Zaid.

    Bagi penulis mapan seperti tuan puan memanglah ianya satu perkara yang tidak relevan. Namun bagi kami selaku penulis baharu yang tidak punya apa-apa gelaran (sebagai pemenang sayembara) perlulah dibimbing, tambahan pula yang akan menerbitkan buku kami adalah syarikat penerbit itu sendiri.

    Kami terpaksa mencari dan mungkin mengemis dengan penerbit sedangkan tuan puan dikejar bahkan mungkin dirayu-rayu oleh penerbit-penerbit. Hendak diharap kepada penerbit-penerbit yang tinggi dasar sasteranya entah sampai bila baru layak tulisan kami diterbitkan mereka.

    Apapun ada benarnya juga kata-kata puan sri, cuma pada masa itu saya perlu menjadi sebagus tuan puan dahulu.

    Mohon tunjuk ajar daripada penulis baharu. Insya Allah saya sedang berusaha menuju ke maqam kalian

    ReplyDelete
  2. Panas nampaknya isu ini. Saya sendiri akan menulis apa yang saya mahu tulis, boleh menulis apa yang disuruh tetapi saya sendiri akan memutuskan apa yang wajar saya tulis

    ReplyDelete
  3. Salam Anonymous,

    Maafkan saya jika menyentuh jiwa anda. Tidak saya bermaksud untuk mengatakan salah atau betul. Saya sendiri sedang amat keliru dan entri ini luahan saya yang rasa seperti orang yang merana kerana tidak laku. Oh,sebenarnya saya memang amat berbelah bahagi! Kerana saya sendiri hanyalah penulis sayembara.

    Ustaz Zaid,

    Anda ada menulis untuk PTS tapi anda setuju. Mungkin sebenarnya apa yang Pn Ainon katakan itu suatu exaggeration? Yang sebenarnya ada ruang untuk kebebasan penulis? Jika boleh tulis sesuatu tentang kebebasan anda di PTS di blog ustaz?

    ReplyDelete
  4. Puan Sri,

    Saya fikir PTS memberi kebebasan kepada penulis-penulisnya. Namun, mungkin juga benar jika penulis yang benar-benar baharu, diminta menulis menurut acuan/kerangka penerbit.

    ReplyDelete
  5. Sri. Dunia ini penuh dengan lakonan. Tinggal memilih hendak menjadi apa. Tetapi saya selalu hormat dengan seorang yang berbuat kerana kehendaknya sendiri dan bukan kerana suruhan yang kononnya atas nama wang. Tidak kiralah dia ustazkah, sarjanakah, atau seorang biasa, saya selalu hormat orang demikian berbanding yang sejenis lagi.

    Ramai sangat pelakon yang memakai topeng sekarang.

    MARSLI N.O

    ReplyDelete
  6. Salam Kak Ayu.

    Saya berkesempatan berbual panjang dengan Puan Ainon selepas majlis tentang perkara ini. Apa yang saya faham daripada kata-kata Puan Ainon itu adalah, menjadi penulis merupakan kerjaya yang 'mahal.'

    Untuk menulis, kita memerlukan input. Input ini boleh jadi dari buku, dari pementasan teater, dari lawatan ke galeri dan muzium seni, dari konsert orkestra simfoni dan/atau dari pengembaraan. Biasalah, seniman katakan. Semua ini memerlukan duit. Dan dari mana datangnya duit ini?

    Tetapi bagi saya yang tidak bergantung kepada penulisan sebagai sumber rezeki hakiki dan tidak mempunyai tangungjawab menanggung keluarga, saya mengakui kebenaran hujah beliau, meski masih skeptis menerimanya untuk dipraktiskan.

    ReplyDelete
  7. Salam Ustaz,
    Terima kasih atas penjelasan. Saya nampak di mana kata-kata itu pada kali pertama didengar, mungkin terlalu berisiko untuk ditelan bulat-bulat.

    Tuan Marsli N.O,
    Kata-kata tuan penuh prinsip. Tuan sudah lama di mengamati keadaan ini. Bahkan sudah tenang menghadapinya berbanding dengan orang baru yang masih tercari-caru arah.

    Rebecca,
    Macamanakah agaknya nasib hasil karya kita jika kita penulis sepenuh masa di zaman ini? Masih kekalkah seperti apa yang ada atau perlu diubah mengikut acuan kuasa wang?

    ReplyDelete
  8. Puan Sri,

    Saya bersetuju dengan banyak orang sebab mereka melihat dari versi yang berbeza-beza. Masing-masing ada betulnya. Memang menarik entri Aidil Khalid itu. Sastera perlu 'dipasarkan' dengan cara yang betul.

    ReplyDelete
  9. Salam, Cikgu Sri,
    Salah satu sebab saya menjadi penulis adalah untuk memenuhi keinginan diri sendiri. Apa yang kita masak, kekadang tidak dapat memenuhi selera orang lain; adakalanya, aroma masakan itu cukup untuk membuka selera orang lain. Belajarlah menjadi diri sendiri. Saya fikir, penulis yang mengikut telunjuk jari orang yang tertentu, tidak akan mendapat kepuasan yang optimum. Agaknya...

    ReplyDelete
  10. Suka saya petik kata-kata tokoh reformis dan pendidik Islam abad ini iaitu Syeikh Muhammad Abduh.

    Antara kata-katanya yang masih saya ingat sehingga sekarang ialah:

    "Menjadi kesalahan kepada pendakwah menyampaikan apa yang mereka mahu tanpa mengabil kira apa yang masyarakat (dalam konteks semasa) perlu."

    Lantaran itu beliau menentang silibus pendidikan di Mesir pada zaman itu yang dilihat tidak menyediakan penyelesaian kepada keperluan ummah.

    Saya meletakkan diri saya dalam konteks tadi. Jika sekadar ingin menulis untuk diri sendiri rugilah kita kerana di sana ada idea, sarana, hikmah dan nasihat (unsir didaktik yang sangat tinggi saya kira)dan insya Allah semuanya akan bernilai pahala jika kena caranya.

    Namun, bagi mencapai tahap itu. Karya kita perlu disasarkan kepada seluruh ahli masyarakat dan ada syarikat penerbitan yang sememangnya terbukti berkesan dari sudut pemasaran sudi melaksanakannya. Mereka bahkan mungkin memahami kehendak masyarakat saat ini.

    Teringat saya satu entri yang ditulis oleh Puan Nisah Haron, beliau menyatakan: Menulis adalah seni dan penerbitan adalah perniagaan.

    Dalam konteks ini saya melihat Puan Ainon bercakap sebagai seorang penerbit yang ingin membuka ruang kerjasama dengan para sasterawan kita.

    Mungkin ada kelembutan di sebalik ketegasan itu selagi tidak membatasi urusan syarak.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih kepada Ustaz Zaid, Cikgu Nizar dan Ahmad Zahiruddin,

    Berbicara dengan diri sendiri yang mempunyai perspektif yang terbatas membuatkan saya berprasangka sebelum menilai. Terima kasih atas pandangan kalian.

    ReplyDelete
  12. Puan Sri Rahayu,

    Saya lebih berminat untuk mendapat respons Puan terhadap pandangan kritikus Wan Nor Azriq mengenai dialog tempoh hari (yang lebih ada kaitan dengan topik diskusi). Beliau mengulas dialog tempoh hari di sini:
    http://azriq.blogspot.com/2010/10/dialog-orang-orang-muda-suatu-renungan.html

    Salam hormat.

    ReplyDelete
  13. Salam Aidil,

    Panas sungguh entri blog Azriq yang disebutkan. Ada saya tinggalkan sedikit komen. Cetusan yang refleks. Terima kasih.

    ReplyDelete
  14. Nampaknya ramai yang membuat ulasan untuk entri kali ini. Saya bersetuju dengan pendapat Saudara Zahirudin bahawa adalah sesuatu yang merugikan jika menulis untuk diri sendiri, tetapi jika penulis menulis untuk kepuasan diri sendiri, saya fikir itu bukan sesuatu yang merugikan. Saya ingin melontarkan pertanyaan, berapa banyakkah syarikat penerbitan yang sanggup mengkomersialkan karya sastera tempatan, khususnya novel dan mempromosikannya sehebat karya popular yang mereka terbitkan? Maafkan saya jika saya agak emosi dalam soal ini. Rata-rata novel popular yang diterbitkan seolah-olah tidak menitikberatkan langsung soal bahasa. Bahasa Melayu yang indah dicampur aduk dengan bahasa Inggeris - jadilah bahasa rojak. Alasannya, karya seperti ini mendapat tempat dalam kalangan pembaca. Yang paling membuatkan saya terkilan, kebanyakan penulis karya popular merupakan graduan universiti - tidakkah sedikit pun mempunyai rasa dan keinginan untuk memartabatkan bahasa Melayu? Saya berasa sangat hairan, daripada filem kepada novel remaja, bumbu cinta juga yang menjadi rencah masakan karya mereka. Adakah bangsa Melayu ini memang dijadikan untuk memartabatkan cinta semata-mata? (Pandangan ini adalah pandangan peribadi saya semata-mata).

    ReplyDelete
  15. Saya penulis muda & baru juga. Ini pandangan kerdil saya:
    Penulisan adalah sesuatu bersifat kreatif. Walaupun seseorang itu terlibat dalam penulisan ilmiah yang dilihat bersifat kering, masih, dia memerlukan kekreatifan dalam menyusun bahan yang ada. Jika ada lingkungan yang menetapkan lengkung mana yang harus diikut,maka perjalanan minda itu sendiri tidak akan berkembang. Penetapan teknik, teori, atau apa-apa sahaja yang dilihat sebagai pembatasan kreativiti itu bersifat jumud bagi saya. Inspiration plays more role in this matter. It's 99% more than technic. Saya cukup terdera dengan penetapan-penetapan yang menghalang itu. Saya cuma mahu jadi diri sendiri dalam berkarya. Mahu kritik karya saya, kritik saja. Tapi janganlah cuba-cuba mengurung minda kepenulisan saya. Ia akan lemas. Dan mati kemudiannya.

    ReplyDelete
  16. Cikgu Nizar,

    Saya juga dilanda emosi tentang isu ini. Saya risau di mana saya hendak terbitkan karya sesudah saya tidak menyertai sayembara lagi,sedangkan karya masih tidak berbau romance/juvenilia.

    Sayidah,

    Baik jika anda berpendapat begitu. Tapi selepas itu, wajiblah kita mencari penerbit yang boleh menerima karya kita seadanya. Bagi saya, penyuntingan dari segi tatabahasa untuk menjadikan karya lebih gramatis itu wajib. Tapi, bila idea yang disunting, hilanglah keaslian.

    ReplyDelete
  17. Kak Sri,

    Maksud komentar saya di atas ialah penyuntingan idea. Saya pernah menjadi mangsa editor. Cerita jadi melompat. Pembaca tak puas hati.

    ReplyDelete
  18. Mu'izzah,

    Pengalaman saya sendiri menemukan 2 jenis editor. Boleh jadi kawan. Boleh rasa nak cekik pun ada!

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. Tugas penulis adalah menulis. Tugas pengkritik adalah mengkritik. Tugas peniaga adalah meniaga. Tujuan masing-masing sangat berbeza, justeru mencari titik temu antara mereka sangat payah. Walaupun secara dasarnya mereka setuju, tetapi dalam diam pasti tidak rela.

    :-)

    ReplyDelete
  21. Ehem Norziati,

    Bercakap melalui pengalaman ke?

    Siti Salha,

    Bila pula saya remove comment ni? Pelik, pelik..

    ReplyDelete
  22. Saya yang remove, sebab terguna akaun Google dia..hahaha...(adik saya)

    Pengalaman, ya, pengalaman kecil

    ReplyDelete